Sabtu, 22 November 2014

Ragam manusia bila guna pengangkutan awam

Label :

pengalaman bila guna pengangkutan awam

Pengalaman. 

Bila aku dah muak nak pandu kereta untuk pergi "outstation", guna bas lah jawabnya. Bukan apa, kalau seminggu sampai 2 ke 3 kali nak memandu sampai 6 ke 7 jam sorang sorang, rasa nak tertanggal tangan dan kaki. Guna pengangkutan awam ni lagi senang, bayar tambang,duduk dan turun bila dah sampai.Kali ini, aku nak cerita sedikit pengalaman bila menggunakan pengangkutan awam.Tak ada niat nak menyinggung mana mana pihak,sekadar ingin nak berkongsi.

Perkara yang paling menarik.

Bila naik bas, macam macam ragam manusia yang aku boleh saksikan.Kalau penumpang yang bawa bayi, kebiasaannya memang boleh dengar konsert percuma dalam bas. Penyelesaiannya, sumbat je telinga pakai earphone pastu dengar lagu...beres.Ada juga penumpang yang spesis merokok, bila dah gian sangat nak hisap, pandai pandai je merokok dalam tandas. Habis berbau satu bas, sampaikan pemandu bas suruh dia turun dari bas...padan muka.


Perkara yang paling menarik perhatian ialah bila ada warga asing yang naik bas tanpa dokumen sah atau sudah tamat tarikh luput.Bila kena tahan dengan pihak berkuasa,kebanyakannya akan kena lepas.

Kesian juga lah bila tengok ada yang bawa anak anak tapi undang undang tetap undang undang kan.


Persoalannya? kenapa begitu mudah mereka ini boleh terlepas tanpa ada apa apa tindakan. Jawapannya jelas tapi aku takkan cerita kat sini, cuma situasinya bolehlah dikatakan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Mula mula bila nampak perkara sebegini berlaku, macam tak percaya tapi itulah kebenarannya.Tak hairan lah kalau warga asing (PATI) bermaharajalela di Malaysia suatu hari nanti. Apa guna bentang rang undang undang kat parlimen tapi tidak dilaksanakan, cuma sandiwara semata mata.


Perut meragam dalam bas.

Petua yang aku amalkan bila nak naik bas pula ialah jangan makan kenyang sangat.Sebabnya dalam kebanyakan bas tak dibenarkan melepas hajat besar,cuma hajat kecil je.Jadi kalau perut dah memulas dalam bas memang seksa, terpaksa tunggu bas berhenti kat R&R barulah rasa bahagia.


Pernah jugalah nampak penumpang kena kunci dalam tandas disebabkan perkara sebegini. Lepas tu, bila keluar kena maki hamun dengan konduktor.Bayangkan kalau buang hajat kecil pun dah berbau dalam bas kalau tak dijirus apa lagi kalau buang hajat besar. Boleh pengsan semua dalam bas, itulah sebabnya konduktor tak benarkan.



Secara keseluruhan kalau naik pengangkutan awam lagi senang tapi kalau nak privasi sangat,guna je lah kereta sendiri.Pilihan di tangan masing masing.






Jumaat, 21 November 2014

Kisah seorang insan dan kehidupannya

Label :

kata kata hikmah tentang manusia dan kehidupannya
Kisah seorang insan dan kehidupannya

Khamis, 20 November 2014

Menang Blogger Area Mega Giveaway

Label :

Menang Blogger Area Mega Giveaway

     Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada penganjur,penaja serta peserta Blogger Area Mega Giveaway diatas kerjasama dalam memeriahkan giveaway ini. Kepada para peserta yang belum menyemak senarai pemenang bertuah, bolehlah menyemak penyertaan masing masing di sini:

  1. http://hubbloggerarea.blogspot.com/2014/11/senarai-pemenang-blogger-area-mega.html
  2. http://huseinrider.blogspot.com/2014/11/senarai-pemenang-blogger-area-mega.html


Rabu, 19 November 2014

Indek Keganasan Global (GTI) 2014

Label :

indek keganasan global atau GTI
Indek keganasan global menggunakan empat petunjuk aras untuk mengukur kesan keganasan yakni bilangan insiden pengganas, jumlah kematian, jumlah mangsa dan tahap kerosakan harta benda. Petunjuk ini digunakan untuk membuat anggaran purata lima tahun bagi setiap negara, yang mengambil kira kesan jangka panjang daripada aktiviti keganasan tersebut.Skor diberikan kepada setiap negara menunjukkan kesan serangan pengganas ke atas masyarakat dari segi rasa takut dan respon keselamatan.

Selasa, 18 November 2014

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Label :

 SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Klik banner untuk info lanjut

Isnin, 17 November 2014

Teka teki berkaitan dengan haiwan

Label :


       
teka teki yang berkaitan dengan haiwan


Mari serlahkan kreativiti melalui teka teki.Kali ini, teka teki berkaitan dengan haiwan. Jawapan penuh akan diberikan tetapi bukan sekarang,selepas 2-3 hari atau seminggu kemudian...



Soalan teka teki nombor 1.


Di dalam sebuah kapalterbang ada 100 biji bata yang diterbangkan khas ke sebuah kawasan pendalaman untuk tujuan pembinaan.Semasa dalam penerbangan, 1 biji bata telah terjatuh dari kepalterbang. Berapa biji kah batu bata yang tinggal?


Soalan teka teki nombor 2.



Sila nyatakan dalam tiga langkah, bagaimanakah cara untuk memasukkan seekor gajah ke dalam peti ais?


Soalan teka teki nombor 3.



Raja rimba iaitu sang singa mengadakan satu majlis sempena memperingati kematian burung helang. Semua haiwan hadir kecuali burung helang dan seekor haiwan lain, namakan seekor haiwan lain yang tidak hadir?


Soalan teka teki nombor 4.

Burung helang dijumpai mati dalam keadaan yang tragis namun tiada seekor pun haiwan termasuk sang kancil dapat memberikan jawapan tentang apakah punca penyebab kematian si burungnya.Cuba anda bantu mereka dengan meneka apakah punca kematian si burung helang?

Selamat mencuba dan selamat berteka teki semua.


Jawapan teka teki tentang haiwan:



1.secara logik=99, alternatif=00
2.a-Buka pintu peti ais b-Masukkan Gajah c-Tutup pintu peti ais
3.Gajah (dalam peti ais)

4.Kena hempap bata yang jatuh dari kapal terbang.





Big Holiday Giveaway by Wani

Label :



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014