Isnin, 9 November 2015

Kebaikan menyimpan dahulu sebelum membeli sesuatu

Bermula dengan perbualan bersama seorang sahabat mengenai topik membeli sesuatu tanpa berhutang. Akhirnya terlintas di fikiran untuk mengongsikan sedikit tip yang mungkin berguna buat para pembaca. Pada kebiasaannya sesetengah orang lebih suka membeli sesuatu kemahuan seperti gajet terbaru contohnya, tanpa memikirkan dengan teliti bahawa sebenarnya terdapat cara alternatif untuk menambah nilai wang anda sebelum berbelanja. Maksudnya simpan sedikit daripada pendapatan pada tempoh tertentu kemudian barulah beli apa yang kita inginkan.

Situasi 1 :
Si pengguna ini baru sahaja mendapat gaji pada hujung bulan dan tanpa berfikir panjang terus membeli gajet kesukaan yang bernilai RM2500 secara tunai.
cara pembelian terburu membawa keburukan
cara pembelian terburu buru

Situasi 2 :
Pengguna yang kedua ini pula ditawarkan dengan pembelian ansuran bulanan ke atas gajet idaman terkini selama 1 tahun yang berharga RM2500.
cara pembelian ansuran membawa merugikan
beli barangan secara ansuran


Situasi 3 :
Menggunapakai terma berfikir secara jangka panjang dan rasional, pengguna ketiga ini  tidak terburu buru melakukan pembelian namun sebaliknya membuat perancangan. Beliau menyimpan setiap bulan selama satu tahun dan kemudian barulah membeli apa yang dimahukan.
cara pembelian yang menguntungkan pengguna
cara pembelian yang menguntungkan 

Kesimpulannya, anda dapat lihat sendiri pengguna manakah yang patut dicontohi. Kita harus ingat bahawa pendapatan yang diperolehi setiap bulan adalah hasil keringat yang amat berharga.Cuba kenang kembali betapa berat rasa nak bangun pagi,merempuh kesesakan trafik,kena maki hamun dengan boss dan sebagainya yang harus dilalui untuk bekerja. Jadi haruslah kita buat perancangan yang teliti dan rapi dalam perbelanjaan seharian untuk kebaikan diri sendiri. Bayangkan apa kesannya jika sesebuah negara tidak membuat perancangan kewangan?. Akhirnya sekali jadilah pengguna yang bijak kerana faedahnya banyak. Tidak berbaloi jika kepuasan itu hanya sebentar tetapi disusuli derita berpanjangan.

Kalkulator pengiraan ansuran:


Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone