Sabtu, 6 Disember 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen 2

Label :

Mini Lucky Draw Blog
Klik banner untuk info lanjut

Hadiah hadiah menarik menanti pemenang bertuah :
  

Hadiah pertama:
Potret vektor oleh Ayuni Rafilah + beg kertas safari

Hadiah kedua:
Magnet peti sejuk dari London dan Sabah.

Hadiah ketiga:
Sabun gamat handmade + memo pad

Hadiah saguhati x 3:
Highlighter bulat + memo pad

Tarikh tutup: 31 Disember 2014


Jumaat, 5 Disember 2014

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Label :

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Klik banner  untuk info lanjut..

Syarat syaratnya mudah sahaja
dan hadih hadiah menarik menanti 
pemenang bertuah




Rabu, 3 Disember 2014

Indek persepsi rasuah 2014 dan 2013

Label :


indek persepsi rasuah malaysia
Malaysia berada pada kedudukan ke 50 bagi indek persepsi rasuah tahun 2014, naik tiga mata berbanding tahun 2013. Manakala Negara jiran Singapura pula berada di kedudukan ke 7,Indonesia di tangga ke 107 dan Thailand pada kedudukan ke 85. Walaupun peningkatannya yang agak sedikit namun ini menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul dalam menangani gejala rasuah.Indek ini dikeluarkan oleh Transparency International atau T.I yang mana merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1995. 


Misi T.I adalah untuk membanteras rasuah dan menggalakkan ketelusan,akauntabiliti dan integriti di semua peringkat dan dalam semua sektor masyarakat.Berikut ialah serba sedikit maklumat bagi Malaysia dan negara jiran terdekat : 




Negara Kedudukan Tahun 2014(Mata) Kedudukan Tahun 2013(Mata)
Malaysia 50 52 53 50
Singapura 7 84 5 86
Indonesia 107 34 114 32
Thailand 85 38 102 35

Kebaikan dan keburukan melakukan multitasking

Label :

apa itu multitasking dan kesannya
Seperti mana yang kita ketahui multitasking adalah keupayaan atau perlakuan seseorang melakukan pelbagai tugasan secara serentak pada suatu masa.Perbahasan tentang perkara ini telah diperdebatkan selama beberapa dekad dan hakikatnya terdapat pro dan kontra untuk perlakuan tersebut. Persoalannya adakah ianya bagus untuk mengamalkan seperti ini tabiat seperti di rumah atau di tempat kerja?, Adakah multitasking itu sesuatu yang positif?,Apakah kesannya kepada produktiviti? dan tiadakah alternatif lain yang lebih effektif berbanding multitasking?.


Kebaikan multitasking:





  • Agak senang untuk melakukan pelbagai tugasan jika anda melakukan kerja kerja mudah seperti memasak, menonton TV dan bercakap melalui telefon atau memeriksa e-mel anda, bercakap melalui telefon dan mendengar muzik. Dalam kes sedemikian, mengalih tumpuan dari satu tugas ke tugas yang lain adalah agak mudah dan tidak memerlukan banyak usaha.
  • Multitasking membolehkan anda untuk memasukkan pelbagai aktiviti yang berbeza dalam kehidupan seharian anda bagi mengelakkan kebosanan.
  • Berselang seli melakukan projek-projek yang berbeza boleh menghilangkan rasa bosan dan membuatkan anda lebih berinspirasi serta jadi lebih kreatif.
  • Multitasking membantu anda belajar bagaimana untuk menguruskan masalah yang timbul dan perhatian tetap tidak terjejas.
  • Anda membina keupayaan untuk kekal fokus walaupun keadaan huru-hara di sekitar anda.
  • Walaupun tahap kemajuan adalah minimum, anda akan dapat menguruskan lebih daripada satu projek atau tugasan untuk tahap seterusnya, lebih dekat dengan tarikh "deadline" anda.



Keburukan multitasking:




  • Kajian menunjukkan bahawa multitasking sebenarnya melambatkan proses menyiapkan sesuatu tugasan, ini kerana melakukan dua tugas berselang seli atau serentak mengambil masa yang lebih lama dari segi mental. Apabila anda mula bekerja pada tugasan tertentu, otak anda memutuskan bagaimana untuk melakukan setiap perkara. Jadi, melakukan dua tugasan bermakna anda mengerahkan otak anda  2 kali ganda atau lebih untuk memproses maklumat dan ini meletihkan serta memerlukan banyak masa.
  • Apabila anda melakukan pelbagai tugas serentak atau berselang seli, perhatian anda dibahagikan antara dua tugas yang mana bermaksud kualiti kerja agak tidak berkualiti.Apabila tumpuan diberikan kepada satu tugas pada satu masa maka kualiti kerja adalah pasti lebih baik.
  • Otak anda, seperti mana-mana bahagian badan yang lain, boleh mendapatkan bebanan berlebihan akibat multitasking. Bertukar tukar antara tugas dan membuat keputusan yang pelbagai akan meletihkan otak ke tahap yang melampau.Kesannya, anda mungkin akan menjadi pembuat keputusan yang lemah atau kurang efektif.

Kesimpulan :


Setelah melihat kepada senarai kebaikan dan keburukan multitasking, kunci penting di sini adalah untuk belajar menyelesaikan sesuatu tugasan berdasarkan keutamaan. Sebelum bermula,buat senarai projek projek atau tugasan yang mempunyai kepentingan tinggi. Kategorikan setiap tugasan berdasarkan, cthnya dahulukan sesuatu tugasan yang memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk disiapkan.  

Projek-projek ataupun kerja rumah yang anda perlu untuk amalkan multitasking haruslah tidak memerlukan banyak perhatian dan tidak anda kategorikan sebagai sesuatu perkerjaan yang memerlukan dedikasi tinggi untuk disiapkan.

Senarai yang anda dapat lihat di atas bukanlah muktamad.Ianya lebih kepada contoh contoh kesan yang bakal anda hadapi bila membuat multitasking.Selebihnya adalah bergantung kepada individu masing masing untuk menilai baik dan buruk sesuatu tindakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.  

Selasa, 2 Disember 2014

Segmen blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Label :

segmen blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Jom memeriahkan segmen blogwalking anjuran  cikgu ayu.
www.ayuinsyirah.my

Klik banner diatas untuk info lanjut.



Isnin, 1 Disember 2014

Giveaway kerusiburok : Ole Ole Phuket

Label :

Hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger blogger sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KELIK banner di atas untuk menyertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu anjurkan giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Kelik Banner kat atas untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh juga kita blogwalking dan berkenalan.


Kesan aura negatif dalam diri

Label :


Kesan aura negatif
Kesan aura negatif dalam diri

Ketakutan adalah jalan menuju kegelapan.
Takut membawa kepada kemarahan.
kemarahan membawa kepada benci.
membenci membawa kepada penderitaan.

Ahad, 30 November 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Label :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana