Jumaat, 23 Januari 2015

Bahaya menggunakan wireless keyboard

QWERTY keyboard



Kepada mereka yang sering menggunakan papan kekunci tanpa wayar atau wireless keyboard , terutamanya yang berjenama Microsoft. Kini anda harus berhati hati kerana segala apa yang anda taip boleh dipintas. Satu peranti iaitu KeySweeper yang dibuat berasaskan Arduino yang mana secara fizikal ianya berbentuk seperti pengecas telefon USB biasa namun fungsi sebenarnya adalah untuk memantau,memintas dan menghantar segala huruf atau nombor mahupun simbol yang ditekan pada keyboard Microsoft tanpa wayar. Data kemudiannya akan dihantar kepada si penceroboh melalui sambungan GSM.


Menurut kepada sumber, hanya wireless keyboard keluaran terdahulu berjenama Microsoft yang boleh dipintas menggunakan kaedah ini. Namun tidak mustahil jika penceroboh merekacipta sesuatu peranti yang lebih sofiskated selari dengan peredaran teknologi masa kini.Awasi persekitaran anda terutama di kawasan awam jika menggunakan papan kekunci tanpa wayar. Jika anda ternampak pengecas telefon yang terbiar dan berfungsi tanpa tuannya tidak bermaksud ianya tidak merbahaya, periksa dahulu dan ambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Perlu diingatkan bahawa peranti keysweeper ini masih akan terus berfungsi walaupun dicabut dari sumber kuasa kerana ianya dicipta dengan bateri tambahan di dalam.




  1. Ya la...cuma mun ada make, mauk hati hati...sbab mun dah orang lain dpt tauk password bank atau pa2 jak password ngan username mmang dh bahaya.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone