Sabtu, 24 Januari 2015

Selamat tinggal dunia

Label :

sajak tentang  duniawi

Mini Giveaway By azhafizah.com

Label :

Mini Giveaway By azhafizah.com

Klik banner untuk menyertai

Hadiah : 20 sample Nurraysa Beauty Soap x 20 pemenang [seperti dalam gambar banner]

NURRAYSA BEAUTY SOAP : Merawat jerawat, jeragat, kulit berminyak, memudarkan parut, mengecilkan liang pori pada wajah, mencerahkan kulit wajah, membuang sel-sel kulit mati, melembapkan kulit muka, memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman, mengurangkan whitehead & blackhead, merawat eczema, gatal , kurap dan panau, menghilang bau badan.
KANDUNGAN : Glyserin, minyak zaiton extra virgin, herba, susu kambing, collagen
CARA GUNA : Cuci muka 3kali sehari , sapukan buih-buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas sehingga bersih.
Sesuai untuk lelaki ,wanita dan kanak-kanak. Baby pun boleh guna sebab 100% natural tiada tambahan bahan kimia,ade kelulusan kkm dan buatan muslim


Jumaat, 23 Januari 2015

Guna WhatsApp percuma dengan WhatSim

Label :

Simcard khas untuk whatsapp

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi mesej pesanan ringkas yang paling popular di seluruh dunia, dengan kira kira 700 juta pengguna aktif bulanan. Kini, dalam usaha untuk memperbanyakkan lagi bilangan pengguna WhatsApp, sebuah syarikat dari Itali telah melancarkan WhatSim. Ianya merupakan simcard khas yang dijual besertakan dengan pelan yang akan membolehkan pengguna menggunakan aplikasi online popular ini secara percuma semasa di kira-kira 150 buah negara.




             Manuel Zanella Rngineer, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zeromobile, iaitu syarikat yang membangun dan mengeluarkan WhatSim, menjelaskan bahawa, " Untuk 10 EURO (Lebih kurang RM 41.++), pengguna akan mendapat kad SIM dengan caj penghantaran standard ke seluruh dunia sebanyak 5 EURO -. RM 20.++ anggaran) kad sim akan tersedia dengan mesej tek tanpa had selama setahun. Dengan 5 EURO  pengguna akan mendapat 1000 kredit. Yang mana boleh digunakan misalnya, untuk bertukar-tukar 50 gambar atau 10 video di kebanyakan negara di seluruh dunia. Tiada had untuk perkongsian, kemaskini kedudukan lokasi dan kenalan.  Membeli caj semula untuk simcard ini amatlah cepat dan mudah,pengguna hanya perlu layari laman web rasmi dari telefon pintar atau melalui aplikasi khusus yang bakal dilancarkan tidak lama lagi".

bagaimana guna whatsapp percuma
Sim kad khas untuk Whatsapp



           WhatSim boleh didapati dengan pembelian melalui laman web WhatSim, syarikat ini juga merancang untuk memudahkan pengguna membeli kad sim ini melalui rangkaian pengedar tempatan di lebih 100 buah negara. Ini bukan kali pertama sesebuah syarikat atau pembekal perkhidmatan menawarkan kad SIM dengan penggunaan tanpa had. Walaupun percubaan sebelum ini terhad kepada negara tertentu. Tahun lepas, WhatsApp bekerjasama dengan E-Plus iaitu pengendali telekomunikasi mudah alih di Jerman, yang mana turut mula menjual kad SIM prabayar bagi penggunaan WhatsApp tanpa had.



Bahaya menggunakan wireless keyboard

Label :


QWERTY keyboard

Kepada mereka yang sering menggunakan papan kekunci tanpa wayar atau wireless keyboard , terutamanya yang berjenama Microsoft. Kini anda harus berhati hati kerana segala apa yang anda taip boleh dipintas. Satu peranti iaitu KeySweeper yang dibuat berasaskan Arduino yang mana secara fizikal ianya berbentuk seperti pengecas telefon USB biasa namun fungsi sebenarnya adalah untuk memantau,memintas dan menghantar segala huruf atau nombor mahupun simbol yang ditekan pada keyboard Microsoft tanpa wayar. Data kemudiannya akan dihantar kepada si penceroboh melalui sambungan GSM.


Menurut kepada sumber, hanya wireless keyboard keluaran terdahulu berjenama Microsoft yang boleh dipintas menggunakan kaedah ini. Namun tidak mustahil jika penceroboh merekacipta sesuatu peranti yang lebih sofiskated selari dengan peredaran teknologi masa kini.Awasi persekitaran anda terutama di kawasan awam jika menggunakan papan kekunci tanpa wayar. Jika anda ternampak pengecas telefon yang terbiar dan berfungsi tanpa tuannya tidak bermaksud ianya tidak merbahaya, periksa dahulu dan ambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Perlu diingatkan bahawa peranti keysweeper ini masih akan terus berfungsi walaupun dicabut dari sumber kuasa kerana ianya dicipta dengan bateri tambahan di dalam.



Rabu, 21 Januari 2015

My Birthday Giveaway by Dr. Shikin

Label :

My Birthday Giveaway


Klik banner atau Link diatas untuk info lanjut

Hadiah :

My Birthday Giveaway

Suit cover x1
Washing bag x10
Shiseido face mask hitam x 4 pemenang