Khamis, 28 Ogos 2014

Software untuk mengesan smartphone laptop hilang

Label :


Kehilangan telefon,laptop,notebook,netbook,tablet dan sebagainya boleh menyebabkan pengguna mengalami kerugian yang besar dari segi kewangan mahupun peribadi. Persoalannya, bagaimana hendak mengesan atau menjejaki peranti mudah alih ini jika ianya hilang? Perisian pencegah kecurian ataupun Prey yang telah saya gunakan selama bertahun tahun ini mungkin boleh membantu. Ianya boleh digunakan untuk pelbagai sistem operasi seperti window,android,ios,ubuntu,linux dan mac.


Perisian pintar ini adalah perkhidmatan web freemium dibina berdasarkan perisian sumber terbuka (open source). Apa yang perlu dilakukan adalah daftar sebagai pengguna di laman web rasmi PREY. kemudian memuat turun aplikasi ini berdasarkan sistem operasi peranti (android,window,IOS,linux dan sebagainya). Seterusnya anda boleh memantau semua peranti yang telah ditambah melalui panel kawalan yang tersedia.

contoh panel kawalan untuk perisian prey



Sebanyak tiga peranti boleh dipantau atau ditambah bagi versi percuma. Pengguna boleh mengesan lokasi terkini laptop atau smartphone yang hilang, lihat gambar pencuri melalui kamera, padam fail peribadi, kunci peranti dan banyak lagi ciri yang lain. Ramai pengguna telah berjaya mendapatkan kembali gajet elektronik kesayangan mereka yang hilang atau dicuri menggunakan software pintar lagi percuma ini.

https://preyproject.com/blog/cat/recoveries



Perisian Prey ini telah dinaiktaraf dari segi keselamatan antaranya bebas daripada SSL/TLS heartbleed. Apa yang menariknya tentang perisian ini ialah:


  1. Ianya berupaya mengesan lokasi peranti anda yang hilang melalui GPS dan WIFI.
  2. Memaparkan alamat IP peranti yang hilang.
  3. Mengambil gambar melalui kamera peranti yang hilang.
  4. Mengaktifkan bunyi amaran selama 30 saat supaya anda boleh mengesan peranti terbabit jika ianya ada berdekatan.
  5. Memaparkan mesej amaran pada skrin peranti yang hilang
  6. Mengunci peranti anda supaya tidak boleh diakses sehinggalah anda memasukkan kata laluan dimasukkan.
  7. Memadamkan segala data penting di dalam peranti anda.    



Anda juga mungkin meminati artikel ini : Cara mudah pasang progress dalam blog

             
Bagi melindungi dan mengesan telefon ataupun laptop anda jika ianya hilang, saya  merekomenkan jika menggunakan perisian Prey ini.Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Tahukah anda bahawa selain peranti seperti telefon,tablet dan laptop, perisian ini juga turut digunakan pada peranti elektronik yang lain seperti :
  1. 3D printer
  2. AM/DM3730 development board
  3. Google glass
  4. Raspberry pi rack
  5. Router
  6. Toaster
  7. Parrot Asteroid (sistem multimedia kenderaan berasakan android) 



     



               

              

Rabu, 27 Ogos 2014

Pencarian bloglist September dan Oktober by Fatihah Fazlin

Label :



Jom memeriahkan segmen nie..

Pencarian bloglist September dan Oktober by Fatihah Fazlin

Klik banner untuk join

Ahad, 24 Ogos 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Label :

Duit raya menanti pemenang bertuah
Segmen Raya 2014 By Bella Din"

Jom memeriahkan segmen :

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Hadiah duit raya menanti 3 pemenang bertuah

Klik banner untuk info lebih lanjut

Segmen Raya 2014 By Bella Din
Reviewed by kenny977world on Sept 04 2014
Rating: 5