Jumaat, 24 April 2015

Bagaimana menghalang pemantauan email tanpa kebenaran

Label :

Lazimnya jika anda membuka dan membaca email mungkin ramai yang tidak perasaan bahawa tindakan ini boleh dikesan secara tanpa kebenaran oleh si penghantar. Dalam kebanyakan kes ianya adalah melibatkan email yang berserta dengan sisipan gambar yang telah diprogramkan dengan perisian pengesan "pixel tracker". Sebaik sahaja anda membuka dan membaca email ini, ianya akan terus menghantar isyarat tentang masa email dibuka, lokasi dan peranti yang digunakan.


Satu perkara yang perlu diketahui dengan jelas adalah perbuatan ini dibenarkan oleh google berdasarkan senario tertentu.

bagaimana email dijejak tanpa kebenaran

Maklumat lanjut di sini....

Bagi tujuan menyekat aktiviti menjejak email ini daripada berlaku amnya bagi pengguna "gmail ", apa yang perlu dilakukan adalah menambah satu Gmail extension yang dipanggil "PixelBlock".
Sebaik sahaja selesai dimuat turun, perisian ini akan menghalang sebarang jenis aktiviti pixel tracker yang cuba dilakukan apabila anda membuka dan membaca email. Akan terdapat satu penunjuk berbentuk mata berwarna merah di atas email jika seandainya ianya mengandungi perisian penjejak seperti yang dinyatakan diatas. Klik di sini untuk menambah PixelBlock pada pelayar internet Google Chrome anda.

bagaimana email anda diceroboh




Broker Data: Menjual maklumat peribadi anda

Label :

bagaimana broker data menjual maklumat peribadi
Mereka dipanggil broker data dan mereka mengumpul, menganalisis serta menyimpan maklumat peribadi kita dan menjual ia sebagai satu komoditi antara satu sama lain, untuk pengiklan dan kepada sesiapa sahaja sudi membayar dan aktiviti ini dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuan daripada si empunya data. Kebanyakan dariapada data yang dijual adalah untuk tujuan sasaran pemasaran yang mana sudah berlaku selama beberapa dekad. Apa yang berubah ialah jumlah dan jenis data yang dilombong dari internet dan daripada peranti mudah alih yang digunakan oleh pengguna.

             Industri ini bernilai berbilion dolar dan beroperasi dalam  secara samar dengan hampir tiada pengawasan.Syarikat-syarikat dan firma pemasaran telah mengumpul maklumat mengenai pelanggan dan pelanggan yang berpotensi selama bertahun tahun. Mengumpul data peribadi seperti nama, alamat, aktiviti pembelian melalui kad kredit serta meminta pengguna untuk menyertai soal selidik dengan menawarkan mereka diskaun dan voucher dan lain lain.

            Pada zaman teknologi maklumat masa kini, tanpa disedari kita menyalurkan lebih banyak maklumat peribadi dalam talian tanpa mengetahui bahawa ianya diambil dan dijual kepada banyak pihak yang berbeza, suka atau tidak itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Laman sosial misalnya adalah lubuk emas bagi pengumpul data ini kerana terdapat banyak maklumat seperti siapa rakan-rakan kita yang paling dekat, makanan kesukaan, hobi malah pergerakan harian kita. Secara tidak langsung kita telah kehilangan kawalan ke atas sebahagian atau kesemua maklumat peribadi kita.

            Bayangkan bagaimana setiap pergerakan anda menggunakan telefon pintar misalnya dijejaki apabila anda melayari laman laman web, enjin carian, forum atau bermain permainan kesukaan anda.Mungkin ada yang tidak kisah atau tidak tahu namun yang pasti segala data ini akan digunakan untuk membuat keuntungan tanpa kebenaran kita.

            Mungkin anda pernah atau selalu sahaja dihubungi oleh syarikat insuran misalnya, yang menawarkan pelbagai pelan yang kononnya berbaloi. Malah mereka tahu tentang anda pernah membeli insuran dan maklumat yang lain. Terfikirkah kita bagaimana mereka memperoleh semua data ini dan dengan senangnya menggunakannya untuk membuat keuntungan.

           Tiada siapa pasti bagaimana atau berapa banyak syarikat sebegini wujud. Tetapi apa yang pasti ianya wujud dan makin banyak dari hari ke hari, merangkumi firma penyelidikan, pelbagai syarikat-syarikat berasaskan internet, pengiklanan, peruncit dan sebagainya.

           Di Malaysia telah dikuatkuasakan satu akta perlindungan data peribadi 2010 bagi mencegah aktiviti ini daripada semakin berleluasa.




Ahad, 19 April 2015

Bagaimana memastikan perisian komputer sentiasa dikemaskinikan

Label :

Driver adalah perisian penting yang membolehkan komputer anda untuk berkomunikasi dengan perkakasan atau peranti seperti kad video,kamera web,speaker dan sebagainya. Tanpanya, peralatan peralatan ini tidak akan berfungsi. Apa yang perlu diketahui adalah perisian atau "software" bagi setiap driver ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan komputer anda beroperasi dengan lancar dan pada tahap maksima.




Bagi memudahkan proses mengenalpasti dan seterusnya mengemaskini semua driver yang telah
outdated, cara yang paling mudah dan menjimatkan masa adalah dengan menggunakan perisian :                                                                          
                                                                      Driver Booster


cara mengenalpasti driver komputer yang bermasalah


Kenapa perlu dan penting mengemaskini perisian driver komputer anda ?

Tidak stabil : Walaupun perisian driver komputer diuji sebelum ianya dipasarkan namun masalah boleh berlaku seperti isu-isu ketidakstabilan dan isu-isu lain yang kadang-kadang hanya dikenal pasti selepas produk dijual.

Isu keselamatan :Dari semasa ke semasa, Perisian untuk driver akan mempunyai kelemahan yang mana berkemungkinan akan diekploitasikan oleh individu yang tertentu.

Prestasi : Versi baru bagi perisian driver yang telah dikemaskini akan meningkatkan prestasi sesebuah komputer dalam melaksana dan berinteraksi dengan peranti perkakasan anda, perisian dan sistem operasi.

     "Anda juga mungkin meminati artikel ini -Bahaya menggunakan wireless keyboard"