Jumaat, 11 Ogos 2017

Kelebihan siaran televisyen digital terestrial DTTB

gambarajah perbandingan sistem penyiaran digital dan analog
 perbandingan siaran televisyen digital dan analog 
Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital atau (DTTB) yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara.Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan mutu penyiaran tv dan radio yang mana sebelum ini menggunakan transmisi analog. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melantik Puncak Semangat Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab membina, mengendali dan menguruskan infrastruktur untuk perkhidmatan Penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTTB) ini.

Bagi membolehkan pengguna menerima siaran DTTB ini, apa yang diperlukan adalah membeli dan memasang kota set top (STB) atau Televisyen Digital Berintegrasi (IDTV) yang mana dilekatkan dengan satu label khas bertulis 'DTTB Malaysia'. Menurut perancangan sebanyak dua juta set dekoder akan diedarkan secara percuma kepada isi rumah yang layak.

Apa kelebihan DTTB.
  • Sokongan siaran definisi tinggi (HD).
  • Sokongan sistem suara yang mantap. Tak main dah sistem suara mono(suara mus may yang bukan main serak serak basah jadi sumbang bila dengar guna mono)
  • Pengguna berupaya melihat intisari rancangan yang seterusnya.
  • Boleh memilih sari kata berdasarkan bahasa yang dinginkan.
  • Menyokong lebih banyak saluran TV berbanding penggunaan penyiaran analog.
  • Pengguna boleh membeli belah dari rumah melalui televisyen.
  • Pelbagai menu interaktif serta menonton rancangan atas permintaan (VOD)
  • Percuma (FTA) tak payah bayar setiap bulan.
Peralihan dari penyiaran secara analog ke digital akan melibatkan stesen TV milik kerajaan dan Swasta seperti TV1,TV2,TV3,TV9,ntv7,8TV, Bernama TV dan TV Al hijrah. Lebih banyak saluran akan ditambah dari semasa ke semasa termasuk saluran radio.Bila siap sepenuhnya, siaran televisyen analog akan ditamatkan.

Pengalaman penulis
Teringat masa zaman masih budak budak lagi, bila nak pasang antena TV analog terpaksa tebang pokok buluh yang panjang sebab dekat kampung siaran tak berapa jelas. Lepas itu, bila dah pasang nak kena pusing pusing keliling rumah cari lokasi yang sesuai.Bila dah ada Astro pula masalahnya kalau hujan lebat langsung tak ada siaran. Silap silap kena tendang televisyen lagi lagi masa tengah tengok perlawanan bolasepak Worldcup.Harap harap dengan perwujudan DTTB ini akan memberi banyak kelebihan dan manfaat buat semua rakyat Malaysia.


Digital broadcast standards
Peta menunjukkan negara negara dan sistem penyiaran yang digunakan
  1. kalau pergi muar kemain tinggi diorang letak antenna tv tu.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone