Ahad, 22 Mac 2015

Jodoh tidak wujud dalam kehidupan

Perdebatan tentang jodoh ini wujud ketika sedang dalam perjalanan menuju ke satu tempat. Ianya melibatkan saya dan juga seorang sahabat. Secara peribadinya saya menyangkal pendapat beliau yang menafikan dengan sekeras kerasnya bahawa tidak pernah wujud jodoh dalam kehidupan. Kenapa agaknya beliau berkata demikian?

persoalan tentang kewujudan jodoh antara manusia



Penulis (sedang memandu) : Sahabat, apa pendapat engkau tentang jodoh dalam kehidupan?
Sahabat : Tidak wujud lah jodoh dalam kehidupan, itu semua pilihan masing masing.
Penulis: Jadi, maksud kau jodoh tak ditakdirkan tapi ianya berlaku atas pilihan seseorang ke?.
Sahabat : Ye la. Kalau betul jodoh itu wujud, engkau rasa kenapa ada orang yang bercerai berai lepas kahwin?.
Penulis(tak puas hati): Bukan mereka yang bercerai sebab dah tidak ada jodoh ke?
Sahabat: Mereka bercerai sebab mereka pilih untuk bercerai, dah tak ada pilihan lain Contohnya, mungkin dah tak sehaluan dan sebab sebab yang lain.
Penulis : Apa bukti kukuh yang engkau ada untuk itu?
Sahabat : Menurut.....bla bla bla bla...(sahabat merujuk kepada sumber yang menyokong kepada pendapat beliau yang mana agak sensitif untuk saya nyatakan di sini).
Penulis : Oh begitu rupanya. Yalah, itu pendapat awak sahabat. Apa apa pun saya hormati pendirian awak walaupun pandangan kita berbeza.

Kesimpulan :

Setiap daripada kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam setiap perkara. Bertolak ansur dan saling menghormati adalah sesuatu yang amat kritikal contohnya seperti dalam situasi di atas. Bertelagah tidak akan berakhir dengan kesudahan yang menguntungkan mana mana pihak.


Apa pula pendapat anda tentang jodoh. Adakah benar ianya wujud atau sebaliknya?

Wujud
Tidak
Tidak pasti
Poll Maker
  1. saya pun tak percaya adanya jodoh. bagi saya jodoh tak wujud sebab semua pilihan di tangan kita, tengoklah contoh di sekeliling anda; kebanyakan wanita memilih lelaki kaya (adakah itu jodoh? hehe).. memilih semata2 punyai kepentingan wang. jodoh tak wujud bahkan sepatutnya perkataan jodoh tu pun tak patut wujud sebab; dalam perhubungan perlukan kerjasama dua pihak untuk menjamin agar hubungan tu berkekalan, kalaulah si wanita tu curang, tak mustahil untuk dia buat lagi (adakah lepas ni dia akan dapat jodoh kekal sampai mati dengan perbuatan dia tu?hehe). mencari pasangan ni macam cari duit jugak, siapa cepat siapa berusaha dan rajin dia dapat. jadi saya rasa jodoh ni tak pernah wujud pun, ni cuma man-made concept (konsep yang direka oleh manusia) atau pegangan yang manusia percayai mampu bagi ketenangan bila hubungan putus di tengah jalan..ayat cliche kita selalu dengar "kalau ada jodoh, akan bertemu kembali," atau "jodoh tak ke mana" (ayat ni menerangkan seolah2 kita harus berharap lagi pada seseorang yang kita pernah bersama, instead of berharap kita patut keluar dan cari lagi yang lebih baik.. Jodoh tak wujud, tapi pilihan wujud..Tuhan pun sentiasa bagi kita pilihan selagi kita wujud kat dunia ni..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone