Isnin, 4 Mei 2015

Tip tip elakkan penipuan perbankan online

tip tip elakkan penipuan perbankan online
Perbankan dalam talian adalah satu kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengguna melakukan pelbagai transaksi dengan selamat.
Walau bagaimanapun, sebagai pengguna kita haruslah berhati hati dengan segala macam jenis penipuan yang cuba untuk mendapatkan akses kepada akaun bank melalui modus operandi tertentu. Pihak bank berusaha keras bagi memastikan para pelanggan mereka selamat ketika berurusan menggunakan perkhidmatan perbankan online. Namun hakikatnya, sebagai pengguna terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri dan wang anda.


Sebelum itu mari kita lihat statistik penipuan (fraud)  yang dikeluarkan oleh mycert.com.my bermula daripada tahun 2008 sehingga tahun 2013 :


TAHUN JUMLAH KES
2008 907
2009 1022
2010 2212
2011 5328
2012 4001
2013 4485

Tip keselamatan apabila menggunakan servis perbankan online atau dalam talian :
  • Taipkan secara terus alamat agensi perbankan anda ke pelayar web (web browser) bagi memastikan anda memasuki laman web yang sah dan selamat. Sebelum memulakan apa apa transaksi pastikan :
  • Alamat laman web perbankan anda bermula dengan "https (Hypertext Transfer Protocol over Secure Socket Layer)";
  • Perhatikan juga pada simbol padlock seperti ini :
  • Pastikan ciri ciri keselamatan seperti kali terakhir anda melakukan transaksi atau kata pengenalan rahsia dipaparkan ketika anda hendak memulakan urusan perbankan.
  •  Pastikan firewall,  anti virus dan lain lain perisian keselamatan dalam PC diaktifkan serta sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Jangan simpan sebarang kata laluan, PIN atau nama pengguna yang berkaitan dengan perbankan online dalam komputer atau telefon pintar anda.

  • Jangan gunakan kata laluan yang mudah dijangka seperti contoh: 123456, abc123 atau tarikh lahir. Elakkan juga menggunakan kata laluan yang sama untuk tempoh yang lama.


  • Log out dengan cara yang betul setelah selesai melakukan transaksi, pastikan anda padamkan memory cache atau history pada pelayar web yang digunakan.


  •  Jangan sesekali menggunakan sambungan internet seperti WIFI terbuka untuk melakukan       transaksi perbankan dalam talian.




  • Jangan biarkan komputer atau telefon pintar anda tanpa pengawasan ketika anda sedang melakukan perbankan online.


  • Jangan kongsikan sebarang kata nama atau kata laluan anda dengan orang lain. Sentiasa ingat bahawa pihak bank tidak akan sesekali meminta anda menyerahkan PIN atau kata laluan melalui email atau pautan dalam email mahupun melalui panggilan telefon.

  • Awasi dan peka dengan persekitaran anda ketika melakukan perbankan online terutamanya di   kawasan awam.


  • Semak transaksi dalam akaun bank dan pastikan tiada apa apa transaksi yang mencurigakan.   Jika ada, dengan segera laporkan kepada pihak yang berkenaan untuk siasatan dan tindakan.

Untuk lebih banyak info lanjut tentang sindiket/ modus opreandi terkini penipuan perbankan online, sila layari :


** Sumber rujukan : Persatuan bank bank dalam Malaysia (http://www.abm.org.my/)

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone