Ahad, 29 November 2015

Fungsi tersembunyi google search yang berguna

1.Data awam.

Bagi mengetahui status berkenaan kadar populasi, purata jangka hayat(life expectancy), kadar kelahiran(birth rate), keluaran dalam negara kasar (GDP) untuk sesebuah negara, taipkan seperti yang berikut pada kotak carian :
  • 'population' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia population'  
  • 'gdp' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia gdp'
  • 'life expectancy' diikuti dengan nama negara. contoh : 'Malaysia life expectancy'
  • 'birth rate' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia birth rate'
carta keluaran dalam negara kasar atau gdp
carta keluaran dalam negara kasar atau gdp malaysia







2.Jejaki status penerbangan pesawat awam.

Cuma masukkan nama syarikat penerbangan seperti AIRASIA diikuti dengan nombor kod penerbangan.Ini akan memudahkan anda memantau pergerakan sesuatu pesawat tanpa perlu melayari laman web rasminya. Contohnya :
  • Status penerbangan Airasia AK5117, taipkan : 'AK5117'
cara jejak status flight atau penerbangan awam dengan google search
 jejaki status  penerbangan awam dengan mudah







3. Permainan Atari breakout.

Menggunakan google search image, taipkan 'atari breakout' dan anda akan jumpa satu permainan yang mudah untuk dimain tanpa perlu muat turun atau pergi ke laman web tertentu.

game mudah atari breakout
permainan atari breakout google search image

4.Cari fail pelbagai format.

Untuk menjimatkan masa mencari fail yang anda inginkan seperti contoh 'job application resume' dalam format pdf. Google search juga menyediakan ciri khusus yang diperlukan untuk menyempurnakan misi anda. Caranya adalah seperti yang berikut :
  1. taipkan  <job application resume> filetype:pdf, contohnya : <job application resume> filetype:pdf
  2. taipkan 'job application resume' filetype:pdf, contohnya : 'job application resume' filetype:pdf
Bagi menukar format carian, anda hanya perlu tukarkan pdf kepada misalnya word atau excell. Contohnya : <job application resume> filetype:pdf  kepada <job application resume> filetype:word.

cari fail berlainan format pdf,word,excell guna google search
cari fail berlainan format guna google search







5. Jadual perlawanan Bola sepak.

Bagi peminat tegar bola sepak luar negara seperti  English Premier League, anda boleh melihat jadual terkini perlawanan lengkap dengan masa mengikut waktu tempatan yang akan berlangsung hanya dengan menaip 'english premier league next match' pada ruang kotak carian seperti berikut :
  • english premier league next match, contohnya : english premier league next match
'english premier league next match'
semak jadual english premier league 


Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone