Sabtu, 6 September 2014

Betapa rapuhnya nyawa manusia

Label :

            Bila terbaca akan kisah yang telah terjadi di Miri, Sarawak baru baru ini iaitu berkenaan seorang bapa yang dipukul malah hampir dibunuh oleh anaknya sendiri akibat meminta anaknya itu membayar balik duit yang telah dipinjamkan kepadanya sebanyak RM50 ribu. Timbul persoalan, mengapa begitu rapuhnya nyawa seseorang manusia bila timbul isu berkenaan harta dan wang ringgit.

            Pernah juga terdengar daripada sahabat sahabat sekeliling berkenaan dengan kisah kisah manusia yang sanggup mengupah orang untuk mencabut nyawa ahli keluarga malah darah dagingnya sendiri semata mata untuk membolot harta peninggalan dan sebagainya. 

           Jika dilihat secara teliti, tiada perbezaan yang ketara antara manusia jika dibandingkan dengan alam haiwan yang buas dan ganas, malah kita mungkin lebih teruk kerana walaupun mampu berfikir secara rasional berbanding haiwan tapi kita tetap bertindak dengan kejam sesama manusia.

            Melihat kepada skop yang lebih besar, sejarah tentang peperangan misalnya. Dapat kita lihat bahawa disebabkan nafsu dan hasrat seseorang pemimpin yang gila dan taksub. Nasib rakyat jelata tidak dipedulikan penyeksaan, pembunuhan dan penindasan kaum berlaku seolah olah ianya hanyalah satu permainan.

           Pada hakikatnya, pembunuhan serta keganasan tidak akan pernah menang kerana apa yang manusia benar benar inginkan ialah keamanan. Sejarah mengajar kita tentang banyak perkara, tentang betapa rapuhnya nyawa seseorang manusia jika kuasa,harta dan wang ringgit dipertaruhkan. Namun sejarah juga membuktikan bahawa mereka yang tidak belajar daripada apa yang telah berlaku, cenderung untuk mengulanginya semula.

                                    Sumber : Wikimedia.org   Kredit:Jacques Arago





       
        
        
Betapa rapuhnya nyawa manusia
Reviewed by kenny977world on Sept 06 2014
Rating: 4.5

Jumaat, 5 September 2014

Success and happiness

Label :

Success and happiness quote

Mengapa gejala bunuh diri berlaku

Label :

Pengenalan:          

Mengapa bunuh diri berlaku ?
Sumber : Wikimedia Kredit: Dieselgeek

     Statistik pada tahun 2012 oleh WHO, menunjukkan bahawa 75% daripada jumlah keseluruhan kes bunuh diri di seluruh dunia berlaku di kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap tahun lebih daripada 800 000 orang mati dengan cara membunuh diri. Cuba kita bayangkan apa perasaan orang yang ditinggalkan, kesan kesan jangka panjang terhadap keluarga, komuniti dan negara. Lebih lebih lagi jika golongan yang membunuh diri ini adalah mereka yang masih muda berumur antara 15 hingga 29 tahun. Membunuh diri merupakan satu gejala yang serius namun boleh dielakkan jika ada kajian terperinci tentang kaedah dan langkah langkah pencegahan awal yang boleh membendung gejala membunuh diri daripada berlaku.

Fakta fakta tentang gejala bunuh diri:

  1. -75% daripada jumlah keseluruhan gejala membunuh diri di dunia berlaku di kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana.
  2. -Membunuh diri adalah penyumbang kedua kematian di kalangan remaja berumur antara 15 hingga 29 tahun.
  3. -Lebih daripada 800 000 orang mati dengan membunuh diri setiap tahun.
  4. -Racun serangga, menggantung diri dan senjata api adalah antara kaedah yang sering digunakan dalam membunuh diri di serata dunia. 
  5. - Lelaki adalah 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk bunuh diri berbanding wanita.

Golongan yang berisiko :

           Walaupun kaitan antara gangguan mental dan bunuh diri (khususnya kemurungan dan penggunaan alkohol) Adalah antara penyebab utama membunuh diri di negara-negara berpendapatan tinggi, banyak kes bunuh diri berlaku apabila seseorang itu tidak lagi mampu menangani krisis yang berlaku akibat tekanan hidup, seperti kewangan masalah, kegagalan dalam perhubungan dan sakit kronik. 

          Di samping itu pertembungan dengan konflik, bencana, keganasan, penderaan dan rasa terasing amat berkait rapat dengan tingkah laku membunuh diri. Kadar bunuh diri juga tinggi di kalangan kumpulan yang sering mengalami diskriminasi seperti pelarian dan pendatang, lesbian, gay, biseksual, transgender dan banduan. Setakat ini, faktor paling kuat yang menyebabkan berlakunya gejala bunuh diri adalah percubaan bunuh diri yang terdahulu.

         Di Malaysia, lebih daripada 1,000 orang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun. Antara tahun 2007 hingga 2010 ratio kes bunuh diri adalah 1.3 daripada setiap 100,000 orang dan jumlah ini semakin meningkat.

Langkah pengawalan dan pencegahan:

           Gejala membunuh diri boleh dielakkan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil masyarakat dan individu bagi mengelakkan berlakunya gejala ini. Antara langkah tersebut ialah: 

  • -Mengurangkan akses kepada senjata api dan racun racun yang sering digunakkan dalam proses membunuh diri.
  • -Membina pagar halangan di lokasi seperti jambatan dan tempat tempat yang sering berlaku kes bunuh diri serta juga menampal poster poster motivasi yang boleh mengelakkan kejadian ini daripada terjadi.
  • -Rawatan kepada ketagihan dadah, alkohol dan kes kemurungan serta rawatan lanjutan kepada mereka yang pernah cuba untuk membunuh diri pada masa lalu.
  • -Talian bantuan yang boleh digunakkan oleh mereka yang stress bagi meluahkan segala yang terpendam dan mengelakkan kejadian bunuh diri.
  • -Terapi kepada golongan muda yang pernah cuba untuk membunuh diri yang mana kajian menunjukkan bahawa terapi ini membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Lokasi bunuh diri paling popular :


Mengapa gejala bunuh diri berlaku
Reviewed by kenny977world on Sept 05 2014
Rating: 4.6

Rabu, 3 September 2014

Prayer is not asking

Label :


Mini MMR giveway by WAHmieland

Label :

Giveaway anjuran WAHmieland blog

Klik banner untuk info lanjut.

Mini MMR giveway by WAHmieland





Mini MMR giveway by WAHmieland
Reviewed by kenny977world on Sept 04 2014
Rating: 5

Selasa, 2 September 2014

Self-esteem

Label :

Bill Gates famous self-esteem quote
Self-esteem


Diterbitkan pada : 02 SEPTEMBER 2014
Oleh : kenny977world

Isnin, 1 September 2014

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar

Label :

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar-hadiah menarik


Jom memeriahkan 
September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Bayak hadiah menarik sedang menanti pemenang bertuah
Klik banner untuk info lanjut


Diterbitkan pada : 01 SEPTEMBER 2014

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Reviewed by kenny977world on Sept 04 2014
Rating: 5

In the end, they always fall

Label :

When I despair, I remember that all through history the way of truth and love have always won. There have been tyrants and murderers, and for a time, they can seem invincible, but in the end, they always fall. Think of it—always.-Mahatma Gandhi.