Rabu, 28 Oktober 2015

7 tempat terbiar menarik di seluruh dunia

Terdapat kisah mahupun sejarah menarik yang boleh diketahui di sebalik sesuatu tempat yang telah ditinggalkan dan tidak lagi dihuni oleh manusia di bumi.


Tempat terbiar yang terkenal di merata dunia:

1. Tocco Caudio
Akibat beberapa siri gempa bumi pada tahun 1980 dan 1981,perkampungan kecil dan terpencil ini dikosongkan oleh penduduknya.Terletak di Beneveto, Campania, Itali. Lokasi di dalam Google Maps.

Tocco Caudio vecchio


2.Pulau Hashima. (Gunkanjima)


Terletak berhampiran bandar Nagasaki di selatan negara Jepun, pulau dengan keluasan 6.3 hektar ini merupakan tapak tinggalan lombong arang batu bawah laut yang dibuka pada tahun 1887 hingga 1974. Kisah dokumentari pulau ini telah dipaparkan dalam History Channel's Life After People, "The Bodies Left Behind". Filem Jepun Midori Naki Shima diterbitkan pada tahun 1949 membuat penggambaran di pulau Hashima. Thailand juga mempunyai filem sram yang berkaitan dengan lokasi pulau ini yang bertajuk Project Hashima.  Pulau ini juga turut menjadi inspirasi dalam salah satu babak untuk filem James Bond Skyfall. Lihat dengan lebih dekat dan jelas melalui google street view .
Battle-Ship Island Nagasaki Japan

Pulau terpencil Hashima di jepun 




3. Homebush Bay.

Terletak di sungai Parramatta, New South Wales, Australia. Pernah menjadi pusat industri berat yang terkenal pada abad ke-20. Kemudian menjadi tempat pembuangan sisa sisa pepejal yang bersaiz besar seperti kapal dan bahan bahan kimia. Objek yang terdapat dalam gambar di bawah adalah bangkai kapal SS Ayrfield yang terdapat di homebush bay yang mana ianya telah dilitupi oleh tumbuhan tumbuhan. Lokasi di Instantstreetview.

Homebush Bay - SS Ayrfield



4. Kubu Maunsell.
Kubu Maunsell adalah menara kecil yang dibina di muara sungai Thames dan Mersey semasa Perang dunia kedua untuk membantu mempertahankan U.K daripada serangan musuh.

Redsandsforts

5. Pripyat

Dibuka pada 4 Februari 1970 namun, dikosongkan setelah berlaku bencana loji nuklear Chernobyl, terletak di selatan Ukraine bersempadan dengan Belarus.

Sebelum
A Picture Of Prypiat, pictured before the Chernobyl Disaster to add Context to what the city was like

Selepas
Pripyat - Bumper cars

  Tinggalan penempatan di Ukraine




6. Danvers State Hospital

Hospital psikiatri/mental terletak di Danvers, Massachusetts,Amerika Syarikat. Ia dibina pada tahun 1874 dan dibuka pada tahun 1878 di bawah pengawasan arkitek terkenal Boston, Nathaniel Yeremia Bradlee. Serba lengkap dan kebanyakkan bangunan di situ dihubungkan dengan terowong bawah tanah.Ianya telah dirobohkan sepenuhnya pada tahun 2006.

Danvers State Hospital, Danvers, Massachusetts, Kirkbride Complex, circa 1893

7.Dadipark

Dadipark adalah sebuah taman hiburan di Belgium.Berlaku satu kemalangan pada tahun 2000 di taman tersebut dimana seorang lelaki terputus tangannya semasa menaiki Nautic Jet. Kemalangan ini adalah yang pertama namun selepas itu beberapa lagi siri kemalangan berlaku.Orang ramai mula mengadu mengenai tahap keselamatan dan jumlah pengunjung semakin berkurangan. Pada tahun 2002 pihak pengurusan telah mengumumkan bahawa taman ini akan ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pengubahsuaian, tetapi taman ini tidak lagi dibuka selepas itu. Lokasi di dalam Google Maps.

Urban Exploring Dadipark 1


Walaupun tidak berpenghuni dan lusuh  tetapi ianya tetap menjadi daya tarikan mungkin kerana kewujudan unsur unsur sejarah mahupun misteri yang pernah terjadi lokasi tersebut.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone