Sabtu, 29 November 2014

Kisah tentang seorang sahabat

Label :

         
cerita kisah seorang sahabat
Kisah ini berlaku ketika zaman aku masih lagi bergelar pelajar.Pada suatu petang aku ternampak akan seorang pelajar sekolah sedang dalam perjalanan pulang. Dia seperti kelihatan sedang mengangkut kesemua buku sekolahnya untuk dibawa balik ke rumah. "Kenapalah budak ni nak bawa balik semua buku sekolah ke rumah?.Kenapa tak simpan dalam loker, pelik betul lah budak ni". Aku berkata kata dalam hati sambil mengelengkan kepala.

        Pada hujung minggu itu seperti kebiasaannya aku akan membuat pelbagai aktiviti bersama rakan rakan yang lain. Aku pun teruskan berjalan keluar dari rumah sambil memandang ke arah pelajar tadi yang sedang berjalan sambil dikelilingi oleh beberapa orang budak budak nakal . Budak budak tersebut berlari lari sambil menjatuhkan buku buku yang dipegang oleh beliau.Pelajar tersebut tunduk sambil mengutip semula buku buku beliau yang jatuh. 


        Tak sampai hati membiarkan pelajar tersebut diperlakukan sedemikian rupa, aku pun berlari ke arahnya sambil menjerit ke arah budak budak nakal yang sedang menggangu. Setelah membantu beliau mengutip semula buku buku yang jatuh ,aku perhatikan bahawa jelas terpancar rasa kesedihan pada raut wajahnya. Sambil mengeluh beliau pun berkata " Budak budak seperti mereka itu memang tidak layak untuk hidup". Beliau mengalihkan pandangan ke arah aku sambil tersenyum, " Terima kasih sebab sudi membantu saya". Ucap beliau dengan nada yang ikhlas.


        Aku bertanya akan nama beliau dan di mana rumahnya sambil mengutip buku buku yang bertaburan.Beliau memperkenalkan diri dan rupanya rupanya rumah Daim(bukan nama sebenar) terletak tidak jauh dari rumah aku. Tapi yang hairannya kenapa aku tak pernah nampak beliau di sekolah sebelum ni. Daim pun menjelaskan bahawa beliau bersekolah di sekolah persendirian. Kami pun berbual bual sambil aku membantu Daim membawa buku bukunya ke rumah.


        Setelah mengenali Daim dengan lebih dekat, kami menjadi sahabat karib dan sering melakukan pelbagai aktiviti bersama sama dengan rakan rakan aku yang lain. Tak lah pelik mana pun perangai beliau bila dah kenal, cuma mungkin sebelum ini Daim kurang bersosial.



        Makin banyak yang aku tahu tentang Daim makin akrab lah hubungan persahabatan yang terjalin. Begitu juga rakan rakan yang lain, mereka menyukai Daim dan selesa bila berkawan dengan beliau.


        Beberapa hari kemudian, aku ternampak Daim sedang berjalan pulang sambil membawa banyak buku buku seperti tempoh hari. Musykil juga aku dibuatnya, aku pun berjalan ke arah beliau lalu menyapa " Daim, engkau ni nak jadi ahli bina badan ke?hari hari aku tengok kau bawa balik buku ke rumah". Beliau tersengih sambil menyerahkan separuh daripada buku yang dibawanya kepada aku.


        Setelah beberapa tahun berlalu, aku dan Daim masing masing melanjutkan pelajaran ke universiti yang berasingan. Daim bercita cita menjadi doktor manakala aku pula menyimpan hasrat untuk menjadi seorang usahawan. Walaupun jarang berjumpa namun hubungan persahabatan antara kami tetap erat. 


        Pada majlis tamat pengajian Daim, aku hadir untuk untuk menyaksikan beliau menerima segulung pengiktirafan hasil usaha kerasnya selama ini. Daim adalah antara pelajar terbaik dalam kelas dan beliau diberi peluang untuk berucap pada majlis tersebut. 



        Aku perhatikan beliau agak gemuruh lalu aku menepuk bahu beliau sambil memberikan kata kata semangat. Daim memandang aku sambil tersenyum (pandangan yang sama ketika pertama kali kami berkenalan) dan mengucapkan terima kasih.


        Sampai waktunya, Daim pun naik ke pentas untuk memberi ucapan. Dengan suara yang terketar ketar beliau pun berkata. " Hari ini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang banyak membantu saya mengharungi waktu waku yang mencabar di dalam kehidupan, terima kasih kepada Ibu Bapa saya, tenaga pengajar, adik beradik, mentor mentor dan terutamanya kepada rakan rakan yang banyak memberi semangat kepada saya". 


        Hari ini saya akan berkongsi satu kisah...(pada ketika itu, aku seakan tidak percaya bahawa beliau menceritakan tentang kisah bagaimana aku dan beliau berkenalan dan betapa perkenalan itu telah mengubah hidup beliau). 


        Daim berhenti sejenak sambil mengesat air mata beliau dan menyambung semula ucapan. Beliau menceritakan bahawa pada hari pertama kami berkenalan, beliau mengosongkan buku buku dari loker beliau supaya ibunya tidak perlu berbuat demikian setelah beliau membunuh diri pada minggu tersebut !. Daim memandang ke arah aku sambil tersenyum dan berkata " Saya amat bersyukur sebab saya telah diselamatkan daripada melakukan tindakan yang tidak waras oleh seorang rakan". 


        Orang ramai yang hadir terpaku dengan ucapan beliau yang penuh dengan emosi sambil berdiri  memberikan tepukan semangat. Aku sempat perhatikan ibu dan bapa Daim sempat memandang ke arah aku sambil melemparkan senyuman yang penuh makna.


        Tidak sama sekali aku menyangka akan tindakan yang aku ambil semasa membantu Daim pada hari pertama kami berkenalan dan bersahabat rupa rupanya telah memberi kesan yang begitu mendalam di dalam kehidupan beliau.



        Akhir kata, sebagai seorang manusia jangan sesekali kita memandang remeh akan kesan daripada tindakan yang kita ambil. Tindakan yang kita bakal lakukan, mungkin akan menyelamat dan mengubah kehidupan seseorang yang memerlukan.


         


          


           

Rabu, 26 November 2014

Jika diberi pilihan

Label :

perkara yang perlu dilakukan dalam memilih pasangan hidup

    
Jika anda mencintai dua insan pada masa yang sama,
Pilihlah insan yang kedua, kerana jika anda betul betul
  mencintai insan yang pertama 
 maka tidaklah anda jatuh cinta dengan yang kedua.




Selasa, 25 November 2014

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Label :

Salam Sejahtera,



Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.
Marilah mari pergi sertai!

Rahsia di sebalik manusia

Label :


rahsia tersembunyi di sebalik manusia
Rahsia manusia

Memilih akan nasib untuk selamanya ialah angan angan

Kehebatan seorang manusia

Label :

kata kata hikmah tentang kehebatan seorang manusia
Kehebatan seseorang manusia

Ahad, 23 November 2014

Kesan buruk akibat makan berlebihan

Label :

Lazimnya penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah kesan daripada tabiat pemakanan yang tak seimbang atau berlebihan. Setiap manusia perlukan makanan untuk kelangsungan hidup namun kita harus ingat bahawa jika makan dengan kadar yang keterlaluan akan membawa kesan buruk kepada tubuh badan kita.


kesan buruk akibat makan berlebihan


Salah satu musuh paling berbahaya dalam isu pemakanan ini adalah nafsu. Kita pada kebiasaannya akan mudah tertewas dek desakan hawa nafsu yang sentiasa menghantui. Tanpa pertimbangan yang wajar,pengambilan makanan yang berlebihan kuantitinya akan mendatangkan mudarat kepada diri seseorang.

Berikut adalah contoh kesan kesan buruk yang akan terjadi pada kesihatan kita seandainya cara pemakanan tidak diuruskan dengan betul.


Kesan buruk pengambilan gula yang berlebihan.

Gula merupakan komponen penting yang diperlukan oleh sistem badan kita. Gula berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan penyakit seperti diabetes, kencing manis,kerosakan gigi dan banyak lagi penyakit kronik yang berkaitan.

Kesan buruk pengambilan garam berlebihan.

Garam juga merupakan komponen penting dalam sistem badan manusia. Namun ianya dimakan secara berlebihan akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi,strok,kanser perut,sakit jantung dan lain lain
penyakit.


Amalkan memakan buah buahan dan sayur sayuran, kurangkan makanan yang berlemak kerana ianya tidak baik untuk badan. Berikut ialah piramid pengambilan makanan seharian yang disyorkan :




pengambilan makanan berlebihan bawa kesan buruk
Piramid makanan harian

Akhir kata, pemakanan harus dijaga dan janganlah berlebihan demi untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Seimbangkan semua jenis makanan yang kita supaya badan kita menerima zat zat yang secukupnya untuk menampung bebanan aktiviti seharian yang kita lakukan.Bukan itu sahaja, malah jika kita dapat menguruskan pengambilan pemakanan yang baik maka ianya akan dapat menghindar tubuh kita daripada perkara yang buruk dan seterusnya menjadi satu tabiat baik untuk pemikiran dan tingkah laku serta seterusnya menjadi seorang insan yang cemerlang.


"Makan lah untuk hidup,
bukan hidup untuk makan"