Sabtu, 13 Disember 2014

Giveaway Hello from Canada

Label :

 Giveaway Hello from Canada
 Giveaway Hello from Canada

Klik banner untuk info lanjut

Tamat :21 december 2014

Soalan : Apakah URL blog Doodles of life ?:
Jawapan : http://herlifemanual007.blogspot.com

Jumaat, 12 Disember 2014

Keenakan pisang goreng 1 Malaysia

Label :


Masa dalam perjalanan balik dari kerja, tetiba pula mengidam pisang goreng. Maka singgahlah di satu warung yang memang menjadi kegemaran aku kalau nak makan yang panas panas.Warung makcik ni buka sebelah petang sahaja.Sebaik sampai sahaja dah bersusun susun pelanggan yang menanti pesanan.Harga RM1 untuk 10 keping siap dengan sambal.


pisang goreng panas dan murah
pisang goreng sedap dan murah

Apa yang menariknya tentang pisang goreng makcik ni.

Rasanya pun sedap dan rangup ditambah lagi dengan kuah sambal yang didatangkan sekali dalam pakej RM1 tadi. Layak kalau dipanggil pisang goreng 1 Malaysia. Pelanggan yang datang pun berbilang bangsa.

Kalau nak cari kat tempat lain, rasa rasanya memang susah nak dapat pisang goreng dengan harga yang ditawarkan oleh makcik nie.Beli RM5 pun dah cukup untuk makan satu keluarga.Bukan setakat pisang goreng je yang dijual malah ada bakso dan lain lain menu yang memang berpatutan harganya. 


Setakat yang aku lihat, pelanggan yang datang pun ada yang pakai kereta mahal mahal,nampak macam tauke tauke pun ada.Memang sah warung makcik nie 'famous' dan jadi buah mulut orang.Laris sungguh pisang goreng makcik nie, dekat 30 minit jugalah aku menunggu barulah siap pisang goreng yang diidamkan.

Khamis, 11 Disember 2014

Komentator terhebat sepanjang zaman

Label :


      Jutaan terima kasih kepada rakan rakan blogger yang sudi bertandang dan memberi komen di blog saya yang tidak seberapa ini.Setelah sekian berkecimpung dalam dunia blogging, banyak perkara yang telah dan akan saya pelajari.Semoga ikatan silaturahim di antara kita akan terus erat dan kekal.

     Setinggi tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada terutamanya 8 rakan blogger yang  sentiasa ringan jari dan tidak jemu jemu meninggalkan komen di dalam blog.Saya doakan agar anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa saja yang anda lakukan.Jom terjah blog komentator yang hebat hebat ini.

Ahad, 7 Disember 2014

Cara mudah pasang progress bar dalam blog

Label :

Bagaimana cara memasang progress bar dalam blog


Pemasangan progress bar pada blog akan memaparkan kepada pelawat akan page load progress blog anda.Namun untuk membuat sendiri widget ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi blogger yang tidak berapa mahir dalam aspek coding

Cara paling praktikal dan senang adalah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga. Salah satunya ialah Eager.io,laman web ini menawarkan pelbagai jenis progress bar kepada pengguna untuk dipasangkan di dalam blog.

Ianya percuma dan anda hanya perlu daftar akaun,masukkan alamat blog dan pilih progress bar yang anda inginkan. Selepas selesai, anda hanya perlu copy and paste javascript yang telah disediakan ke dalam ruangan <head><script src="//pasteyourjavascripthere"></script></head> blog anda.Anda boleh cuba pada ruangan dibawah: