Khamis, 3 Disember 2015

Pengajaran berharga bila terbeli smartphone tiruan

Tiga hari yang lepas aku terbeli satu smartphone jenama lenovo S880 plus tiruan. Puncanya pembelian adalah disebabkan phone yang aku guna rosak. Dicampur dengan perasaan geram dan terburu buru maka dengan pantasnya keputusan dibuat untuk menghantar kepingan kepingan duit bernilai ratusan ringgit ke kedai telefon untuk membeli yang baru.

Bagaimana boleh terbeli yang tiruan/clone set.

Sebab utama berlaku kesilapan adalah akibat fikiran bercelaru ditambah dengan banyak kerja yang tengah terbengkalai disebabkan kerosakan telefon yang sedang digunakan.Tanpa berfikir panjang, aku pun rembat smartphone lenovo yang mana pada masa tersebut aku langsung tak teringat nak semak ianya set original ke tidak?. Apa yang aku sempat tanya kat penjual ialah "bos, ini phone original ke clone?". "Malaysia set punya tauke. Ada warranty satu tahun, lu jangan takut.Ada rosak you hantar kedai sini repair." Itu jawapan yang diberikan.(patutlah dia panggil aku tauke...jilaka punya orang!)

Macam mana aku pasti ianya tiruan.

Bila dah beberapa hari guna, kerja pun semua dah selesai. Aku pun semak nombor IMEInombor siri dan nombor pelekat sirim/skmm yang terdapat pada phone. Mungkin ramai yang sudah tahu macam mana nak buat semakan kualiti untuk smartphone yang original. Tapi saya kongsikan juga cara yang boleh digunakan. 

Cara buat semakan nombor IMEI dan nombor siri.

Bergantung kepada jenama telefon yang digunakan, untuk kes ini,saya guna warranty lookup di laman web rasmi lenovo. Bagi mengetahui nombor IMEI untuk telefon anda, tekan  *#06# pada papan kekunci. Jika terdapat dua nombor yang terpapar, maka ianya bermaksud peranti yang anda guna menyokong fungsi dua simkad. Masukkan sahaja mana mana nombor ke dalam ruangan seperti di dalam gambar. Mengikut informasi yang diberikan oleh pihak Lenovo, IMEI bagi smartphone mereka kebiasaannya bermula dari nombor ' 8 '.

cara semak imei atau warranty untuk telefon pintar jenama lenovo

 semakan imei atau warranty untuk lenovo smartphone 


cara kesan smartphone palsu atau tiruan melaui imei

kesan smartphone palsu atau tiruan melalui semakan imei

Cara semak keaslian pelekat sirim atau skmm pada smartphone.

Bagi proses semakan yang seterusnya, saya gunakan laman web SIRIM iaitu di
e-comM.sirim.my Masukkan nombor siri label yang biasanya ditampal di dalam ruangan bateri telefon anda. sebagai maklumat tambahan, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui google apps store.


check label sirim pada telefon pintar
kedudukan label sirim/skmm pada telefon pintar

semakan label smartphone sirim
cara menyemak label smartphone sirim online


Kesimpulannya.

Setelah menyemak kesemua ciri diatas serta menghubungi pihak Lenovo, memang ternyata smartphone yang saya beli adalah tiruan. Hancur luluh hati ini bagai dihiris sembilu ditambah lagi dengan keengganan pihak penjual untuk memulangkan balik wang  atau mengantikan dengan set yang original, kalau tak ada undang undang memang aku dah bakar kedai tu ikutkan hati yang sedang panas. Langkah terakhir yang saya lakukan adalah membuat aduan kepada KPDNKK dan kes sedang dalam siasatan.Kepada para pembaca sekalian, pastikan perkara ini tidak berlaku kepada anda mahupun orang di sekeliling anda.

**kemaskini.
Setelah aduan dibuat dan pihak KPDNKK berunding dengan penjual akhirnya mereka bersetuju untuk memulangkan semula wang walaupun pada mulanya mereka enggan berbuat demikian.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone