Rabu, 28 Oktober 2015

Write a review contest anjuran lynk dot my

Label :

              

Review contest anjuran Lynk.my.

Pertandingan ini menawarkan sejumlah hadiah bernilai RM 4000 dengan tiga kategori iaitu :



Akan tetapi anda tidak perlu risau kerana setiap penyertaan layak untuk memenangi kesemua tiga kategori yang dipertandingkan. 


              Berlangsung selama dua bulan bermula dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015 dan mungkin akan dilanjutkan bergantung kepada budi bicara penganjur. Penyertaan terbuka kepada semua platform blogger warganegara  Malaysia, hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap blogger. 


Apa itu Lynk dot my ?


 Penyedia perkhidmatan url shortener,

Contohnya adalah seperti berikut:  Url (http://kenny977.blogspot.my/2015/10/aplikasi-google-adsense-untuk-smartphone.html) akan diringkaskan kepada (http://lynk.my/7xi). Objektif utama lynk dot my adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengiklankan perniagaan mereka atau apa apa acara dari yang kecil mahupun yang besar secara atas talian dengan mudah. Apa yang menarik tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak Malaysia ini adalah :


  • Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan berbanding dengan penyedia pengiklanan lain yang fuhh...mahal giler.
  • Harga pengiklanan bermula dari serendah RM10.
  • Boleh jana pendapatan dengan mengongsikan pautan laman web yang telah dipendekkan.
  • Smart filtering unik yang dinamakan Mr BotBot memastikan bahawa link anda tidak dilawati oleh web spider dan sebagainya, jadi anda tidak perlu risau kerana apa yang anda bayar adalah trafik yang datang daripada manusia sahaja.
  • lynk.my menerima pembayaran melalui hampir kesemua servis perbankan secara atas talian di Malaysia.
               Proses pendaftaran untuk menjadi ahli cukup mudah dan jika telah berdaftar maka anda boleh mengakses dan memantau segala maklumat terperinci berkenaan dengan url anda yang telah dipendekkan dengan mudah.Berpatutan, mudah dan cepat adalah ungkapan tepat yang boleh saya gambarkan berkenaan dengan lynk.my ini.
              Apa yang perlu anda buat adalah cipta satu artikel blog dengan keunikan dan kreativiti anda sendiri samada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris sahaja. Isi kandungan artikel pula  wajib menyentuh berkenaan dengan review sistem lynk.my secara keseluruhan dan mesti menceritakan tentang pertandingan, kategori serta hadiah yang disediakan. Tiada had untuk tempoh minimum atau maksimum artikel, malah anda dibenarkan menulis secara bebas tetapi jangan menyentuh sensitiviti kaum dan agama, nanti tak pasal pasal jadi viral masuk lokap.

               Minta jasa baik pembaca sekalian untuk mengundi saya bagi pertandingan ini,undian anda amatlah saya hargai dan sila tinggalkan komen anda untuk saya blogwalking semula nanti.Klik pada butang dibawah untuk undian:       

                                  


Hadiah lumayan review contest yang disediakan:


Kategori TOP lynkUNDI

Tempat Pertama -RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


Kategori TOP SEO

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


Kategori TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200



Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )


50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

                Banyak hadiah hadiah menarik yang ditawarkan, apa lagi yang di tunggu. Daftar dan rebut peluang yang dah terhidang di depan mata. Kalau dah rezeki takkan kemana tapi kalau tak berusaha maka bak kata pepatah;
         
   "rezeki takkan datang bergolek kecuali kita berusaha mendapatkannya"

Keputusan pertandingan dan para pemenang

               

11 ulasan

Hye Kenny read my blog here about lynk.my nice entry !

http://lynk.my/gWR

Hai Kenny, Zumal vote back untuk Kenny ^-^

Good Luck Kenny..

Aya pun baru mencuba.. :)

http://www.bloggerwanita.com/contest-review-lynk-my-2015/

Salam buat Kenny....Wah…. Menarik sungguh artikel anda Contest Review Lynk.my 2015, ada peluang untuk menang ni. Semoga berjaya.

Kenny: Semoga Berjaya ya. Saya pun nak cuba nasib dalan Contest Review Lynk.com 2015 ini.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.
EmoticonEmoticon