Selasa, 10 November 2015

Jana pendapatan melalui penulisan artikel online

Buat duit dengan menulis.


Terdapat banyak kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif mahupun tetap secara online, salah satunya ialah melalui penulisan artikel atau review. Maksudnya anda akan dibayar pada jumlah tertentu oleh pengiklan untuk penghasilan sesuatu  bentuk penulisan berdasarkan syarat syarat yang ditentukan. Berikut adalah beberapa senarai nama laman web yang menawarkan peluang tersebut. Ramai yang telah mencuba dan berjaya memperoleh hasil yang lumayan bak kata pepatah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

1. www.advertorial.my
Bagi mereka yang berminat untuk menulis dan menerbitkan artikel berkenaan produk dan perkhidmatan untuk para usahawan mahupun peniaga, laman web ini amatlah sesuai kerana ianya menawarkan advertorial marketing ataupun pengiklanan dalam bentuk tutorial. Apa yang perlu anda lakukan ialah :



  • Mendaftar di laman web rasmi advertorial.MY 
  • Iklankan blog anda
  • Pihak advertorial akan cari pengiklan untuk anda
  • Buat persetujuan dengan pengiklan untuk harga dan seterusnya pembayaran.
  • Tulis dan terbitkan advertorial  di blog anda.


Apa yang menarik lagi tentang advertorial.MY:

Mereka menerima pendaftaran daripada blog dalam Bahasa Melayu, Inggeris,Tamil, Indonesia dan Cina.

2.www.wonderfulmalaysia.com


Laman berkenaan panduan pelancongan di Malaysia. Jika anda adalah seorang blogger atau penulis yang mempunyai idea menarik maka ianya adalah platform ideal untuk menjana pendapatan sampingan. Apa yang perlu anda buat ialah  menghasilkan artikel berkenaan dengan topik topik berikut:

  • Berita - Tulis artikel berkenaan dengan berita pelancongan terkini.
  • Tips - Tip tip pelancongan yang berkaitan dengan Malaysia.
  • Tarikan - Tempat atau lokasi menarik yang terdapat di Malaysia.
  • Makanan - Artikel tentang tempat makan atau makanan menarik di Malaysia
  • FAQ - Tulis artikel berkenaan dengan soalan soalan lazim berkaitan dengan pelancongan.
  • Hotel dan Rumah tumpangan/tetamu - Buat artikel berkaitan dengan topik, berdasarkan pengalaman anda.

Antara syarat yang ditetapkan:

  • Karya yang dihasilkan mesti mempunyai sekurang kurangnya 200 patah perkataan .
  • Topik penulisan mestilah berkaitan dengan kategori seperti yang dinyatakan diatas.
  • Setiap artikel mestilah unik (bukan copy and paste).      
Cara pembayaran :

  • Melalui bank transfer, paypal, Odesk atau Tunai
  • Penulis akan dibayar sehingga RM25 untuk setiap 400 patah perkataan namun jumlah pembayaran boleh dibincangkan semula. 

3.www.penjob.org



Beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. penjob.ORG adalah sebuah laman web penulisan bebas(freelance writing). Lebih 10,000 penulis telah menggunakan khidmat syarikat ini dan mampu menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa mengikut kemampuan masing masing. Terdapat dua jenis keahlian yang ditawarkan iaitu standard member percuma dan premium member berbayar. Jangan risau jika anda tidak berapa fasih dalam bahasa Inggeris kerana penjob.ORG menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat namun artikel yang dihasilkan mestilah asli dan bukan copy and paste.

4.www.payperpost.com


Melalui payperpost.COM, penulis akan diminta oleh pengiklan untuk menghasilkan artikel (100-200 patah perkataan) tentang produk, servis atau perkhidmatan mereka mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kebiasaannya pengiklan ini adalah laman web yang ingin mendapatkan review dan menaikkan ranking di enjin carian. Semua pembayaran adalah dalam bentuk US Dollars. Boleh dikatakan bahawa servis yang perkhidmatan payperpost.COM ini mudah dan cepat.

5. www.jobdirumah.com


Salah satu laman web terkenal kerana banyak peluang pekerjaan yang boleh diperoleh mengikut kemampuan seseorang.Contoh contoh kerja yang dimaksudkan adalah seperti pengumpulan maklumat, memasukkan maklumat ke dalam sistem, membuat kajian tentang maklumat yang dikumpul dan kerja kerja yang berkaitan. Apa yang uniknya peluang kerja yang anda dapat hanya perlu dilakukan di rumah secara online tanpa kontrak, masa bekerja fleksibel dan diuruskan oleh anda sendiri. Antara syarat syarat utama yang ditetapkan ialah :

  • Boleh membaca,menulis dan memahami bahasa Inggeris.
  • Mempunyai komputer, akses internet dan boleh menggunakannya dengan baik.
Pendapatan yang anda perolehi adalah bergantung kepada tahap motivasi dan kesanggupan, kadar bayaran adalah antara $10 hinggalah mencecah ribuan dollar.

6.www.klikjer.com

Ramai yang telah berjaya meraih pendapatan melalui laman web popular ini. Anda boleh mendaftar sebagai penulis atau affiliate. 

Rahsia buat duit dengan menulis


  • Sebagai penulis.
Apa yang perlu dilakukan adalah hasilkan info produk yang bermutu (e book). Segala aspek teknikal akan diuruskan oleh pihak klikjer. Anda akan dibayar royalti sebanyak 70% daripada jualan bersih produk yang mana lebih tinggi daripada penerbitan buku konvensional. Tidak perlu risau tentang kos dan risiko.

  • Sebagai affiliate.
Promosikan pelbagai produk dan bagi setiap jualan yang terhasil dari link affiliate anda, komisen lumayan akan diberikan. Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Buat duit sampingan melalui survey online.
  1. Sy x penah try lg... boleh cuba ni. Tqvm

    BalasPadam
  2. tq for sharing, great article...

    BalasPadam
  3. Platform advertorial.my tu dah cantik dah. Pernah beberapa kali dapat job dari situ. Tapi kurang pendedahan pasal platform tu dan lagi satu mungkin sebab orang kita masih tak nampak bagaimana advertorial boleh bantu tingkatkan jualan produk atau servis

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone