Ahad, 22 Mac 2015

Jodoh tidak wujud dalam kehidupan

Label :


Perdebatan tentang jodoh ini wujud ketika sedang dalam perjalanan menuju ke satu tempat. Ianya melibatkan saya dan juga seorang sahabat. Secara peribadinya saya menyangkal pendapat beliau yang menafikan dengan sekeras kerasnya bahawa tidak pernah wujud jodoh dalam kehidupan. Kenapa agaknya beliau berkata demikian?

persoalan tentang kewujudan jodoh antara manusia



Penulis (sedang memandu) : Sahabat, apa pendapat engkau tentang jodoh dalam kehidupan?
Sahabat : Tidak wujud lah jodoh dalam kehidupan, itu semua pilihan masing masing.
Penulis: Jadi, maksud kau jodoh tak ditakdirkan tapi ianya berlaku atas pilihan seseorang ke?.
Sahabat : Ye la. Kalau betul jodoh itu wujud, engkau rasa kenapa ada orang yang bercerai berai lepas kahwin?.
Penulis(tak puas hati): Bukan mereka yang bercerai sebab dah tidak ada jodoh ke?
Sahabat: Mereka bercerai sebab mereka pilih untuk bercerai, dah tak ada pilihan lain Contohnya, mungkin dah tak sehaluan dan sebab sebab yang lain.
Penulis : Apa bukti kukuh yang engkau ada untuk itu?
Sahabat : Menurut.....bla bla bla bla...(sahabat merujuk kepada sumber yang menyokong kepada pendapat beliau yang mana agak sensitif untuk saya nyatakan di sini).
Penulis : Oh begitu rupanya. Yalah, itu pendapat awak sahabat. Apa apa pun saya hormati pendirian awak walaupun pandangan kita berbeza.

Kesimpulan :

Setiap daripada kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam setiap perkara. Bertolak ansur dan saling menghormati adalah sesuatu yang amat kritikal contohnya seperti dalam situasi di atas. Bertelagah tidak akan berakhir dengan kesudahan yang menguntungkan mana mana pihak.


Apa pula pendapat anda tentang jodoh. Adakah benar ianya wujud atau sebaliknya?

Wujud
Tidak
Tidak pasti
Poll Maker

Kenapa perlu kita hargai kepayahan hidup

Label :

kata kata hikmah motivasi tentang kepayahan hidupan