Rabu, 30 September 2015

Kebaikan dan keburukan kereta elektrik

Label :


By Elektroauto_1.jpg: Michael Movchin (This file was derived from  Elektroauto 1.jpg:) [CC BY-SA 3.0 (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)], via Wikimedia Commons
sumber gambar : wikimedia.org

Penggunaan kereta elektrik atau E.V bakal direalisasikan pada tahun 2017 di Malaysia. Dua model kereta elektrik hasil keluaran syarikat automotif tempatan akan mula dipasarkan dengan harga di bawah RM100,000 seunit. Ini bakal menambahkan pilihan kepada pengguna untuk membeli kenderaan cekap tenaga dan mesra alam. Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, pengenalan kereta elektrik berkenaan akan meningkatkan daya saing syarikat automotif tempatan selain memberi peluang kepada lebih banyak syarikat asing memperkenalkan model Electric Vehicle masing masing di pasaran domestik.

Sebagai pembeli, berikut adalah beberapa faktor atau ciri ciri yang harus dipertimbangkan sebelum bercadang hendak membeli kereta elektrik:

kelebihan kereta elektrik berbanding petrol atau diesel


Kebaikan :

  1. Tidak perlu lagi mengisi petrol.
  2. Tidak perlu membuat penyelenggaraan seperti menukar minyak enjin dan sebagainya.
  3. Senyap dan tidak mengeluarkan apa apa asap yang mencemarkan udara.
  4. Tahap keseimbangan kereta atau pusat graviti adalah rendah.
  5. Ruang dalam kereta lebih luas berbanding kereta petrol.
  6. Jaminan warranty untuk kereta elektrik adalah lebih lama berbanding kereta petrol.

Keburukan :

  1. Jarak perjalanan bagi sesebuah kereta elektrik adalah terhad.
  2. Ambil masa yang agak lama untuk cas bateri penuh (8 jam +- ) .
  3. Harga mahal (nissan leaf rm 100k++).
  4. Anggaran jangka hayat bateri adalah dalam masa 10 tahun. 
  5. Kos tukar bateri baru mmmm.... buat pinjaman bank ler jawabnya.
  6. Kena pasang tempat untuk cas bateri kereta kat rumah.

Jadi kesimpulannya, kereta elektrik sesuai digunakan jika jarak perjalanan tidak terlalu jauh contohnya dalam bandar. Walaupun harganya agak mahal namun dari segi penjimatan ianya boleh dikatakan berbaloi. Tak perlu isi petrol dan tak perlu buat servis yang selalunya perlu dibuat jika menggunakan kereta petrol.Terpulang kepada pengguna untuk menentukan, pilihan di tangan masing masing.




Infographic: Norway Leads The World's Electric Vehicle Market  | Statista

                                                                          Sumber: Statista

6 ulasan

Info yang menarik dan brguna...tq

harga agak mahal dan jarak perjalanan yg terhad, klau di bandar mgkn sesuai....

malaysia masih bergantung kepada sumber minyak, kalau banyak kereta elektrik masuk pasaran maka kuranglah income kerajaan. kalau ada kereta elektrik macam telsa memamang bagus sebab kurang pencemaran...

Harga EV masih mahal di malaysia walaupun ianya mesra alam. Bagi yang mampu tiada masalah.

Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek kenderaan elektrik,mungkin disebabkan oleh sebahagian besar sumber ekonomi negara adalah datangnya daripada minyak mentah.

harga kereta elektrik masih mahal tambahan belum ada lagi stesen untuk cas bateri seperti yang ada di luar negara.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.
EmoticonEmoticon