Selasa, 28 April 2015

Penghawa dingin kereta boleh sebabkan kanser

bahaya aircond kereta boleh menyebabkan kanser
"Hazard T". Licensed under Public Domain via Wikimedia Commons.
Kepada setiap pengguna kereta, berikut ini adalah info sangat penting dan MESTI DIBACA, demi untuk KESIHATAN.
Buku Panduan kereta mengesyorkan kita untuk menurunkan cermin tingkap supaya membiarkan semua udara panas keluar sebelum menghidupkan Penghawa dingin. MENGAPA?.Tidak hairanlah ramai orang yang mati akibat kanser berbanding sebelum ini. Kita tertanya-tanya dari mana punca datangnya masalah ini. Tetapi di sini ada satu contoh yang menjelaskan antara punca yang menyebabkan kanser. Ramai orang akan berada di dalam kereta mereka sejak awal waktu pagi sehingga pada waktu malam, dalam tempoh 7 hari seminggu.




           Ingat, jangan terus hidupkan penghawa dingin sebaik sahaja anda memasuki kereta.Sila buka cermin tingkap selepas anda memasuki kereta anda dan kemudian selepas beberapa minit barulah pasangkan penghawa dingin.

Sebabnya:
Menurut kajian, papan pemuka  kereta, kerusi, saluran penghawa dingin, semua objek plastik ini di dalam kenderaan anda sebenarnya akan membebaskan gas Benzene, yang mana menyebabkan kanser.

Sila ambil masa untuk mengesan bau plastik yang dibebaskan di dalam kereta anda apabila masuk dan sebelum anda menghidupkan enjin.Selain menyebabkan kanser, gas Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel-sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan Leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.

Tahap selamat Benzene dalam rumah adalah: 50mg bagi setiap kaki persegi, sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan cermin tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene (8 kali melebihi tahap yang selamat). Jika diletakkan di luar rumah dan terdedah kepada sinaran matahari pada suhu melebihi 60 F, tahap gas Benzene akan meningkat ke paras 2000-4000 mg, (40 kali melebihi paras yang selamat).


Seseorang yang masuk ke dalam kereta, membiarkan cermin tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut kadar berlebihan toksin benzene yang menjejaskan buah pinggang dan hati. Apa yang lebih teruk lagi, adalah amat sukar untuk badan anda untuk menyahkan bahan toksik ini.

Oleh itu, sila buka cermin tingkap dan pintu kereta anda berikan sedikit masa untuk pertukaran udara keluar.- (demi mengelakkan risiko kanser).

Perhatian:
Apabila seseorang berkongsi sesuatu info yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.
  1. tu sbb ramai org zmn ni meninggal sebab kanser . byk sgt penyumbang kenser yg kita x sedar ...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas infonya, saya baru tahu. no wonder lah kawan kawan naik kereta saya terkejut aircond tidak tutup. rupanya ini lah penjelasannya.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone