Rabu, 15 Februari 2017

Acara menarik bulan disember di Malaysia

Sempena bulan terakhir untuk tahun 2015, berikut ialah antara acara acara besar serta menarik yang sedang dan akan bakal berlangsung di Malaysia.

Senarai senarai acara dan pertandingan.


1. 8th Royal Cup World Muay Thai Championship.

Sebelum ini dikenali sebagai The Royal Kedah Muay Thai Challenge. Acara ini amat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai ramai penonton baik melalui siaran 'live streaming' mahupun yang hadir di arena.

  • Tarikh : 4 hingga 5  Disember 2015
  • Lokasi : Stadium Negara Kuala Lumpur 
Joe Schilling vs. Kaoklai Kaennorsing
kejuaraan dunia muay thai 


2. FISE World Series 2015.

Satu festival antarabangsa sukan ekstrim ini adalah acara sukan aksi lasak yang akan menampilkan lima kategori iaitu skateboard, wakeboard, BMX, inline skate, dan mountain bike. Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai hiburan untuk para peserta dan juga pengunjung.
  • Tarikh : 18 hingga 20 Disember 2015
  • Lokasi : Eagle Square , Langkawi

3. RFC rainforest challenge. 

Satu acara tahunan khas buat peminat sukan ekstrim kenderaan pacuan empat 4 x 4 yang mana akan menguji ketahanan para peserta selama 10 hari, meredah hutan, bukit, sungai, hujan dan bermacam macam lagi.
  • Tarih : 27 November hingga 7 Disember 2015 (sedang berlangsung)
  • Lokasi : Seremban, Port Dickson, Gemas, Kuala Pilah dan Jelebu (Negeri Sembilan)


4. A-Lin Sonar World Tour.

Bertemakan tajuk 'sonar' iaitu ilham yang datang dari ikan lumba lumba, konsert penyanyi yang berpangkalan di Taiwan dan bersuara lunak dengan gelaran  'a born diva' ini akan diperhebatkan lagi dengan persembahan terbaik dari segi kualiti audio dan visual oleh pihak pengurusan produksi Young Hope Entertainment.
  • Tarikh : 18 Disember 2015
  • Lokasi :  Stadium Melawati, Shah Alam.

5. Cherating International Surfing Competition.

Bertempat di pantai cherating, Pahang. Acara ini menarik minat ramai peserta dan pengunjung sukan luncur air dari serata pelusuk negara malah dunia. 
  • Tarikh : 10 hingga 12 Disember 2015
  • Lokasi : Pantai Cherating, Kuantan, Pahang.
sukan luncur air tahunan di malaysia
acara sukan luncur air di cherating, pahang








  1. bila agaknya nak dianjurkan di utara jauh semua nya.....apapun acara yang menarik....terima kasih berkongsi

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone