Sabtu, 25 Oktober 2014

Ello platform media sosial tanpa iklan

Label :

ello media sosial tanpa iklan
Ello merupakan satu platform terbaru media sosial yang berfungsi seperti facebook namun penciptanya bertekad untuk tidak meletakkan sebarang iklan bagi mengaut keuntungan.
Ello dibina dengan UI yang ringkas.

Kata kata hikmah perpaduan

Label :

teras perpaduan Tun Dr Mahathir Mohamad
Kata kata hikmah perpaduan

Rabu, 22 Oktober 2014

Aplikasi CASH untuk pengurusan kewangan mudah

Label :


cara mudah urus kewangan melalui telefon pintar guna cash


Aplikasi mudah alih ini adalah aplikasi perakaunan bagi urusan kewangan peribadi,ianya percuma dan boleh didapati untuk melalui google play store.Direka untuk mesra pengguna dan fleksibel,Cash membolehkan anda untuk memantau akaun bank,saham,pendapatan dan perbelanjaan.Cepat serta intuitif untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Direka berdasarkan pada prinsip-prinsip perakaunan profesional yang mana memastikan pengguna memperoleh keputusan yang seimbang dan laporan tepat (sama seperti GnuCash, Microsoft Money, Quicken).

Kelebihan yang terdapat pada aplikasi ini:



  1. Bebas iklan
  2. Tidak terhad untuk satu akaun sahaja.
  3. Sistem perakaunan yang mudah dan navigasi yang intuitif.
  4. penyimpanan data sokongan melalui aplikasi DROPBOX.
  5. Menyokong pelbagai sistem wang dunia.
  6. laporan kewangan pelbagai format contohnya,dalam bentuk carta pai,carta bar dan CSV.
  7. Dibina dengan pilihan tetapan kata laluan bagi mengelakkan akses yang tidak sah.



aplikasi CASH untuk androidaplikasi CASH untuk android


Informasi tambahan:

Versi terkini : 0.9.8 (Ogos,2013)
Saiz aplikasi: 1.2 MB
Menyokong Android : 2.2 dan terkini
Jumlah dimuat turun : 50,000 hingga 100,00
Rating : 3+
Pautan untuk aplikasi : https://play.google.com

 cash app google play


Kelebihan menyimpan wang seawal yang mungkin

Label :


   
kelebihan simpan wang awal
Horray!aku kaya
Seperti kata orang tua: Siapa cepat dia dapat lebih banyak,Lebih awal anda melabur atau menyimpan wang anda, lebih banyak masa ia ada untuk menghasilkan pulangan
.
Cuba lihat pada situasi dibawah: 

Isnin, 20 Oktober 2014

10 negara dengan tahap kreativiti tertinggi di dunia

Label :

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Martin Prosperity Institute pada 2011.
Sebanyak 82 negara telah disenaraikan mengikut tahap kreativiti masing masing.

Kreativiti adalah salah satu faktor pendorong kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat korelasi yang besar antara kreativiti dan kemajuan ekonomi,pembangunan manusia, dan kebahagiaan serta faktor 
faktor yang lain.

Ahad, 19 Oktober 2014

Aplikasi arahan suara Skyvi

Label :

        Skyvi ini adalah aplikasi arahan suara untuk telefon pintar yang berasaskan Android.Apa yang Skyvi boleh buat untuk anda?.Ianya berupaya menghantar pesanan ringkas,mencari nombor telefon,mendail nombor telefon malah membaca pesanan ringkas yang anda terima dari seseorang, semuanya melalui arahan dari suara anda tanpa anda perlu menekan papan kekunci pada telefon.



Apa itu Skyvi




                                                
 Antara fungsi lain yang terdapat pada aplikasi Skyvi ini ialah ianya berupaya memberitahu anda lokasi kedai kedai makanan segera,restoran,klinik dan sebagainya yang berdekatan.Skyvi juga akan terus memaparkan keputusan carian lengkap dengan pilihan samada anda ingin melihat lokasi tempat tersebut melalui peta ataupun terus menghubungi mereka.   

Apa lagi yang boleh Skyvi lakukan?. 

  1. Memainkan dan menghentikan musik yang terdapat pada telefon anda.
  2. Mengemaskini status anda di facebook dan Twitter.
  3. Memberitahu anda tentang keadaan cuaca di tempat anda.
  4. Mencari maklumat yang anda arahkan seperti:Siapakah perdana menteri Malaysia?,Apa itu Ebola? dan banyak lagi.                                   


aplikasi suara untuk android
Klik gambar untuk ke laman web rasmi Skyvi





                  Keputusan carian bagi Skyvi tidak lah seratus peratus tepat pada setiap masa. Namun anda boleh mencuba aplikasi ini sendiri untuk mengetahui apa kelebihan yang terdapat pada Skyvi.Seperkara lagi, Skyvi hanya memahami arahan suara dalam bahasa Inggeris.