Sabtu, 23 Ogos 2014

Jadi kontroversi bila monyet berselfie

Label :

Sumber gambar : Wikimedia.org
Kredit :Wikimedia Commons

Apabila monyet nakal ini mengambil selfie pada kamera jurugambar, ia membawa kepada kontroversi mengenai siapa yang memiliki hak cipta gambar tersebut - beruk atau si jurugambar. 

Tetapi kini pejabat hak cipta Amerika Syarikat akhirnya membuat keputusan bahawa tiada siapa berhak memohon hakcipta ke atas gambar terbabit. Pada erti kata lain, gambar tersebut tidak boleh diberi status hak cipta jika ia tidak dicipta atau diambil oleh manusia. 

Ini berdasarkan undang undang bahawa apa-apa kerja atau gambar yang dicipta oleh
haiwan bukan milik mereka(haiwan tidak dapat memohon hakcipta) atau sesiapa sahaja. Ini juga termasuk tumbuh-tumbuhan, alam, ketuhanan atau makhluk ghaib. Jurugambar David Slater berada di Cagar Alam Tangkko-utara Sulawesi-Indonesia, apabila monyet betina dari spesis Macaca nigra ini mengambil kamera beliau dan mula berselfie.

Sumber gambar: Wikimedia.org
Kredit :Wikimedia Commons



Gambar ini menjadi viral di dada dada akhbar, laman web dan majalah di seluruh dunia dan kerja-kerja jurugambar ini telah mendapat perhatian di internet. Beliau pada asalnya meminta 
gambar tersebut dipadamkan dari Wikipedia pada 2012 dan pihak Wikipedia bersetuju. 

Namun ia telah dimuat naik semula oleh Tomasz Kozlowski yang kemudiannya menyatakan bahawa di bawah undang-undang Amerika Syarikat, sebarang gambar yang diambil oleh haiwan tidak boleh mempunyai hak cipta. Slater mendakwa bahawa beliau kerugian 10,000 ribu pound ke atas gambar ini.



Diterbitkan pada : 23 OGOS 2014
Oleh : kenny977world

Cara menyemak status hakmilik sesuatu gambar di google

Label :

              Gambar memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pembaca blog. Namun adakah kita menyemak status sesuatu gambar yang kita perolehi di enjin carian internet seperti google misalnya, sebelum menggunakan gambar tersebut di dalam blog.  Caranya adalah dengan menggunakan google "Advanced search".

1. Mula mula taipkan jenis gambar yang anda cari dalam kotak carian google, misalnya "kucing".



2. Klik pada butang "Options" di sebelah kanan keputusan enjin carian google dan pilih           
"Advanced search".




3. Selepas itu pergi ke bahagian "usage rights" dan pilih pilihan cara penggunaan gambar mengikut kesesuaian anda. ** jangan gunakan bahagian not filtered by license**. "Not filtered by license " bermaksud semua gambar yang anda lihat belum lagi diketahui status hakmiliknya. Kemudian klik pada "Advance search".


Berikut ialah maksud "usage right" yang diberikan :

1. Labeled for reuse with modification: Ini membawa maksud bahawa anda boleh menggunakan gambar secara komersial, atau bukan komersial, dengan syarat anda mengubahsuai gambar tersebut.

2. Labeled for reuse:  Ini bermaksud pengguna boleh menggunakan semula gambar secara komersial, atau bukan komersial seperti sedia ada. Tiada pengubahsuaian diperlukan. 

3.Labeled for noncommercial reuse with modification:  Ini bermakna maksud bahawa anda boleh menggunakan gambar tapi bukan untuk tujuan komersial dengan syarat jika anda mengubahsuainya. Bukan komersial, bermakna anda tidak boleh menggunakan gambar tersebut pada produk atau dijadikan sebahagian daripada laman web perniagaan / bahan bercetak.

4.Labeled for noncommercial reuse:  Akhir sekali, ini bermakna bahawa anda boleh menggunakan gambar bukan untuk tujuan komersial seperti telah sedia ada. Tiada perlu sebarang pengubahsuaian yang perlu.

4. Anda akan dipaparkan dengan gambar carian mengikut "usage rights" yang telah anda pilih. 


5. Jika gambar yang anda gunakan adalah dibenarkan penggunaannya mengikut syarat yang telah ditetapkan maka sila letakkan pautan dari mana sumber gambar tersebut dan kredit kepada pemiliknya. Bacaan selanjutnya tentang hakcipta.

Diterbitkan pada: 23 OGOS 2014.

Cara menyemak status hakmilik sesuatu gambar di google 
Reviewed by kenny977world on Sept 11 2014
Rating: 4.5

Kapalterbang berbentuk pelik perintis kepada rekaan enjin jet moden

Label :

Sumber gambar : Wikimedia.org 
Kredit: Aeronautica Militare Italiana
Kapalterbang pelik ini diberi nama Stipa-caproni bersempena nama perekanya iaitu Luigi Stipa dan Syarikat pembina kapal terbang yang bernama "Caproni". Ianya dibina sekitar tahun 1932, Binaan kapal terbang ini berbentuk bulat seakan akan tong dram dengan enjinnya ditempatkan ditengah.

Semasa penerbangan percubaan, kelajuan maksima yang dicapai oleh kapalterbang ini ialah 131 km/j. Ramai juruterbang yang memuji kestabilan kapal terbang ini ketika di udara. Namun pihak tentera udara diraja Itali pada masa itu tidak berminat untuk meneruskan pembinaan kapalterbang ini atas alasan ianya tidak praktikal.


Sumber Gambar : Wikimedia.org    Kredit:Peppe64
Apa yang menarik tentang kapalterbang Stipa-caproni ini ialah rekaan ruang enjinnya yang 
menjadi perintis kepada rekaan enjin jet moden. Walaupun ianya hanyalah prototaip namun Luigi stipa percaya bahawa rekaannya telah digunakan oleh jerman dalam pembinaan roket (V-1) dan teknologi jet mereka pada masa itu. Rekaan beliau ini juga memberi pengaruh besar kepada pembinaan jet prototaip seperti Caproni campini N.1


Penerbangan percubaan yang telah dilakukan menggunakan prototaip pesawat Stipa-caproni ini telah menimbulkan minat terutamanya dari segi akademik. Hasil kerja Luigi stipa ini telah dikaji dan diteliti oleh Perancis, Jerman, Itali dan U.K serta NACA. Ahli ahli sejarah penerbangan juga yakin bahawa enjin enjin kapalterbang serta jet pada masa kini mengguna pakai konsep yang sama dengan rekaan yang diperkenalkan oleh Luigi stipa. Beliau juga dianggap sebagai pelopor kepada rekaan enjin jet.


Menangi RM5,000 dengan menghantar video berdurasi 3 minit

Label :

Jika anda adalah generasi muda yang berjiwa kreatif, hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00 bakal jadi milik anda dengan hanya menghantar video kreatif anda melalui peraduan anjuran MACRI di laman web Lingkages. Apakah kriteria kriteria yang diperlukan dalam penghasilan video ini?.

Rakam video kreatif anda tentang pengalaman, pendapat atau cerita yang dilalui oleh golongan yang lebih berumur (ibubapa,jiran,warga emas,guru dan yang berkenaan), bertemakan tajuk tajuk seperti budaya dan tradisi, asal usul dan warisan atau pengetahuan tradisional dan lain lain tema yang diberikan.Rakaman yang dibuat mestilah tidak lebih dari tiga minit. Muat naik video anda  ke laman web Youtube mengikut syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Linkages. Emailkan alamat video youtube yang telah dimuat naik ke alamat email yang telah disediakan oleh mereka.

Video anda akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan dan jika terpilih anda berpeluang memenangi hadiah hadiah menarik yang telah disediakan.Negara makmur dan maju bila warisan negara dihargai dan disayangi. Peraduan ini adalah anjuran MACRI dengan kerjasama MDEC, Digital Malaysia, RTM dan Yayasan 1 Malaysia, diselia oleh CHASERZ.


Diterbitkan pada : 23 OGOS 2014

Jumaat, 22 Ogos 2014

Bagaimana memantau penggunaan telefon secara rahsia

Label :

         Perkembangan teknologi telefon pintar mudah alih pada zaman sekarang membawa banyak kebaikan namun juga boleh menjurus kepada keburukan jika disalahgunakan. Cuba bayangkan jika anak anak anda memiliki telefon pintar mahupun tablet, tahukah anda apa yang dilakukan oleh mereka bila menggunakan peranti mudah alih ini. Siapa yang dihubungi oleh mereka? Dimanakah lokasi mereka? Apakah yang dilakukan ketika mereka melayari internet?. 


Kenapa perlu guna perisian pemantauan.

         Tentu terdetik di sanubari ibubapa tentang persoalan yang telah disebutkan tadi. Jadi bagaimana caranya hendak memantau penggunaan telefon pintar atau tablet secara rahsia demi keselamatan orang yang tersayang ?. Pada masa kini,terdapat banyak penyedia perkhidmatan yang khusus untuk tujuan pemantuan telefon dan tablet bergantung kepada kesesuaian dan citarasa pengguna, antaranya ialah :

  1. Spybubble:                             

  1. Bagaimana memantau penggunaan telefon secara rahsia menggunakan spybubble
               Perisian spybubble ini mula diperkenalkan pada tahun 2009 bagi tujuan memudahkan pengguna memantau penggunaan telefon dan tablet terutamanya ibubapa dan majikan.Antara ciri ciri yang terdapat pada spybubble ialah :

  • Berupaya menyemak memantau panggilan masuk dan keluar dari telefon dan tablet.
  • Menyemak semua sms yang dihantar dan diterima.
  • Mengesan lokasi telefon menggunakan GPS.
  • Memantau email yang dihantar dan diterima.
  • Memantau aktiviti di media sosial seperti WhatsApp dan BBM.
  • Menyemak segala photo di dalam telefon dan tablet.
  • Menyemak aktiviti yang dilakukan di internet.
  • Tetapkan segala aktiviti pemantuan secara spesifik mengikut kehendak anda.
  • Perisian ini boleh digunakan pada sistem operasi seperti android,blackberry,iphone,ipad,window dan symbian.
  • Harga untuk penggunaan perisian spybubble ini bermula dari USD49.95.
                               - Lebih 100,000 orang telah menggunakan spybubble-



  1. mSPY :                         

  1. Bagaimana memantau penggunaan telefon secara rahsia menggunakan mspy
        Perisian mSPY juga mempunyai banyak persamaan dengan spybbuble yang mana ianya juga mengkhusus kepada pemantauan telefon dan tablet secara rahsia. Antara ciri ciri yang terdapat pada perisian ini ialah :

  • Merekod segala panggilan telefon yang masuk/keluar.
  • Memantau segala aktiviti sms didalam telefon dan tablet
  • Memantau segala aktiviti seperti lokasi menggunakan GPS.
  • Akses kepada log penggunaan laman web.
  • Akses pemantauan untuk media sosial sperti WhatsApp dan Skype.
  • Mengaktifkan kamera atau mikrofon untuk memantau persekitaran sebenar pengguna.
  • Berupaya menyekat penggunaan telefon atau tablet seperti fungsi sms/panggilan dan lain lain.  
  • Harga bermula untuk mSPY ini bermula dari USD39.99.
                             -mSPY juga telah digunakan oleh lebih 100,000 orang pengguna-





                





             

Filem superhero terbaru adaptasi komik marvel Ant-Man

Label :


Ant-man filem adaptasi terbaru dari komik marvel


Ant-Man merupakan filem superhero Amerika yang terbaru berdasarkan adaptasi daripada komik Marvel. Watak-watak di dalam filem ini dikekalkan dengan nama yang sama seperti di dalam komik iaitu Scott Lang dan Hank Pym. Filem ini dihasilkan oleh
Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Peyton Reed adalah pengarah untuk filem ini, skrip ditulis oleh Edgar Wright, Joe Cornish dan Adam McKay.Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti:





                                              Paul Rudd (Anchorman The Legend)
                                              Michael Douglas (Wall Street) 
                                              Evangeline Lilly (Real Steel)



          Filem Ant-Man ini mengisahkan bagaimana Scott Lang mempertahankan teknologi Ant-Man (teknologi yang membolehkan seseorang itu mengecil dan memperolehi kuasa yang luarbiasa) yang dicipta oleh Doktor Hank Pym. Pembikinan Ant-Man bermula pada bulan April 2006,dengan pengambilan Edgar Wright untuk mengarah dan menulis skrip bersama dengan Joe Cornish. Menjelang April 2011, Wright dan Cornish telah menyiapkan tiga draf skrip dan Wright menjalankan sesi rakaman ujian untuk filem itu pada Julai 2012.
      
          Pra-produksi filem ini  bermula pada bulan Oktober 2013 tetapi ditangguhkan bagi memberi ruang kepada Wright yang sedang menyiapkan filem The World's End.Pengambaran untuk filem ini bermula pada bulan Disember 2013, dengan Rudd yang memegang watak Scott Lang. Pada bulan Mei 2014, Wright meninggalkan projek pembikinan filem ini disebabkan oleh perbezaan pendapat. 

               Selepas itu Reed dibawa masuk sebagai pengganti Wright dan McKay telah diambil untuk menyumbang kepada penghasilan skrip. Penggambaran filem ini dijadualkan dibuat di Pinewood Atlanta di Fayette County, Georgia. Filem Ant-Man dijadual akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.




Diterbitkan pada:               
Filem superhero terbaru adaptasi komik marvel Ant-Man
Reviewed by kenny977world on Sept 04 2014
Rating: 5

Rabu, 20 Ogos 2014

1st GiveAway : Selamat Hari Lahir Aselawati

Label :

1st GiveAway : Selamat Hari Lahir Aselawati

Jom memeriahkan :
1st GiveAway : Selamat Hari Lahir Aselawati
Klik banner untuk info lanjut. 
Tamat 22 OGOS 2014

Hadiah :
Buku
Mulakan Kerja Dengan Doa
Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Cenderamata UUM
stiker kereta
penanda buku
pen

Selasa, 19 Ogos 2014

Giveaway Merdeka Lestari

Label :

Giveaway Merdeka Lestari
Giveaway Merdeka Lestari 

Jom sertai : Giveaway Merdeka Lestari

Klik banner untuk info lanjut.

Hadiah hadiahnya :

  1. Top Referral : Buku Duit Pantas (Penulis : Ammar Zahar)  + Topup RM10
  2. 5 x Topup RM10





How to find the right job

Label :


                Most people go through life harbouring hopes of eventually finding the perfect or ideal job.While some achieve this successfully, most people settle on holding down a job that pays the bills and provide some degree of satisfaction. However, human resource and leadership expert say slight changes in the way you approach the job market and position yourself can help you land the right job.
              If your and goal is to be the chief financial officer or CEO of a multinational company, it is easy to determine the skill sets you will need to gain such a position. To be a CEO in 15 years, you need to indentify the gaps and skill areas you will need and look for exponentially challenging jobs or roles that allow you to learn or improve on those skills and accelerate you career growth. If your end goal is to be a good parent who earns a  salary, then the roles you take on should be alligned with that goal.
              The road to finding the right  career begin with the drafting of a simple plan that indentifies the type of jobs that best suit your capabilities and passion. Once you have identified the industry  or companies you would like to work in, look through recruitment advertisements in newpapers or online. Match the job requirements with your traits, capabilities and technical skills. Shortlist and apply for the job that you feel you will have a greater rate of getting.

5 STEPS TO TAKE WHEN LOOKING FOR A JOB :

1. Find your passion.

A fresh graduate entering the workforce should ideally be clear about his/her career goals before taking on his/her first job. Choose the right career goal and match with your passion. What excites, energises or makes you happy? Finding your passion is the key to success. This is not an easy process.
2. Test your options.
Choose a company that provide the best management training programme which can help to develop your skill in a multiple ways, providing a good starting ground. Programmes that offer rotational stints in various departments or business units, networking opportunities that include mentorship programmes with senior management(which is important for future growth and promotions), training for functional/technical skills, leadership development and project management. 
3. Build a desire to succeed.
Finding the right job depends on the graduate's views and perceptions. The true test of a new employee's capabilities is in the first three months,where he/she is given tasks to prove his mettle and stand out from the others. The first six months will be a steep learning curve, so learn to adopt,adapt and approach expectations with a desire to suceed.
4. Stay relevant.
Fresh graduates who have not abtained employment within six months of graduation to shift their mindset towards looking for a job that allow he/she to gain experience and knowledge.This is to ensure that they stay relevant in the job market, meet industry needs and are still marketable. While many secure a job within three month of graduation, a typical duration from application of job(s), attending interviews and an offer of employment  should take no longer than six months.
5. Be realistic.
Last but not least, fresh graduates need to be realistic about what they expect to achieve, their capabilities and the commensure rewards and salary scale in the industry they are interested in.  Another important aspect is to understand the industry standards or market rate.

How to view live traffic camera

Label :

                    Real time traffic -video streaming brought to you by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( Integrated Transport Information System) on a specific location around Kuala Lumpur(. Under (Real Time Services) tab you able to plan your journey, View road congestion map, Real time traffic-video streaming, Latest traffic image and Traffic announcements.







 Screenshots from ITIS website :





how to check your computer ip address

Label :

                         log in to your computer, type " run " on your search box. Next type, " cmd" and  click ok.



     After you click ok, this window menu will appear, type "ipconfig" as shown and press enter. As you can see the IPv4 ( Internet Protocol version 4) is your IP address follow by Subnet Mask and Gateway.
                    

                     Next is how to "ping" an ip address , just type "ping" and follow by the ip address and press enter.



         To check your internet connection status, just type "NETSTAT" (capital letter) and press enter. The menu will show you a list of connection along with the Protocol, your ip address, the foreign ip address and connection status/state.



              For more command, just type "help" and all the command will appear .





dhiyas-first-giveaway

Label :

Klik banner untuk info lanjut

dhiyas-first-giveaway

Jom join giveaway nie.

Tamat :31 ogos 2014


Alkisah teka teki

Label :

Ketika masih menuntut suatu ketika dahulu, aktiviti yang paling disukai oleh saya dan teman teman seperjungan untuk mengisi masa yang terluang ialah bermain teka teki. Seorang demi seorang memerah keringat untuk mencari dan merekacipta apa saja teka teki yang kadang kadang logik dan tak logik. Ada juga soalan yang bukan main panjang berjela jela tapi jawapan langsung tak masuk akal yang buat member panas semacam.

Alkisah teka teki



Berikut adalah antara teka teki yang masih saya ingat.

Teka teki no.1 :

Situasi : Seorang budak lelaki sedang berjalan jalan di tepi pantai sambil mencari port untuk berselfie, dalam keseronokan berselfie beliau terjumpa seekor ikan paus yang amat besar terdampar di tepi pantai berkenaan. Tanpa berlengah beliau memasukkan ikan paus tadi ke dalam saku seluar dan terus berlari pulang ke rumah.

Soalannya : Dalam cerita diatas, apakah perkara yang besar selain daripada ikan paus tersebut ?


Teka teki no.2 :

Apa akan terjadi bila bulan jatuh ke riba ?

Teka teki no.3:
Antara ayam dan telur, yang manakah wujud dahulu?

Teka teki no.4:
Bila malam ia menghilang, bila siang ia muncul. Dikejar tak dapat apatah lagi kalau hendak ditangkap. 

Teka teki no.5 :
Kalau dibiarkan ianya jelas kelihatan tapi hilang bila disentuh.

Teka teki no.6:
Ianya ringan malah lebih ringan daripada kapas namun tiada seorang pun yang dapat menahan tekanan yang dihasilkan olehnya walaupun si badang yang perkasa.

Teka teki no.7:
Mengapa tayar motosikal bahagian belakang cepat haus berbanding tayar hadapan? 

Teka teki no.8:
Dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang. 
Soalannya: Rokok apakah yang ada kaitan dengan ayat tersebut?.



Jawapan untuk semua teka teki :

Jawapan untuk alkisah teka teki
Jawapan untuk alkisah teka teki









Isnin, 18 Ogos 2014

One simple mistake

Label :

One simple mistake quote
One simple mistake quote

Terima kasih rakan rakan blogger

Label :

Segmen Bloglist August irrayyan.com

Label :


Klik banner untuk info lanjut

Segmen Bloglist August irrayyan.com


Ahad, 17 Ogos 2014

Mengelakkan gambar di dalam blog daripada digigit tetikus

Label :

            Bagi mengelakkan sesetengah gambar di dalam blog anda daripada digigit tetikus, ada dua cara mudah yang boleh membantu. Berikut ialah cara caranya :


Cara pertama :


            Setelah selesai memuat naik gambar ke dalam blog, klik pada bahagian HTML dan buangkan elemen yang berada di dalam kurungan(<a href="http://www.alamatgambarblogaku.jpg"> )dan juga elemen (</a>). Ini akan melumpuhkan fungsi klik sebelah kiri pada tetikus.


Mengelakkan gambar di dalam blog daripada digigit tetikus

     



Cara kedua :



             Selepas anda selesai melakukan langkah yang pertama, tambah atau masukkan sedikit ramuan iaitu even handler pada penghujung alamat untuk sumber gambar seperti yang ada di dalam kurungan (oncontextmenu="return false"). Ini akan melumpuhkan fungsi klik pada sebelah kanan tetikus. **kaedah ini mungkin tidak berkesan pada sesetengah pelayar web seperti Internet explorer**

Mengelakkan gambar di dalam blog daripada digigit tetikus

        Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi mengelakkan gambar di dalam blog anda daripada digigit tetikus seperti 'watermarking software'. Walaupun tak seratus peratus berkesan tapi lebih baik mencegah daripada mengubati. Kencing tikus amatlah merbahaya, boleh membawa maut. Oleh itu jaga kesihatan, perbanyakkan amal ibadah dan salam 1Malaysia.