Isnin, 6 April 2015

Bagaimana jangka hayat sesebuah pesawat ditentukan

cara menentukan jangka hayat sesebuah kapalterbang atau pesawatJangka hayat sebuah pesawat diukur bukan berdasarkan pada berapa lama ianya telah beroperasi(contohnya:10 atau 20 tahun), tetapi ditentukan berpandukan kepada impak kitaran tekanan udara. Dalam setiap penerbangan, kapal terbang akan menerima tekanan udara pada badan dan sayapnya. Kedua-duanya bahagian atau komponen penting ini diperbuat daripada plat aluminium yang kemudiannya dicantumkan dengan pengikat dan rivet, dari masa ke masa, retakan akan terjadi di sekitar lubang pengikat akibat tekanan yang berulang kali (metal fatique).


Kaedah yang digunakan.

Pesawat yang digunakan untuk jarak penerbangan panjang, mengalami kitaran tekanan udara yang lebih sedikit, dan boleh bertahan lebih daripada 20 tahun. Pemeriksaan NDE (nondestructive evaluation) diguna pakai semasa pengeluaran (untuk memastikan bahawa komponen yang dipasang bebas daripada kecacatan) dan sepanjang hayat perkhidmatan pesawat untuk mengesan keretakan sekecil 0.04 inci.

bagaimana jangka hayat kapal terbang ditentukan

                              "UT principe". Licensed under CC BY 2.5 via Wikimedia Commons.

Proses NDE.

Salah satu kaedah yang biasa digunakan bagi proses NDE adalah ujian ultrasonik (ultrasonic phased array testing), yang menganalisis gema daripada gelombang ultrasonik untuk mendedahkan ketidaksempurnaan dalam material yang digunakan untuk pesawat. Pemeriksa boleh menentukan saiz dan bentuk bentuk kecacatan yang ada dengan menggunakan kaedah ini.

Sistem pemeriksaan robotik

Seiring dengan peredaran zaman, sistem pemeriksaan robotik yang dilengkapi dengan ultrasonic phased array digunakan untuk memeriksa sayap dan badan pesawat komersil serta pesawat pejuang sebelum ianya dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan pengeluar pesawat dan perkhidmatan pembekal seperti Airbus dan Boeing akan memeriksa kualiti pesawat mereka menggunakan cara seperti yang disebutkan di atas.
  1. tak pernah rasa naik pesawat. hehe. sory lama x singgah. smart template skrg :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone