Jumaat, 23 Januari 2015

Guna WhatsApp percuma dengan WhatSim

Simcard khas untuk whatsapp

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi mesej pesanan ringkas yang paling popular di seluruh dunia, dengan kira kira 700 juta pengguna aktif bulanan. Kini, dalam usaha untuk memperbanyakkan lagi bilangan pengguna WhatsApp, sebuah syarikat dari Itali telah melancarkan WhatSim. Ianya merupakan simcard khas yang dijual besertakan dengan pelan yang akan membolehkan pengguna menggunakan aplikasi online popular ini secara percuma semasa di kira-kira 150 buah negara.




Manuel Zanella Rngineer, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zeromobile, iaitu syarikat yang membangun dan mengeluarkan WhatSim, menjelaskan bahawa, " Untuk 10 EURO (Lebih kurang RM 41.++), pengguna akan mendapat kad SIM dengan caj penghantaran standard ke seluruh dunia sebanyak 5 EURO -. RM 20.++ anggaran) kad sim akan tersedia dengan mesej tek tanpa had selama setahun. Dengan 5 EURO  pengguna akan mendapat 1000 kredit. Yang mana boleh digunakan misalnya, untuk bertukar-tukar 50 gambar atau 10 video di kebanyakan negara di seluruh dunia. Tiada had untuk perkongsian, kemaskini kedudukan lokasi dan kenalan.  Membeli caj semula untuk simcard ini amatlah cepat dan mudah,pengguna hanya perlu layari laman web rasmi dari telefon pintar atau melalui aplikasi khusus yang bakal dilancarkan tidak lama lagi".

bagaimana guna whatsapp percuma
Sim kad khas untuk Whatsapp



WhatSim boleh didapati dengan pembelian melalui laman web WhatSim, syarikat ini juga merancang untuk memudahkan pengguna membeli kad sim ini melalui rangkaian pengedar tempatan di lebih 100 buah negara. Ini bukan kali pertama sesebuah syarikat atau pembekal perkhidmatan menawarkan kad SIM dengan penggunaan tanpa had. Walaupun percubaan sebelum ini terhad kepada negara tertentu. Tahun lepas, WhatsApp bekerjasama dengan E-Plus iaitu pengendali telekomunikasi mudah alih di Jerman, yang mana turut mula menjual kad SIM prabayar bagi penggunaan WhatsApp tanpa had.



Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone