Sabtu, 26 Julai 2014

Pencarian Bloglist Raya By FeetriMahadzir.com

Label :

Klik banner untuk info lanjut..
Tamat 27 julai 2014.

Tokoh Kepimpinan Malaysia yang dikagumi ramai

Label :

Biodata.

Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba merupakan salah seorang tokoh negara yang saya amat kagumi sejak di bangku sekolah lagi.Dilahirkan di Kampung Bukit Tembun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak ke 6 daripada 10 orang adik beradik. Tun Abdul Ghafar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah antara tahun 1931 sehingga 1936.Pembabitan beliau dalam politik bermula pada tahun 1939 ketika berumur 14 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM).


Disifatkan sebagai seorang yang berjiwa radikal dan tidak mementingkan jawatan atau gelaran mahupun darjah kebesaran. Beliau merupakan antara tokoh kepimpinan Malaysia yang pernah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul razak dan Tun Dr. mahathir. Antara fakta yang menarik tentang beliau ialah Tun Abdul Ghafar adalah satu satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan MCA selaku selaku pemangku selama 10 bulan ketika krisis perebutan kuasa presiden MCA pada ketika itu.

Antara Tokoh Kepimpinan Malaysia yang saya kagumi
Sumber : Wikipedia

Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat yang diberikan kepadanya sepanjang beliau berkhidmat. Bagi menghargai dan memperingati jasa serta pengorbanannya, beberapa tempat dinamakan khas sempena nama beliau:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba - Masjid tanah, Melaka.
  • MRSM Tun Ghafar Baba -Jasin, Melaka.
  • Muzium Tun Abdul Ghafar - Peringgit, Melaka.
  • Enam Felda Di Melaka dinamakan semula sempena nama beliau:

  1. Felda Tun Ghafar Machap.
  2. Felda Tun Ghafar Hutan Percha.
  3. Felda Tun Ghafar Menggong.
  4. Felda Tun Ghafar Kemendor.
  5. Felda Tun Ghafar Air Kangkong.
  6. Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.

Jawatan yang pernah disandang



Malah dalam satu buku yang diterbitkan khas sempena memperingati beliau iaitu " Permata cacatan hidup Ghafar ", banyak kata kata beliau yang memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Antaranya adalah seperti yang berikut:


" Salahkah saya daripada keturunan miskin, anak miskin, anak penarik kereta lembu ini berdiri tegak di tengah-tengah bangsa saya bagi membela dan menghapuskan kemiskinan. "


" Benih-benih rasa tidak puas hati mula dituai. Buat pertama kali saya tersentak sedar daripada kewujudan kampung yang melekakan. Mata saya terbuka dan sedar bahawa manusia terbahagi antara yang kaya dan miskin, yang berharta dan yang tidak memiliki apa-apa, dan orang miskin tidak berdaya.”

‘‘Sebelah malam kalau saya tidak balik ke rumah bapa saudara saya itu, saya menumpang tidur di rumah kawan-kawan. Kadang-kadang saya tidur di bilik darjah, gelap dan penuh dengan nyamuk.”



Jelaslah berdasarkan kata kata beliau ini menunjukkan bahawa tidak kisah jika kita seorang tokoh pemimpin atau tidak, yang penting ialah bagaimana kita berusaha dan berjuang untuk mencapai pengakhiran yang cemerlang dan terbilang. Janganlah kita menjadikan kesusahan atau keperitan hidup yang kita alami sebagai batu penghalang untuk kita memajukan diri kita, bangsa dan negara. Akhir sekali, sedikit kata kata mutiara dari saya untuk kita renungkan bersama:


" Inspirasi itu perlu untuk membakar segala keraguan yang membataskan keupayaan kita"

              


Hikmah yang tersirat

Label :

Khamis, 24 Julai 2014

The quality of a person's life

Label :

Rabu, 23 Julai 2014

Pencapaian Malaysia dalam sukan Commonwealth

Label :

Pencapaian Malaysia dalam sukan commonwealth adalah seperti berikut :
Tuan Rumah Emas Perak Gangsa Jumlah Keseluruhan Kedudukan
Tahun 1966, Kingston 2 2 1 5 12
Tahun 1970, Edinburgh 1 1 1 3 15
Tahun 1974, Christchurch 1 0 3 4 15
Tahun 1978, Edmonton 1 2 1 4 12
Tahun 1982, Brisbane 1 0 1 2 13
Tahun 1990, Auckland 2 2 0 4 10
Tahun 1994, Victoria 2 3 2 7 14
Tahun 1998, Kuala Lumpur 10 14 12 36 4
Tahun 2002, Manchester 7 9 18 34 8
Tahun 2006, Melbourne 7 12 10 29 8
Tahun 2010, Delhi 12 10 14 37 7
Tahun 2014, Glasgow 6 7 6 19 12


** Malaysia tidak menyertai sukan Commonwealth pada tahun 1986 di Edinburgh
** Sumber wikipedia
Ketahui pencapaian Malaysia dalam sukan Commonwealth 2014 Glasgow disini:
Pencapaian Malaysia dalam sukan Commonwealth

Isnin, 21 Julai 2014

Giveaway Souvenir From Holland by Cherish Every Cherry

Label :

Jom sertai GA rakan blogger kita nie.....
Klik banner untuk info lanjut....


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

Label :


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014