Selasa, 27 Oktober 2015

Kisah 7 jutawan dan bagaimana mereka bermula

kisah inspirasi seorang usahawan jutawan

1. UPS (United Parcel Service)
Diasaskan oleh James E.Casey pada tahun 1907 (berumur 19 tahun) dengan meminjam sebanyak $100 sebagai modal daripada rakan beliau. Pada mulanya penghantaran barang dibuat menggunakan basikal, motosikal dan berjalan kaki. Nama asal syarikat pada awal penubuhan adalah American Messenger Company dengan motto "best service and lowest rates".



2. Fedex

Semasa di ambang kegawatan akibat krisis harga minyak, pengasas syarikat penghantaran ini iaitu Frederick W.Smith pernah menggunakan wang syarikat yang berbaki $5000 untuk bermain black jack di Las Vegas dan beliau menang $27,000, yang mana cukup untuk menampung perbelanjaan minyak syarikat bagi operasi beberapa hari yang berjumlah $24,000 sebelum syarikat pulih semula daripada masalah.


3.Alibaba
Jack Ma iaitu antara orang terkaya di China adalah pengasas syarikat jual beli atas talian ini. Beliau berasal dari keluarga miskin, gagal sebanyak 2 kali untuk peperiksaan kemasukan ke kolej, permohonan kerja beliau di beberapa syarikat termasuk KFC ditolak sebelum ditawarkan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris dengan pendapatan sebanyak $12 sebulan di universiti tempatan.Idea untuk memulakan syarikat bermula apabila beliau membuat carian di internet mengenai "beer china" namun hampa apabila tiada hasil carian yang ditemui. Dari itu, beliau bertekad untuk menubuhkan syarikat internet di China. Dua syarikat terdahulu beliau sebelum Alibaba gagal. Nama "Alibaba" adalah idea yang timbul (Alibaba and the Forty Thieves)ketika Jack Ma duduk di sebuah kedai kopi di San francisco.

4. Panasonic
Bermula pada tahun 1917, Konosuke Matsushita berhenti daripada Osaka Electric Light Company untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri. Tanpa pendidikan formal,modal dan pengalaman dalam bidang pembuatan produk. Syarikat yang beliau tubuhkan ini hampir hampir muflis namun diselamatkan oleh pesanan produk sebanyak 1000 unit yang tidak dijangka daripada pelanggan pada saat akhir. Setelah berusaha dan terus berusaha, syarikat yang beliau asaskan ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai jenama yang terkenal.Perkara yang menarik yang sering ditekankan oleh Matsushita ialah tidak kira betapa bagusnya sesuatu produk berbanding dengan yang lain, apa yang paling penting ialah produk tersebut mesti mempunyai pasaran dan dapat dijual. Tiada gunanya jika produk tidak dibeli walaupun ianya adalah yang terbaik di pasaran.


5.Walt Disney

Bermula dengan melukis dan menjual hasil karya untuk wang secara kecilan kecilan di sebuah ladang, pengasas syarikat ternama ini mula memasuki Hollywood dengan hanya $20 dalam poket. Akhirnya beliau berjaya sebagai seorang jutawan dalam bidang pengiklanan dan animasi kartun.

6.JK Rowling
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau menghadapi masalah depressi, keinginan untuk bunuh diri dan hidup dalam kemiskinan serta diceraikan oleh suami beliau. Novel terkenal pertama beliau dihabiskan dengan menulis di atas cebisan tisu yang diambil dari beberapa kafe. Akhirnya novel Harry Potter yang terkenal menjadikannya seorang jutawan berkat usaha dan kegigihan beliau.

7.Roman Abramovich
Pada usia 4 tahun beliau menjadi anak yatim bila kedua ibu bapanya meninggal dunia. Berhenti belajar daripada kolej demi mengejar impian sebagai seorang usahawan. Bermula dengan menjual patung itik mainan dan sekarang beliau adalah antara jutawan yang terkenal di dunia. Pemilik kelab pasukan bola sepak Chelsea.







Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone