Selasa, 3 Februari 2015

Cara untuk unlock modem celcom zte mf190

Jika anda berhasrat untuk terus menggunakan modem broadband celcom zte mf190 walaupun telah bertukar ke telco yang lain, anda akan diminta untuk memasukkan "unlock code" 16 digit dan kemudiannya barulah anda boleh menggunakan modem tersebut untuk mana mana sim kad yang dikehendaki bagi akses internet.

bagaimana untuk unlock modem celcom zte mf190


Bagaimanakah cara untuk membuka kod 16 digit tersebut? .

bagaimana unlock modem celcom zte mf190

**Perhatian**Cara yang ditunjukkan dibawah ini adalah berdasarkan pada pengalaman penulis sendiri setelah bertukar dari celcom ke digi.Walau bagaimanapun PENULIS tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap sebarang kerosakan/kesulitan yang mungkin bakal berlaku.Cuba atas risiko anda sendiri !!.Sekian dan harap maklum.

Caranya adalah seperti berikut :


1. Muat turun perisian di sini -->> DC-UNLOCKER 2 CLIENT atau untuk versi terbaru sila klik di sini -->> http://www.dc-unlocker.com. Klik pada butang "Download " untuk memulakan proses muat turun fail ke dalam PC/laptop.

bagaimana unlock modem celcom zte mf190



2. Unzip "DC_Uclocker.rar" yang telah dimuat turun tadi dengan menggunakan Winzip (muat turun winzip jika pc atau laptop anda tidak tersedia dengan perisian ini)

bagaimana unlock modem celcom zte mf190

3.Plug in modem celcom ke laptop atau pc dan biarkan.(pastikan anda telah memasukkan sim kad dari telco yang lain cthnya:digi ke dalam modem tersebut) .

4. Buka aplikasi DC UNLOCKER yang telah anda UNZIP tadi seperti yang tertera pada gambar di bawah :


5. Tukar/pilih tetapan mengikut nombor seperti yang tertera pada gambar di bawah:

bagaimana unlock modem celcom zte mf190

6. DC UNLOCKER akan secara automatik mengesan dan membuka kod kekunci 16 digit pada modem celcom, seterusnya buka "celcom broadband manager" klik pada"setting" kemudian "Add" dan ikut langkah langkah seperti yang tertera pada gambar kedua dibawah.




bagaimana unlock modem celcom zte mf190

7. Selepas klik "ok". Ikut seperti dalam gambar di bawah ini:

bagaimana untuk guna simcard digi ke modem celcom

Setelah selesai proses unlock, modem celcom zte mf190 anda kini boleh digunakan semula untuk akses internet dan sms walaupun dengan menggunakan sim kad dari telcon lain.Selamat mencuba dan mohon maaf seandainya ada kekurangan dalam artikel ini.

Kenapa saya bertukar dari Celcom ke Digi ?. Kisahnya ada di sini :

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone