Sabtu, 9 Ogos 2014

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Label :

                     
segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah
segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah
 Jom memeriahkan segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah. Klik banner untuk info lanjut
                           

Jumaat, 8 Ogos 2014

The greatest glory

Label :

The greatest glory
The greatest glory 

Khamis, 7 Ogos 2014

Kawalan kendiri penting bila berkongsi data di media sosial

Label :

Kawalan kendiri(self-control) penting bila berkongsi data atau maklumat di media sosial, tetapi kenapa pula perlu ada kawalan kendiri sedangkan kita cuma ingin berkongsi apa yang kita baca, lihat, tonton ataupun dengar?. Pernahkah kita terfikir adakah data dan maklumat yang kita kongsi itu adalah benar benar sahih walaupun nampak menyakinkan, dari manakah sumbernya? apakah tujuan data atau maklumat itu dikongsikan?. Di sinilah lahirnya persoalan mengapa kawalan kendiri itu penting bila menggunakan internet dan media sosial untuk berkongsi data dan maklumat.

Kawalan kendiri penting bila berkongsi data di media sosial
Kawalan kendiri penting di media sosial
                          
Senario yang kita dapat lihat pada era teknologi digital sekarang ialah sesetengah data dan maklumat dengan mudah boleh dimuat naik serta dikongsikan melalui platform media sosial yang begitu sesak dengan pengguna. Tidak kira gambar, teks mahupun video, semua data dan maklumat yang dikongsikan kadangkala tidak dinilai dengan betul tahap sensitivitinya oleh pengguna mengakibatkan pebagai isu  negatif timbul. Sesetengah pengguna lebih suka bersifat "kongsi dan minta maaf kemudian" atau "kongsi dan kemudian menyesal". Kawalan kendiri penting dalam berkongsi data atau maklumat di media media sosial kerana seseorang pengguna mampu mengawal diri daripada berkongsi sesuatu data atau maklumat sebelum mereka membuat penilaian samada ianya boleh dikongsikan atau tidak, selain meneliti kesan daripada perkongsian kepada orang lain mahupun diri sendiri. 

Terdapat banyak kes penyalahgunaan media sosial amnya yang berlaku saban hari. Sebagai pengguna yang bijak haruslah kita belajar dan ambil tahu mengapa ianya berlaku? apakah penyebabnya? dan apakah kesannya?. Teliti dengan jelas dan ingatlah bahawa pepatah ada mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Elakkan daripada memuat naik gambar gambar peribadi yang mana boleh mendatangkan aib pada diri sendiri. Pelbagai teknik manipulasi boleh dilakukan keatas bukan sahaja gambar malah data dan maklumat kemudiannya disalahgunakan. Tak berbaloi jika hal hal peribadi anda dikongsikan dengan tujuan menunjuk nunjuk atau meraih publisiti tetapi mendatangkan kesan buruk pada kita sepanjang hayat.


Kesimpulannya, amalkan kawalan kendiri bila berkongsi apa sahaja data mahupun maklumat melalui media sosial. Jangan sesekali menganggap bahawa perbuatan atau tindakan anda tidak akan mendatangkan apa apa kesan. Elakkan topik topik yang boleh mengugatkan sensitiviti masyarakat terutamanya. Hormati hak hak orang lain sebagai pengguna dan juga elakkan topik topik atau gambar gambar yang berunsur penghinaan. Negara kita mempunyai institusi perundangan, jadi gunakan saluran yang betul untuk bersuara ataupun bertindak. Ingatlah setiap perkara ada baik dan buruknya jadi kawal diri daripada melakukan perkara yang tak baik dan pasti yang baik akan datang pada kita.

                         

                       

                      


                     

Rabu, 6 Ogos 2014

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Label :

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Jom join segmen bloglist anjuran ABM..
Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan
Klik banner untuk info lanjut
Tamat : 15 ogos 2014...

Perjalanan dengan matlamat

Label :



Perjalanan dengan matlamat
Perjalanan dengan matlamat

Selasa, 5 Ogos 2014

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

Label :

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz
Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

Jom join segmen nie..Klik banner untuk info lanjut
Tamat : 26 OGOS 2014

Ebola dan kesannya ke atas manusia

Label :


                  Virus ebola pertama kali dikesan muncul pada tahun 1976 dalam 2 serangan wabak serentak iaitu di Nzara(Sudan) dan di Yambuku (Republik Demokratik Congo). Wabak terakhir dikesan adalah di sebuah kampung yang terletak berhampiran Sungai Ebola, dari mana penyakit ini mengambil namanya. Virus Ebola Genus terdiri daripada 5 spesies yang berbeza: 
apa itu ebola dan kesannya

  1. Bundibugyo ebola virus (BDBV)
  2. Zaire ebola virus (EBOV)
  3. Reston ebolavirus (RESTV)
  4. Sudan ebolavirus (SUDV)
  5. Taï Forest ebolavirus (TAFV). 


BDBV, EBOV dan SUDV dikaitkan dengan wabak EVD(Ebola Virus Disease) besar di Afrika.Spesies RESTV, yang ditemui di Filipina dan Republik Rakyat China, boleh menjangkiti manusia, tetapi tidak ada penyakit atau kematian pada manusia dari spesies ini telah dilaporkan setakat ini.

Bagaimana Ebola berjangkit :


Ebola menjangkiti manusia melalui darah,organ atau cecair pada badan haiwan yang dijangkiti. Di Afrika, jangkitan telah didokumenkan melalui pengendalian cimpanzi yang dijangkiti, gorila, kelawar buah-buahan, monyet, antelop hutan dan landak yang sakit atau mati.


Ebola kemudian merebak ke dalam masyarakat melalui manusia kepada manusia dengan jangkitan yang disebabkan oleh hubungan secara langsung (melalui kulit pecah atau membran mukus) dengan darah,organ atau cecair pada badan orang yang dijangkiti serta sentuhan tidak langsung dengan persekitaran yang dijangkiti oleh bahan seperti itu. 

Semasa upacara pengebumian di mana manusia mempunyai hubungan secara langsung dengan badan si mati itu juga boleh memainkan peranan dalam penghantaran Ebola. Lelaki yang telah pulih daripada penyakit ini masih boleh menghantar virus melalui air mani mereka selama 7 minggu selepas pemulihan dari penyakit.

Tanda tanda dan gejala gejala awal :


EVD adalah penyakit akut yang teruk, serangan virus pada awalnya sering dikaitkan dengan demam secara tiba tiba, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak. Ini diikuti oleh muntah, cirit-birit, ruam, buah pinggang dan fungsi hati terjejas. Dalam sesetengah kes, terdapat
pendarahan dalaman dan luaran. 

Wabak ini akan terus berjangkit selagi darah dan rembesan pesakit mengandungi virus. Virus Ebola hanya dapat diasingkan daripada air mani pesakit lelaki, 61 hari selepas permulaan serangan wabak Ebola.Tempoh pengeraman iaitu tempoh masa dari jangkitan virus tersebut kepada bermulanya gejala adalah dari 2 hingga 21 hari.

Vaksin dan rawatan :


Tiada vaksin berlesen untuk EVD disediakan setakat ini. Beberapa vaksin sedang diuji, tetapi belum dapat digunakan secara klinikal. Tiada rawatan khusus tersedia, terapi berasaskan dadah sedang dalam proses penilaian.

Pesakit biasanya memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Pesakit sering mengalami dehidrasi dan memerlukan rehidrasi oral dengan cecair yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena. 



Statistik serangan Ebola dengan kes yang berjumlah 50 keatas :



Tahun Negara Jumlah
kes
Jumlah
kematian
Peratus
kematian (%)
2014 Guinea, Sierra Leone, Liberia 1604 887 56%(1 August 2014)
2012 Democratic Republic of Congo 57 29 51%
2007 Uganda 149 37 25%
2007 Democratic Republic of Congo 264 187 71%
2003 (Jan-Apr) Congo 143 128 90%
2001-2002 Congo 59 44 75%
2001-2002 Gabon 65 53 82%
2000 Uganda 425 224 53%
1996 (Jul-Dec) Gabon 60 45 75%
1995 Democratic Republic of Congo 315 254 81%
1994 Gabon 52 31 60%
1976 Sudan 284 151 53%
1976 Democratic Republic of Congo 318 280 88%


Berita terkini tentang virus ebola oleh WHO


Giveaway Harry Potter Postcards from Germany

Label :


Jom join GA anjuran : http://jindrisska.blogspot.de.
Kelik je kat banner dan fuhhh !!..keajaiban akan berlaku.

-Blog jindrisska milik Siti Aisya Ibrahim , Blog beliau nie tidak ada kena mengena dengan mana mana jin walaupun ada nama jin kat depan (Rasanya..lah). Background blog sempoi..ada gambar eiffel tower...rasa rasa macam kat Paris je bila terjah masuk dalam blog rakan blogger kita nie (pada sapa sapa yang gayat jangan pandang ke bawah). Secara keseluruhan saya bagi 99.9 daripada 100 bintang. Apa lagi yang tercegat je kat depan skrin tuu...Jom lah terjah.

Isnin, 4 Ogos 2014

Erti sebuah kehidupan

Label :


Erti sebuah kehidupan

Bencana janakuasa nuklear terburuk dalam sejarah

Label :


Tempat Tarikh Tahap (skala INES) Jumlah kerugian Penyebab Kesan akibat kejadian
Chernobyl, UKRAINE 26 april 1986 Tahap 7
(maksimum)
18 billion RUB Kesilapan operator -Tidak boleh didiami sehingga 20,000 tahun
- Leukemia,kanser tiroid,mutasi gen dan lain2
Fukushima, JAPAN 11 mac 2011 Tahap 7
(maksimum)
11 trillion JPY (anggaran) Tsunami, Gempa bumi -40 tahun diperlukan untuk membersihkan
kawasan bencana
- Leukemia, kanser tiroid,kanser payudara dan lain2


** Sumber penghasilan tenaga elektrik dan kesan rumah hijau yang dihasilkan :



Teknologi minimum pertengahan maksimum
Kuantiti CO2(gram)bagi setiap jam kilowatt penjanaan kuasa(gCO2eq / kWj)
Kuasa Hidro 1 24 2200
Nuklear 3.7 12 110
Solar 8.8 27 63
Biomas 130 230 420
Gas 410 490 650
Arang batu 740 820 910


Segmen blogwalking ogos by Karya Mahirah

Label :


klik banner untuk info lanjut..


Diterbitkan pada: 4 OGOS 2014



Ahad, 3 Ogos 2014

Kebenaran atau pembohongan

Label :




Kebenaran atau pembohongan

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Label :

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia
Klik Banner Untuk Join

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2