Jumaat, 12 September 2014

Tip tip kehidupan seorang perantau

Label :


         
tip tip hidup merantau
Bila kita memilih atau terpaksa hidup merantau tak kira samada untuk bekerja, belajar ataupun atas sebab sebab tersendiri, ianya sememangnya memberikan kita satu cabaran untuk memikirkan bagaimana hendak menguruskan serta membiasakan diri di tempat orang. Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, antara persoalan yang akan terlintas di fikiran ialah:



1. Tempat tinggal 
Berdasarkan bajet yang telah ditetapkan, Cara paling cepat (bukan cara paling senang) untuk mencari bilik atau rumah sewa ialah melalui laman web seperti mudah.my . Setelah menjumpai bilik atau rumah yang dicari, perhatikan dengan teliti syarat syarat yang ditetapkan oleh penyewa seperti :


1.Bayaran deposit.
2.Gambar bilik atau rumah sewa

(kadangkala gambar tidak seperti dalam realiti)
3.Kemudahan yang disediakan.
4.Syarat syarat lain yang mungkin tersembunyi.

Jika boleh, tetapkan temujanji dengan si penyewa bagi melihat keadaan sebenar bilik atau rumah sewa.

2. Pengangkutan 

Bagi yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri di perantauan, rajin rajinlah bertanya kat mana nak menunggu bas, van sewa ataupun teksi. Bagi teksi pada kebiasaannya tambang yang dikenakan adalah jauh lebih mahal dari pengangkutan awam yang lain namun lebih pantas dan selesa( tak payah nak tunggu penuh baru jalan). Jangan pula lupa nak bertanyakan harga tambang sebelum masuk ke dalam teksi(kalau setuju barulah naik). Bagi van sewa atau bas yang anda bakal naiki perhatikan dengan teliti takut diorang tak ada lesen sah(pirate). Perhati, tanya dan ikut.

3. Keselamatan 

Bagi memudahkan anda jika berlaku apa apa yang tidak diingini maka :
1. Simpan nombor balai polis,hospital atau klinik yang berdekatan
2. Ketahui lokasi balai polis berdekatan
3. Ketahui lokasi hospital atau klinik berdekatan
4. Elakkan berjalan berseorangan di tempat tempat yang sunyi.
5. Elakkan daripada memakai barangan perhiasan atau pakaian yang keterlaluan kerana itu akan menarik perhatian penjenayah.  


           Kesimpulannya, mula mula memang susah juga nak biasakan diri di perantauan. Saya pasti banyak pengalaman suka duka yang anda akan tempuhi(bak kata pepatah alah bisa tegal biasa). Apa yang pasti ianya secara tidak langsung akan mengajar kita akan erti berdikari yang sebenar. Banyak budaya,adat resam serta cara kehidupan di tempat lain yang anda akan ketahui dan pelajari.



Tip tip kehidupan seorang perantau
Reviewed by kenny977world on Sept 12 2014
Rating: 3.8

Khamis, 11 September 2014

Pemuliharaan penyu di Malaysia

Label :

                Penyu merupakan antara haiwan yang hidup sejak zaman dinosaur lagi.Keunikan haiwan reptilia ini ialah ianya mampu kembali semula ke pantai tempat ia menetas untuk bertelur walaupun beribu ribu kilometer jauhnya dari tempat ia berada.Terdapat empat jenis penyu yang kebiasaannya terdapat di Malaysia iaitu  :


1. Leatherback turtle (Penyu belimbing)
Nama saintifik : Dermochelys coriacea
 leatherback turtle
Sumber : Wikimedia.org

2. Green turtle (Penyu Agar) 
Nama saintifik : Chelonia mydas
Penyu agar
Sumber : Wikimedia.org

3. Hawksbill turtles (Penyu karah/Penyu Sisik)
Nama saintifik : Eretmochelys imbricata
Hawksbill Turtle
Sumber : Wikimedia.org

4. Olive Ridley (Penyu Lipas)
Nama saintifik : Lepidochelys olivacea 
Lepidochelys olivacea
Sumber : Wikimedia.org


              Apa yang membimbangkan pada masa kini ialah spesis penyu ini diancam kepupusan akibat perbuatan manusia dan sebagainya.  Atas kerjasama WWF (World Wide Fund for Nature) Malaysia yang ditubuhkan pada 13 januari 1972, maka sepasukan penjaga penyu yang diketuai oleh ahli bologi ditubuhkan dengan matlamat memulihara kelestarian penyu penyu serta habitatnya. Tugas tugas mereka ini ialah antaranya ialah menjaga sarang sarang penyu ketika musim penyu kembali ke pantai untuk bertelur. Memantau keadaan telur telur penyu supaya dapat menetas secara normal dan tidak diganggu.

 Antara Fakta fakta yang perlu kita diketahui:

1. Sebanyak RM12 ribu diperlukan untuk membayar penjaga penyu bagi 6 bulan ketika musim penyu bertelur iaitu pada April hingga September setiap tahun.

2. WWF-Malaysia memerlukan 14 penjaga penyu di Melaka dan 9 di Terengganu.


  Bagi mendapat maklumat lanjut tentang usaha murni ini, Lawati: http://www.wwf.org.my








Selasa, 9 September 2014

Versatile blogger award

Label :

kenny977world versatile blogger award
Salam 1Malaysia buat semua semua. Especially CIK OREN yang sudi memilih Kenny sebagai 15 blogger pilihan untuk VBA's beliau.

VBA's Rules
  1. Thanks to the person who gave you this award.
  2. Provide a LINK to their blog.
  3. Select 15 blogs/bloggers you have recently discovered/followed regularly.
  4. Nominate these 15 to the VBA's award *don't forget to tell them.
  5. Tell 7 facts or 7 things about yourself. 

Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136

Label :

Mari sertai Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136

Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136


Jom memeriahkan segmen 2nd giveaway dan blogwalking anjuran Cikna36..

Klik banner untuk info lanjut.

Hadiah hadiah menarik menanti anda :
  
- baucer kfc x 1pemenang
  - bookmark x 2pemenang
  - sticker x 3pemenang
  - bloglist x 10pemenang


hadiah istimewa ([email protected])
  


Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136
Reviewed by kenny977world on Sept 09 2014
Rating: 5

Si asma datang berkunjung

Label :

asma datang lagi
Sumber :Wikimedia
Pada masa tertentu pada setiap tahun memang akan datang berkunjung rakan setia saya nie si asma. Disebabkan beliaulah maka saya akan pergi melawat ke hospital untuk merasa keenakkan 
nebulizer  . Bukan sekali tetapi sampai 6 ke 7 kali. Lepas tu berhari hari lah rasa nebulizer tu melekat kat kerongkong. Nebulizer nie rasanya masin bagi yang tak pernah lagi merasa apa itu nebulizer. Prosedur untuk nebulizer nie akan mengambil masa antara 20 minit ke 4 jam bergantung kepada keberkesanannya. Jika masih tiada perubahan maka pesakit akan dirujuk ke doktor. Bila dah sampai tahap nie, bersedialah menghadapi tusukan jarum jarum sakti yang menembusi urat urat darah dan juga sinaran x ray. Darah akan diambil bagi membuat ujian, lepas itu  x ray pula bagi melihat keadaan paru paru. 


bila asma menyerang
Selepas keputusan ujian darah dan x ray diketahui, Andainya doktor berpuas hati dengan tahap pemulihan asma yang telah dijalankan maka anda akan dibebaskan. tetapi jika tahap asma masih membimbangkan maka makan nasi hospital jawabnya untuk beberapa hari. Tahun nie, asma tak teruk sangat jadi dibebaskan dengan syarat makan ubat serta buat rawatan susulan dan bla...bla...bla...bla. Kalau tengok gambar kat sebelah kanan itu lah dia makanan tambahan saya. Bukan sehari dua je nie nak hadap tapi berkurun lamanya.Terutama yang kaler pink kat tengah tengah, yang itu adalah inhaler yang mana kita kena sedut hari hari. Buat rakan rakan, jagalah kesihatan dan juga pemakanan. Jangan main bedal je, ada duit juta juta pun takkan kemana kalau dah sakit. 



Si asma datang berkunjung
Reviewed by kenny977world on Sept 09 2014
Rating: 4.2