Sabtu, 18 Oktober 2014

Mini Giveaway by Syira Lokman

Label :

Mini Giveaway oleh blogger Syira Lokman



Klik banner untuk info lebih lanjut.

Tamat : 23 Oktober 2014

Hadiah hadiah menarik :

Bloglist Oktober hingga Disember x10 [Syira]
Novel Dia Sahabatku dan Mini Notebook x1 [Hazimah]
Shawl manik juntai x1 [Shalimar]
Slimfast 1 kotak x1[Mira]
Lace handsock x1 [Zuhaira]
Handsock x2 [Liya]
Sophie Magic Pink Cream [Aenoyou]
Blog review x3 [Wani]
RM5 x1 [Miera]
Topup RM10 x2 [Hafizah]
Topup RM5 x3 [Farah]
Topup RM10 x3 [Nia]
Topup RM5 x 2 [Farihan]

Hadiah misteri x2 [Ruqaiyah]

1 TOP REFERRAL
Herbal Blend Multi-Purpose cream shaklee RM27.50 - [Norazua]
Blouse x1 [Maya]




Khamis, 16 Oktober 2014

Pantang larang itu untuk kebaikan

Label :


Masa zaman budak budak dulu ada satu perkara yang menakutkan iaitu pantang larang yang menakutkan.Bila dikenang semula,tidaklah menakutkan sangat pun.Cuma cara orang tua dulu dulu menyampaikan pantang larang tersebut yang kedengaran agak menakutkan. Biasalah masih budak budak,kalau bagi tahu betul betul supaya jangan buat makin lah nak buat.Antara pantang larang yang saya masih ingat :

1. Jangan duduk atas bakul tanah, nanti bu**ut jadi berat.
Maksud yang tersirat sebenarnya ialah jangan duduk atas bakul tanah nanti seluar kotor,lagi satu kalau duduk atas bakul tanah itu ertinya tak buat kerja, pemalas.

2. Jangan main kat luar masa hujan panas, nanti kena pancung(rasuk) hantu.
Pantang larang ini antara yang paling menakutkan tapi maksud yang tersirat sebenarnya ialah jangan main kat luar masa hujan panas nanti demam.

3. Jangan tunjuk pelangi nanti jari jadi bengkok.
Penjelasan untuk pantang larang yang ini agak sama seperti pantang larang ke 2,
kebiasaannya pelangi akan muncul bila hujan panas jadi jangan main kat luar.Penjelasan untuk jari bengkok pula,mungkin untuk menambahkan rasa takut ke tahap "gaban".

Banyak lagi sebenarnya pantang larang tapi tak berapa nak ingat dah. Kalau nak nasihatkan budak budak sekarang (bukan semua) ikut cara orang tua dulu dulu rasanya memang dah tak jalan dah. Apa apa pun pantang larang itu untuk kebaikan dan bukan keburukan.




Birthday Giveaway by EshaZara

Label :


Birthday giveaway oleh EshaZara

Sempena menyambut hari 
kelahirannya yang ke 30.
Hadiah menanti blogger bertuah.

Klik banner untuk info lanjut.

Tamat : 24 Oktober 2014

Isnin, 13 Oktober 2014

Kisah mamat tak nak kena saman

Label :

Alkisah pada suatu malam,ketika sedang bersiar siar menikmati keindahan kota.Mamat ditahan oleh polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya.



alasan tak nak kena saman


Polis : Awak tahu tak apa kesalahan awak?
Mamat : Tak tahu encik, apa kesalahan saya?
Polis : Lampu depan motosikal awak
tak berfungsi.
Mamat : Mmmm...sambil berfikir cari idea supaya tak kena saman,..minta maaf lah encik,saya tak perasan.Tapi kan..walaupun malam,lampu jalan kan ada kat mana mana encik.Takkan dah terang lagi nak bersuluh cik?
Polis : Oh ye ke? cuba awak turun sekejap dari motosikal.
Mamat : Baik encik..

Abang polis tadi pun mengempiskan kedua dua tayar motosikal milik Mamat. Mamat yang tercengang kehairanan terpaku dengan tindakan abang polis terbabit.

Mamat : Apasal encik kempiskan kedua dua tayar motosikal saya?.
Polis : Eh..tadi kan awak kata lampu jalan   ada kat mana mana, haaa....angin pun ada kat 
mana mana. awak tiup je la angin masuk dalam kedua dua tayar motosikal awak, apa macam? ok tak idea saya?.
Mamat :(berkata kata dalam hati)...Aduiihh !!terkena balik la aku..insaf insaf.







First Segmen Bersama Sara Liyana

Label :


Jom join segmen anjuran Sara Liyana,
Klik banner atau pautan untuk info lanjut. 
Syarat syaratnya mudah saja.

Hadiah hadiah :
wang tunai RM50 untuk seorang
Top up Rm5 untuk 5 orang


Tamat : 14.11.2014

Bagaimana mengaplikasikan On Hover Pin it button pada blog

Label :

cara mengaplikasikan pin it button pada blog
Bagi memudahkan para pengunjung berkongsi gambar atau photo yang terdapat pada blog anda di Pinterest.
Pemasangan widget 'On Hover Pin it button' adalah amat sesuai untuk tujuan tersebut.