Ahad, 20 September 2015

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

Ulasan pelawat atau pembaca memainkan peranan penting untuk sesebuah blog. Namun begitu disebabkan spam mahupun secara tidak sengaja terpadam komen tersebut. Ini akan menimbulkan persoalan tentang bagaimana untuk mendapatkannya kembali.

Bagaimana cara hendak mendapatkan kembali komen tersebut?.


cara dapatkan kembali komen blogger

       Caranya adalah dengan menyalin semula salinan komen yang terdapat dalam email anda. Maksudnya setiap kali pembaca atau pelawat membuat komen di blog anda, satu email pemberitahuan susulan akan dihantarkan ke alamat email anda. Semak mana satu komen yang ingin anda pulihkan semula dan jika ada, maka anda boleh menyiarkan kembali komen tersebut di blog secara manual. Contoh email adalah seperti dalam gambar dibawah ini:

bagaimana dapatkan komen blog yang terpadam
guna email dapatkan kembali komen blogger

Peringatan tentang email pemberitahuan.

         Harus diingatkan bahawa email pemberitahuan ini hanya akan berfungsi jika anda telah mengaktifkannya di bahagian  TETAPAN blog anda seperti ini:

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

         Juga tukarkan tetapan sesiapa yang boleh mengulas kepada "sesiapa juga". Setelah selesai pergi ke artikel blog anda dimana komen pembaca tersebut sepatutnya disiarkan dan klik pada ruangan ulasan. Masukkan nama, pautan dan komen si pembaca blog tersebut di tempat yang sepatutnya seperti dalam gambar dibawah:

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

Akhir sekali terbitkan ulasan anda dan selesai.

Artikel lain yang mungkin anda minati : 

















Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone