Jumaat, 23 Oktober 2015

Robot pembantu canggih yang boleh dibeli

Robot yang boleh dibeli di pasaran.

Adakah robot akan mengubah kehidupan kita pada masa hadapan? Tiada siapa yang pasti tentang itu,namun jika dilihat dan dinilai akan apa yang telah dicapai melalui perkembangan teknologi yang semakin rancak pada masa kini,jelas sekali ianya membantu bukan sahaja dari segi ekonomi malah dalam banyak bidang bidang penting seperti perubatan dan sebagainya.Pada zaman teknologi yang mana kelajuan dan ketepatan adalah perlu dan amat kritikal.Bergantung kepada tenaga manusia adalah jalan terbaik kerana kita mampu melakukan pelbagai tugas, namun hanya pada masa yang singkat.

Robot pula yang mana dicipta oleh manusia dengan matlamat untuk membantu membuat sesuatu tugas dengan efisien,tepat dan dalam tempoh yang lama tanpa mengeluh. Berikut adalah beberapa fakta tentang robot pintar dan canggih yang mempunyai keupayaan untuk membantu manusia dari pelbagai segi dan ianya mampu dimiliki.


SoftBank pepper
robot pepper
Robot dihasilkan oleh Aldebaran Robotics dan SoftBank Mobile ini dicipta dengan keupayaan untuk membaca emosi. Kemampuan tindak balas robot pepper ini dengan pengguna terhasil kerana ianya mampu menganalisa ekpresi dan nada suara seseorang. Robot pintar ini mempunyai empat mikrofon, dua kamera definisi tinggi, sensor 3D dan banyak lagi. Pepper berfungsi lebih kepada bertujuan untuk menceria atau mengembirakan penggunanya melalui interaksi. Beberapa perisian dicipta untuk robot ini yang mana membolehkan ia melakukan perkara seperti mengingatkan seseorang untuk mengambil ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan,membantu memantau perlakuan anak anak, berselfie bersama pengguna dan sebagainya. Dipasarkan kepada umum dengan harga dibawah $2000(RM8000+-). pada februari 2015.


bearapa harga robot pintar nao
robot nao
NAO adalah robot pintar,comel dan kecil dengan ketinggian 58 sentimeter, mampu menjadi teman di rumah,ianya mampu bergerak,mengenali,mendengar dan bercakap dengan penggunanya.Apa yang menarik tentang robot ini ialah ianya telah digunakan untuk tujuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah universiti di lebih 70 buah negara.Mesra pengguna adalah kunci utama kejayaan robot ini, juga dicipta oleh Aldebaran Robotics. Berbanding dengan pepper, nao mempunyai sepasang kaki dan berupaya untuk bangun semula jika ianya jatuh tersembam.Dilengkapi dua kamera defini tinggi yang mampu menangkap gambar selaju 30 frame sesaat serta berupaya mengenalipasti wajah dan objek di sekelilingnya. Layari www.robotpreneur.com kalau nak tahu berapa harganya.



Aldebaran Roméo Innorobo 2014 Lyon
robot romeo
Dicipta dengan matlamat untuk membantu mereka yang kurang upaya atau warga tua menjalani kehidupan seharian dari segi interaksi sosial,pengurusan jadual harian dan interaksi fizikal. Robot Romeo ini masih lagi di peringkat kajian dan pembangunan, namun ianya dihasikan dengan keupayaan yang lebih canggih dan berfungsi seperti seorang pembantu peribadi, dengan ketinggian 1.4 meter dan bentuk badan menyerupai manusia dewasa. Harga dikatakan dalam anggaran $330,00.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone