Selasa, 13 Januari 2015

Pembunuh bersiri yang kejam

     Seorang pembunuh bersiri biasanya ditakrifkan sebagai seseorang yang membunuh tiga atau lebih orang dalam jangka masa lebih daripada 30 hari, dengan tempoh "bertenang" antara setiap pembunuhan dan motif untuk pembunuhan adalah sebahagian besarnya berdasarkan kepada kepuasan psikologi.Berikut adalah antara pembunuh bersiri yang terkenal dengan kekejaman mereka:
Pixabay.com



1.Countess Elizabeth Báthory de Ecsed.
pembunuh bersiri yang terkenal dan kejam
sumber:Wikimedia
Beliau adalah seorang bangsawan wanita dari keluarga Báthory-Hungary.Dilabel pembunuh bersiri wanita yang paling prolifik dalam sejarah,
walaupun bilangan sebenar mangsa kekejaman beliau masih diperdebatkan.Báthory dan empat rakannya telah dituduh mendera dan membunuh beratus-ratus kanak-kanak perempuan di antara tahun 1585 dan 1610.Bilangan tertinggi mangsa semasa perbicaraan Báthory adalah seramai 650 orang.Beliau telah dipenjarakan pada disember 1610 di Castle Csejte-Hungary,(kini Slovakia),sehinggalah kematiannya empat tahun kemudian.


2.Jack the Ripper.
Jack the Ripper adalah nama yang diberikan kepada pembunuh bersiri yang tidak dikenali di kawasan sekitar daerah Whitechapel di London pada tahun 1888. Nama ini berasal dari sebuah surat yang ditulis oleh seseorang yang mengaku sebagai pembunuh yang telah disebarkan secara meluas dalam media. Surat tersebut dipercayai adalah satu penipuan dan mungkin telah ditulis oleh wartawan dalam usaha untuk membuat publisiti dalam akhbar dan meningkatkan edaran akhbar mereka. 

Serangan Jack the Ripper biasanya melibatkan pelacur wanita yang tinggal dan bekerja di kawasan miskin di London dan modus operandinya adalah kerongkong mangsa akan dipotong.Lima mangsa: Mary Ann Nichols, Annie Chapman, Elizabeth Stride, Catherine Eddowes dan Mary Jane Kelly, semua dibunuh di antara 31 Ogos dan 9 November 1888 yang mana Organ dalaman daripada sekurang-kurangnya tiga daripada mangsa dikeluarkan dari tubuh mangsa dan ini membawa kepada cadangan bahawa si pembunuh mempunyai pengetahuan anatomi dalam bidang pembedahan.Siasatan polis ke atas sebelas kes pembunuhan di Whitechapel sehingga tahun 1891 tidak dapat mengaitkan kesemua pembunuhan dengan pembunuhan yang berlaku pada tahun 1888 dilakukan oleh seorang pembunuh.

3.Angel Maturino Reséndiz.
Dikenali dengan gelaran The Railroad Killer/The Railway Killer/The Railcar Killer,adalah seorang pembunuh bersiri berasal dari Mexico yang bertanggungjawab untuk sebanyak 15 pembunuhan di seluruh Amerika Syarikat dan Mexico pada sekitar tahun 90-an ianya termasuk beberapa siri serangan seksual. Beliau dikenali sebagai The Railroad Killer/The Railway Killer/The Railcar Killer kerana kebanyakan 
jenayah yang dilakukan berhampiran dengan landasan kereta api. Pada 21 Jun 1999, beliau menjadi pelarian ke-457 yang disenaraikan oleh FBI dalam senarai sepuluh pelarian yang paling dikehendaki sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa Texas pada 13 Julai.
Reséndiz mempunyai banyak nama samaran seperti Rafael RESENDEZ-Ramirez dan Ángel Reyes Reséndiz.

4.Aileen Carol Wuornos (29 FEBRUARI 1956 - 9 Oktober, 2002)
Seorang pembunuh bersiri Amerika yang membunuh tujuh orang di Florida di antara tahun 1989 dan 1990. Wuornos mendakwa mangsa yang dibunuh telah ataupun cuba merogolnya ketika dia bekerja sebagai pelacur dan mendakwa bahawa pembunuhan telah dilakukan untuk mempertahankan diri. Beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati untuk enam kesalahan membunuh.Wuornos diberi suntikan maut pada 9 Oktober 2002.

5.Theodore Robert "Ted" Bundy ( 24 November 1946 - 24 Januari 1989)
Adalah seorang pembunuh bersiri Amerika, penculik, perogol, dan Necrophilia yang telah menyerang dan membunuh ramai wanita dan gadis muda dalam tahun 1970-an dan mungkin lebih awal. Tidak lama sebelum beliau dihukum mati, selepas lebih daripada satu dekad penafian, beliau mengaku telah melakukan 30 kes pembunuhan yang di tujuh negeri di antara tahun 1974 dan 1978. Kiraan mangsa sebenar masih tidak diketahui, dan mungkin lebih tinggi.

Bundy dilihat sebagai seorang yang kacak dan berkarisma, tetapi sifat-sifat beliau ini dieksploitasi untuk memenangi kepercayaan mangsa mangsanya. Beliau biasanya mendekati mereka di tempat-tempat awam, berpura-pura cedera atau hilang upaya atau menyamar sebagai seorang tokoh berpengaruh sebelum menyerang dan membunuh mangsa di lokasi yang lebih terpencil.


Pada mulanya dipenjarakan di Utah pada tahun 1975 untuk kesalahan menculik dan cubaan melakukan jenayah, Bundy menjadi suspek dalam senarai kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan di beberapa negeri. Beliau mendapat tiga hukuman mati dalam dua perbicaraan yang berasingan bagi kes pembunuhan di Florida.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone