Jumaat, 6 November 2015

Cara semak status pertukaran domain baru


masalah tukar domain blogspot ke domain baru

Jadi ceritanya bermula dengan hasrat di hati hamba untuk menukar domain baru dari contohnya tukarnama.blogspot.my ke domain tukarnama.com. Satu pekerjaan yang hamba tidak pernah lakukan. Akan tetapi kerana tekad maka gali punya gali, dapatlah beberapa info berguna daripada mr.google tentang bagaimana caranya.

Seterusnya pergilah hamba ke laman web go daddy untuk memilih nama domain,mendaftar dan membayar.Setelah siap buat tetapan pertukaran untuk 'CNAME' dan 'A'record seperti yang disyaratkan, di blog dan juga dalam laman web go daddy maka siaplah tugas nampaknya dan cuma tunggu proses update. Huhh..berjaya juga, kata hamba dalam hati.

Kalau ikutkan encik google proses pertukaran boleh sampai 2 ke 3 hari atau lebih. Jadi aku pun biarkanlah blog aku bersawang selama 5 hari.Lepas itu hamba cubalah buka domain baru yang dah kena daftar lima hari yang lepas. Tapi masih tak timbul timbul...lemas ke apa budak ini? cemas juga dibuatnya macam ada yang tak kena.

Akhirnya setelah merujuk kepada encik google semula,hamba terjumpa cara bagaimana untuk menyemak secara nyata dan jelas akan status pertukaran 'CNAME' dan 'A' record dalam sebuah laman(dns propagation checker). Alamat laman webnya adalah www.whatmydns.net. Cuma masukkan alamat url blog atau laman web yang dikehendaki pada ruang kosong yang di atas sekali kemudian pilih samada nak semak status 'A' atau 'CNAME'.

Lepas itu, tekan search dan dalam peta di sebelah kanan anda akan dapat lihat samada tanda pangkah atau tanda ya/betul yang keluar. Kalau anda semak status 'A' record dan 'CNAME' record misalnya dan tanda pangkah yang keluar maka ianya bermakna proses pertukaran atau perpindahan domain anda sedang dalam proses, kalau tanda ya/betul yang muncul sepatutnya dah tak ada masalah.

Tengok status perbandingan dalam gambar di bawah :

1. Status K.O


2. Status O.K


Kemaskini yang lambat atau perlahan untuk cached records dipangil sebagai  propagation delay, Ini terjadi disebabkan oleh informasi untuk DNS laman web anda sedang disebarkan/dihebahkan ke seluruh internet DNS servers di seluruh dunia.Sebaik sahaja selesai maka semua orang akan dapat melawat laman web anda seperti sedia kala.
Kalau ikutkan pengalaman hamba yang baru sejengkal, selepas semak semula status 'A' record dan 'CNAME' record selang beberapa hari kemudian, semua tanda yang muncul adalah macam dalam gambar 'OK'. Bila cuba buka blog guna domain baru ianya berfungsi kembali seperti sedia kala. Kesimpulannya, cara ini boleh membantu menghilangkan kerisauan yang terbuku di hati akibat menunggu proses pertukaran dari domain lama ke domain peribadi yang baru. Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi singgah menatap bebelan hamba yang panjang berjela.



Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone