Sabtu, 15 November 2014

Segmen blogwalking by Sakura

Label :

Assalamualaikum :)


Klik sini untuk join..

Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.


 Follow blog sakura :)

 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.





Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

Tayangan filem filem menarik 2015

Label :

    Tahun 2015 bakal menyaksikan tayangan filem filem hollywood yang bakal menerjah di pawagam pawagam seluruh dunia.Antara filem yang saya maksudkan ialah:


1.The hateful eight.
review filem menarik tahun 2015

Filem ini mengisahkan tentang pemburu upahan yang 
mencari tempat perlindungan semasa era perang saudara Wyoming namun terlibat dalam komplot yang penuh dengan pengkhianatan dan penipuan.Dibintangi oleh pelakon handalan seperti Kurt Russel,Tim Roth dan ramai lagi....






2.Taken 3.
review filem menarik tahun 2015

Filem ini mengisahkan tentang Brynn Mills,bekas ejen rahsia kerajaan yang dituduh dan diburu atas satu kes pembunuhan yang bukan dilakukan oleh beliau.

Berbekalkan bakat yang ada,beliau cuba untuk mencari pembunuh sebenar bagi membersihkan nama beliau.Filem ini, seperti filem Taken yang sebelumnya adalah 
filem yang penuh dengan aksi lasak dan dibintangi oleh Liam Neeson,Famke Janssen,Maggie Grace dan ramai lagi....




3.Blackhat.
review filem menarik tahun 2015Filem ini mengisahkan tentang seorang banduan yang dilepaskan dari penjara bagi membantu pihak berkuasa Amerika dan China untuk menjejaki penjenayah siber misteri.Pencarian berbahaya ini membawa kepada jejak yang  bermula dari Chicago hinggalah ke Hong Kong.
Dibintangi oleh Chris Hemsworth,Viola Davis,John Ortiz,Wei Tang dan ramai lagi....







4.Jupiter Ascending.

review filem menarik tahun 2015
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita muda pada masa hadapan yang dijadikan sasaran pembunuhan oleh permaisuri yang memerintah alam semesta pada ketika itu.Lantaran daripada itu,maka bermulalah 
pengembaraan wanita muda ini untuk menggulingkan pemerintahan permaisuri tersebut.Dibintangi oleh Mila Kunis,Channing Tatum,Eddie Redmayne dan ramai lagi....






Tayangan filem filem menarik 2015
Reviewed by kenny977world on Oct 15 2014 
Rating: 2.7

Jumaat, 14 November 2014

Perubahan sistem baru celcom membebankan pengguna

Label :

sistem baru celcom membebankan pengguna
Sebagai pengguna setia kepada talian pra bayar celcom selama beberapa tahun lamanya,baru baru ini saya amat terkesima dengan perubahan sistem baru yang telah dilakukan oleh mereka kepada sistem pra bayar yang sedia ada. Apa yang saya maksudkan ialah :



Rabu, 12 November 2014

Penyebab sistem CCTV mudah digodam

Label :


Kamera litar tertutup.

Bagi tujuan keselamatan dan pemantauan, kebanyakkan premis perniagaan dan rumah persendirian pada masa kini memasang sistem CCTV. Dengan kecanggihan teknologi yang telah sedia ada, pengguna kini boleh mengakses sistem kamera litar tertutup mereka secara langsung melalui sambungan internet.



Kata laluan yang senang.

Tak kira dimana mereka berada, pengguna hanya perlu memasang aplikasi tertentu dalam telefon pintar dan boleh melihat keadaan yang berlaku di rumah atau premis perniagaan menerusi. Namun antara kelemahan terbesar dalam sistem ini ialah kata laluan. Jika pengguna memasang CCTV dan tidak menukar kata laluan yang telah ditetapkan di dalam DVR oleh pihak pengilang, maka seseorang boleh mengodam atau menceroboh sistem CCTV mereka dengan mudah.


Kata laluan tetapan kilang seperti "password","123456","abc123" dan sebagainya harus ditukar oleh pengguna bagi mengelakkan sistem CCTV mereka daripada diakses oleh orang lain dengan mudah. Tambahan dengan wujudnya perisian seperti Angry IP Scanner dan Hydra ataupun lain lain perisian pengodaman yang wujud di pasaran pada masa kini yang telah terbukti mampu menembusi sistem keselamatan yakni kata laluan yang terdapat dalam sistem cctv anda.




Jika anda tidak percaya, cuba layari laman web ini insecam dan lihat sendiri betapa banyak sistem CCTV yang boleh digodam dengan mudah. Bukan setakat dapat dilihat malah lengkap sekali dengan lokasi dan jenis DVR yang digunakan.

Bayangkan jika anda memasang sistem CCTV di rumah dan orang lain boleh melihat apa yang anda lakukan tanpa anda sedar. Bagi yang telah memasang CCTV di rumah atau dimana jua, sila tukar kata laluan yang baru dan jangan gunakan kata laluan asal di dalam DVR anda.



    

Isnin, 10 November 2014

10 ciri orang mempunyai mentaliti yang kuat

Label :


Personaliti melalui pemikiran.





1.Teruskan kehidupan.Mereka tidak membazirkan masa memikirkan tentang apa yang telah berlaku.

2.Menerima perubahan dan menyahut segala cabaran.

3.Bersyukur dengan apa yang ada,tidak mengeluh dan tidak membuang tenaga ke arah sesuatu perkara yang mereka tidak dapat kawal.

4.Baik hati,adil dan tidak takut untuk bersuara. Memuaskan hati semua orang bukanlah keutamaan mereka.

5.Bertanggungjawab sepenuhnya keatas kesalahan yang telah dilakukan dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama semula.

6.Bersedia menerima kegagalan.Mereka tidak sesekali berputus asa sebaliknya melihat setiap kegagalan sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

7.Berfikir secara produktif.Mereka mengantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang positif.

8.Sentiasa menilai tahap pencapaian pada setiap hari.Mereka melihat sejauh mana pencapaian yang telah dicapai dan merancang tindakan seterusnya.

9.Sabar menanti dan tidak tergopoh gapah.Mereka tidak mengharapkan keputusan segera.

10.Redha dengan kesempitan atau kesusahan hidup.Mereka tidak mahu perasaan mereka dikawal oleh hal hal yang sedemikian.

Ahad, 9 November 2014

1st Segmen Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Label :

Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Klik banner untuk info lanjut

20 perkara untuk berjaya dalam kehidupan

Label :


apakah rahsia untuk berjaya dalam kehidupan
20 perkara untuk berjaya dalam kehidupan

1.Kerjakan sesuatu yang anda minat dan suka,yang mana berbaloi untuk anda serlahkan bakat dan korbankan masa yang ada.


2.Jadilah orang yang sentiasa bersikap positif dan bersemangat dalam segala perkara.

3.Jadi seorang yang sentiasa berupaya memaafkan diri sendiri dan orang lain.

4.Jadilah seorang yang pemurah.

5.Sentiasa rasa bersyukur.

6.Tanamkan sifat ketekunan dalam diri.

7.Disiplinkan diri untuk sentiasa berjimat cermat dan menguruskan kewangan dengan bijak dan berhemah.

8.Layan orang lain seperti mana kita inginkan orang lain melayan kita.

9.Sentiasa membuat sesuatu dengan berkualiti.

10.Sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

11.Fahami bahawa kebahagian itu adalah bersandarkan pada hubungan kita dengan orang yang kita sayang dan hormati,bukan pada harta,kedudukan atau kuasa.

12.Jadilah seorang yang taat.

13.Jadilah seorang yang jujur.

14.Jadilah seorang yang berdikari.

15.Buat keputusan dengan berani walaupun kadangkala ianya salah.

16.Berhentikan menyalahkan orang lain.Jadi lah seorang yang bertanggungjawab terhadap segala aspek di dalam kehidupan anda sendiri.

17.Jadilah seorang yang berani dan bijak,anda akan menyesali segala perkara yang sepatutnya anda buat tetapi anda takut untuk mencubanya.

18.Sayangi dan jaga orang yang anda sayang sebelum anda menyesalinya bila mereka sudah tiada di sisi.

19.Dengar nasihat Ibu,syurga terletak di bawah tapak kakinya.

20.Ingatlah bahawa anda adalah unik dan berbeza daripada orang lain jadi jangan hidup dibayangi oleh orang lain.