Sabtu, 9 Mei 2015

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

Label :

Segmen Blowalking Cuti Semestar By Parihh

Segmen Blogwalking anjuran rakan blogger Parihh.  
Syarat syarat penyertaan mudah sahaja.
Klik pada link ini Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh untuk info lebih lanjut.

Isnin, 4 Mei 2015

Tip tip elakkan penipuan perbankan online

Label :

tip tip elakkan penipuan perbankan online
Perbankan dalam talian adalah satu kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengguna melakukan pelbagai transaksi dengan selamat.
Walau bagaimanapun, sebagai pengguna kita haruslah berhati hati dengan segala macam jenis penipuan yang cuba untuk mendapatkan akses kepada akaun bank melalui modus operandi tertentu. Pihak bank berusaha keras bagi memastikan para pelanggan mereka selamat ketika berurusan menggunakan perkhidmatan perbankan online. Namun hakikatnya, sebagai pengguna terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri dan wang anda.


Sebelum itu mari kita lihat statistik penipuan (fraud)  yang dikeluarkan oleh mycert.com.my bermula daripada tahun 2008 sehingga tahun 2013 :


TAHUN JUMLAH KES
2008 907
2009 1022
2010 2212
2011 5328
2012 4001
2013 4485

Tip keselamatan apabila menggunakan servis perbankan online atau dalam talian :
  • Taipkan secara terus alamat agensi perbankan anda ke pelayar web (web browser) bagi memastikan anda memasuki laman web yang sah dan selamat. Sebelum memulakan apa apa transaksi pastikan :
  • Alamat laman web perbankan anda bermula dengan "https (Hypertext Transfer Protocol over Secure Socket Layer)";
  • Perhatikan juga pada simbol padlock seperti ini :
  • Pastikan ciri ciri keselamatan seperti kali terakhir anda melakukan transaksi atau kata pengenalan rahsia dipaparkan ketika anda hendak memulakan urusan perbankan.
  •  Pastikan firewall,  anti virus dan lain lain perisian keselamatan dalam PC diaktifkan serta sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Jangan simpan sebarang kata laluan, PIN atau nama pengguna yang berkaitan dengan perbankan online dalam komputer atau telefon pintar anda.

  • Jangan gunakan kata laluan yang mudah dijangka seperti contoh: 123456, abc123 atau tarikh lahir. Elakkan juga menggunakan kata laluan yang sama untuk tempoh yang lama.


  • Log out dengan cara yang betul setelah selesai melakukan transaksi, pastikan anda padamkan memory cache atau history pada pelayar web yang digunakan.


  •  Jangan sesekali menggunakan sambungan internet seperti WIFI terbuka untuk melakukan       transaksi perbankan dalam talian.




  • Jangan biarkan komputer atau telefon pintar anda tanpa pengawasan ketika anda sedang melakukan perbankan online.


  • Jangan kongsikan sebarang kata nama atau kata laluan anda dengan orang lain. Sentiasa ingat bahawa pihak bank tidak akan sesekali meminta anda menyerahkan PIN atau kata laluan melalui email atau pautan dalam email mahupun melalui panggilan telefon.

  • Awasi dan peka dengan persekitaran anda ketika melakukan perbankan online terutamanya di   kawasan awam.


  • Semak transaksi dalam akaun bank dan pastikan tiada apa apa transaksi yang mencurigakan.   Jika ada, dengan segera laporkan kepada pihak yang berkenaan untuk siasatan dan tindakan.

Untuk lebih banyak info lanjut tentang sindiket/ modus opreandi terkini penipuan perbankan online, sila layari :


** Sumber rujukan : Persatuan bank bank dalam Malaysia (http://www.abm.org.my/)

Ahad, 3 Mei 2015

Masalah memori samsung galaxy s6

Label :


spesifikasi samsung galaxy s6 edge
samsung s6 edge
Samsung Galaxy S6 dan S6 edge mungkin antara telefon pintar Android yang terbaik di pasaran setakat ini, walaupun demikian ianya tidak bermakna peranti mereka bebas dari masalah selepas jualan. Malah, ramai pengguna telah membuat aduan mengenai operasi pengurusan  RAM yang tidak memuaskan, yang mana membawa kepada kegagalan beroperasi sesuatu aplikasi yang dibuka atau digunakan dalam peranti ini.Samsung telah memberi amaran kepada pengguna bahawa terdapat peratusan kecil daripada kedua-dua peranti Galaxy S6 dan S6 Edge mengalami masalah RAM yang tidak beroperasi dengan baik. Kedua-dua peranti ini dibina dengan 3GB RAM DDR4, tetapi disebabkan pengurusan sistem memori yang lemah dalam perisian yang digunakan, pengguna hanya akan mempunyai 400MB kapasiti memori yang tinggal pada satu satu masa.


Tidak pasti bila kemaskini kepada masalah ini akan dikeluarkan secara rasmi namun pengguna dinasihatkan agar sentiasa menyemak sebarang perubahan dalam bahagian "Settings > About device > Software update > Update now ".

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 :

RANGKAIANTEKNOLOGIGSM/HSPA/LTE
2GGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3GHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100 - G920T- G920A
4GLTE band 1(2100), 2(1900), 3(1800), 4(1700/2100), 5(850), 7(2600), 8(900), 12(700), 17(700) - G920TLTE band 1(2100), 2(1900), 3(1800), 4(1700/2100), 5(850), 7(2600), 8(900), 17(700), 20(800) - G920A
KELAJUANHSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE Cat6 300/50 Mbps
GPRS/EDGEYA
BADANDIMENSI143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in)
BERAT138 g (4.87 oz)
SIMNANO-SIM
PAPARANJENISSkrin Sesentuh Super AMOLED warna=16mp
SAIZ5.1 inci
RESOLUSI1440 x 2560 pixels
PERLINDUNGANCorning Gorilla Glass 4, TouchWiz UI
SISTEM OPERASIOSAndroid OS, v5.0.2 (Lollipop)
CHIPSETExynos 7420
CPUQuad-core 1.5 GHz Cortex-A53/Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57
GPUMali-T760MP8
MEMORIDALAMAN32/64/128 GB, 3 GB RAM
LUARANTIADA
KAMERAUTAMA16 MP, 2988 x 5312 pixels, AF dan byk lagi...
KEDUA5 MP, [email protected],Auto HDR...BLA..BLA..BLA
BATERIKEKALLi-Ion 2550 mAh