Jumaat, 11 September 2015

Pilihan kewangan yang membantu atau membebankan

Label :

pilihan kewangan yang membantu atau membebankan


Bila kita memiliki wang, pilihan adalah satu senjata
yang akan menentukan samada wang itu akan kita
gunakan dengan bijak atau sebaliknya. Kita mempunyai
pilihan untuk membeli telefon pintar yang berharga RM2k 
berjenama terkenal atau yang berharga RM500 dan 
masih mempunyai baki RM1500, membeli beg tangan yang
berharga RM10k atau yang berharga RM100 tetapi berisi dengan
RM9900 di dalam beg tersebut. Itu adalah antara contoh mudah 
tentang bagaimana pilihan akan membantu kita berbelanja dengan
bijak atau membebankan kita di kemudian hari. Keperluan dan
Keinginan adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita perlukan
Adalah kritikal, manakala keinginan boleh dikemudiankan.