Sabtu, 18 Januari 2014

gaza's water crisis

Label :


UNICEF Image

UNICEF

A fresh solution to Gaza's water crisis

GAZA, State of Palestine, 14 January 2014 – Every other day, Ramadan, a resident of Nuseirat refugee camp, used to carry empty bottles and jerry cans through the tiny alleyways of the camp until he reached a private water vendor. He would spend the equivalent of US$10 a month on water, a large sum for cash-strapped families living in the coastal enclave.

bitcoin investment opportunity

Label :

 

           Introduced in late 2009 by Japanese developer " Satoshi Nakamoto ". Bitcoin are now among the famous digital currency to be invested in as an investment vehicle.

           In US,Bitcoin Investment Trust (BIT) is a private open ended trust that allows clients to save for their retirement by putting the digital currency in several self directed individual retirement account also known as (IRA) platforms like Equity Institutional and PENSCO.

                      The supply of bitcoins has been carefully fixed and limited, so it's like gold and other physical commodities, which as more bitcoins are mined the supply value will decrease. Bitcoin are expecting to be exhausted around the year 2040. The minimum investment amount is US$25, 000 with front and back end fees are 1.5% and annual administrative and safekeeping fee is 2%. At the start of 2013, each bitcoins worth approximately $12 and climb up to over $1200 in November. As per January 9, 2014. the bitcoin price value was around $84.++.



Khamis, 16 Januari 2014

AkhbetBummiMadara: PERISTIWA DI MALAM PENGANTIN

Label :
AkhbetBummiMadara: PERISTIWA DI MALAM PENGANTIN: Kisah seorang gadis muslimah yang menjaga kehormatannya, menutup wajahnya dengan cadar, komitmen dengan agamanya dan begitu mulia budi...

Rabu, 15 Januari 2014

In the Philippines, children ring in the new school year

Label :

UNICEF Image

UNICEF

In the Philippines, children ring in the new school year

SAN ROQUE, Philippines, 8 January 2014 – As the morning sun rises over the ocean, the neighbourhood of San Roque is buzzing with activity. Children are bathing, having breakfast and preparing to go back to school – a big day just two months after Typhoon Haiyan tore across the country.

UNICEF rolls out online recruitment site

Label :

Selasa, 14 Januari 2014

kelebihan pembayaran secara atas talian

Label :

         

kelebihan membuat pembayaran secara online.


Kerjasama daripada Bank Negara telah meletakkan Malaysia berada diatas landasan yang tepat ke arah migrasi sistem pembayaran secara atas talian atau (E-payments).


Beberapa langkah proaktif telah diambil beberapa tahun yang lepas bagi membolehkan sistem ini digunapakai sepenuhnya termasuk pembangunan infrastruktur. Adalah amat perlu bagi para peniaga dan individu mengamalkan sistem pembayaran secara atas talian kerana penggunaan cek mahupun pembayaran tunai secara manual akan meningkatkan kos kos operasi yang akan timbul. Berbanding dengan pembayaran secara atas talian, yang lebih cekap dan menjimatkan.


Menurut Bank Negara, penggunaan cek adalah lebih mahal dan membazirkan dari segi penggunaan tenaga manusia untuk memproses dan pembaziran bahan seperti kertas. Dianggarkan lebih RM768 juta diperuntukkan untuk memproses cek di Malaysia dalam masa setahun. Satu angka yang agak besar jika dilihat dari segi langkah penjimatan.



Berdasarkan Laporan Pembayaran Dunia 2013, penggunaan cek di kalangan negara Asia Pacific mencatatkan penurunan besar menjunam kepada 10 peratus antara 2010 hingga 2012. Di Australia, penggunaan cek telah menurun kepada 60 peratus sejak lebih sedekad yang lalu. Penggunaan cek dijangka akan mencapai angka sifar menjelang tahun 2018.Beberapa negara Eropah seperti Sweden dan Norway penggunaan cek tidak lagi wujud.



Di Malaysia,bagaimanapun, penggunaan cek dan pembayaran tunai masih mencatatkan angka yang tinggi. Penggunaan cek per kapita adalah 6.9 peratus berbanding 0.2 peratus di negara maju. Pusingan mata wang berbanding KDNK adalah 6.1 peratus, yang mana 3.8 peratus lebih tinggi secara purata berbanding negara maju.



Bagi mempercepatkan migrasi pembayaran   berasaskan kertas kepada secara atas talian, Bank Negara telah meletakkan beberapa kaedah yang penting bagi mengurangkan yuran pembayaran transaksi antara bank melalui internet and transaksi perbankan mudah alih dari RM2 per transaksi kepada 10 sen . Yuran pemprosesan cek pula akan dikenakan sebanyak  50 sen untuk setiap keping cek berkuatkuasa pada 1 April 2014. 

kepentingan merancang pelan persaraan lebih awal

Label :


Mengapa perlu merancang pelan persaraan lebih awal?

-Berpandukan kepada pecahan persaraan tradisional yakni (keluarga, pencen dan simpanan persaraan yang akan habis dalam beberapa tahun), kita perlu menyesuaikan pelan persaraan yang sedia ada-


  • Bila kita harus mula merancang untuk itu.
  • Bagaimana kita harus menyimpan.
  • Bagaimana kita harus melindungi diri kita sekiranya kita hidup lebih lama yang dijangkakan.

Kita sepatutnya mula merancang pelan persaraan ketika masih muda lagi. Jika diteliti pada masa sekarang, dengan kos hidup yang semakin meningkat dan terus meningkat ( kecuali pendapatan). Adalah menjadi satu keperluan untuk memikirkan pelan persaraan kerana jangka hayat hidup kita semakin bertambah, nilai kekeluargaan yang berubah ( tiada lagi sistem sokongan keluarga diberikan). Kebanyakkan orang tidak merancang pelan persaraan pada awal setelah mereka bekerja,seandainya wujud perancangan selalunya ketika waktu hampir untuk bersara.Jika kita perhatikan perubahan dari segi gaya hidup dan faktor demografi pada masa sekarang maka pelan yang dirancang pada waktu itu boleh dianggap sebagai agak sudah terlambat.
Umur yang panjang adalah satu nikmat dan menjadi impian setiap orang, pelbagai cara dan kaedah dilakukan untuk mencapai ke arah itu. Walhal jika diteliti dengan jelas, matlamat itu pada hakikatnya beserta dengan satu risiko yang harus dipikul. Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita hidup lebih lama dari jangkaan sebenar, katakan sehingga 80 tahun atau lebih tetapi tiada sumber pendapatan mahupun aset. Tentunya kita tidak akan lena tidur memikirkan apa yang akan kita lalui untuk meneruskan sisa sisa kehidupan di hari hari yang mendatang.
Di Malaysia, kebanyakkan orang bergantung kepada wang yang telah dilaburkan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu akan menjadi pendapatan bulanan setelah bersara. Jika seseorang itu bercadang untuk mengeluarkan keseluruhan wang simpanan sekaligus maka ianya akan bertahan tidak kurang dari lima tahun. Setelah itu, mereka akan terpaksa bergantung kepada keluarga ataupun terpaksa bekerja semula.
Cara yang terbaik untuk menyimpan sebelum bersara adalah dengan bekerja lebih lama dari umur persaraan misalnya, jika umur persaraan adalah 55 tahun maka anda teruskan bekerja sehingga 60 tahun(seandainya masih mampu). Ini akan menambahkan jumlah sumbangan keseluruhan simpanan anda dan mendapat pulangan yang tinggi dan terjamin. Kesimpulannya jika anda bekerja sehingga umur 60 tahun maka anda mengurangkan kebergantungan kepada wang simpanan selama 5 tahun (jika bersara pada umur 55 tahun) dan menambahkan jumlah wang simpanan sehingga lebih dari 60 tahun.
Di kalangan negara yang lebih membangun, yang mana berdepan dengan populasi penduduk yang berusia. Usia emas tidak lagi dianggap sebagai kebebasan "untuk tidak bekerja" tetapi kebebasan "untuk bekerja". Eropah dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang mana terlebih dahulu berdepan dengan masalah populasi penduduk yang berusia. Jika dilihat dalam jangkamasa 30 tahun, suku daripada populasi di Amerika Syarikat akan mencapai usia 65 tahun. Kali pertama dalam sejarah negara ini, yang mana lebih ramai penduduk berusia 65 tahun berbanding penduduk berusia 18 tahun dan ke bawah.Di dalam lingkungan Kesatuan Negara Eropah pula, bilangan pekerja berumur antara 50 hingga 65 tahun meningkat kepada 25 peratus dalam jangka masa 2 dekad yang akan datang sementara bilangan pekerja yang berumur antara 20 dan 29 tahun menurun kepada 20 peratus
Kesatuan Negara Eropah baru baru ini telah mencadangkan perlaksanaan undang undang membantah diskriminasi umur kepada semua negara anggotanya, yang mana telah pun dilaksanakan di Amerika Syarikat sejak 1967. Jepun pula telah menambah umur persaraan wajib dari 60 tahun kepada 65 tahun. Australia dan Amerika Syarikat telah pun memansuhkan had umur wajib untuk bersara.
Di Malaysia,jika diteliti kepada statistik yang dibuat oleh Jabatan Statistik Negara. Purata jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2012 adalah 72.3 tahun untuk lelaki dan 77 tahun bagi wanita dan dijangka ianya akan meningkat kepada 77 tahun untuk lelaki dan 82 tahun bagi wanita pada tahun 2050. Akhir kata, Ajukan soalan kepada diri kita yakni " dimana kita hendak bermula?". Duduk, rancangkan pelan dan buat perkiraan. Teliti berapa banyak simpanan yang kita ada?, lihat apa sumber pendapatan yang kita telah sedia ada? dan apa jenis risiko yang ada pada setiap jenis sumber pendapatan. Lihat juga pada perbelanjaan yang akan kita tanggung. Ini semua akan memerlukan masa dan tenaga tetapi ianya amatlah penting kerana melibatkan kehidupan kita, melainkan jika kita tidak ingin menjadikan ianya "kehidupan berpanjangan yang berisiko" tetapi " kehidupan yang berpanjangan dan bahagia" maka kita mesti duduk dan merancang ataupun teruskan bekerja tanpa merancang. Pilihan di tangan masing masing bak kata pepatah " tepuk dada tanya selera".


misteri pembunuhan berusia hampir 80 tahun diselesaikan melalui DNA

Label :

 Identiti seorang lelaki yang dibunuh berdekatan Northampton pada tahun 1930, akhir berjaya dikenalpasti oleh para ahli saintis melalui sampel DNA. William Thomas Briggs keluar dari rumahnya di London untuk berjumpa dengan seorang doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pada November 1930, namun beliau hilang dan tidak pernah ditemui. William dipercayai dibunuh dan kemudiannnya mayat beliau dibakar di dalam sebuah kereta morris minor sehingga rentung.


             Pembunuh yang dikenalpasti sebagai Alfred Rouse adalah seorang yang kurang waras, berhasrat memalsukan kematiannya sendiri. Beliau kemudian terserempak dengan William di sebuah pub berdekatan dengan sebuah kampung di Northampton. Alfred Rouse memukul William dengan tukul besi dan kemudiannya membakar beliau sampai mati. Alfred Rouse mengambil segala dokumen identiti William sebelum dia dibakar dan kemudian meletakkan dokumen identitinya sendiri didalam kereta terbabit. Alfred Rouge yang menggunakan identiti William bagaimanapun berjaya diberkas dan dihukum gantung sampai mati. Namun identiti lelaki yang dibunuh (William) kekal misteri.


        Sedekad kemudian, seorang wanita yang sedang menyiasat salasilah keturunan keluarga akhirnya diberitahu oleh nenek beliau iaitu Samantha Hall yang (William Briggs) adalah bapa saudaranya yang dibakar didalam kereta pada tahun 1930. Berazam untuk mendapatkan jawapan bagi keluarga beliau, akhirnya pada tahun 2012 Samantha Hall menghubungi Polis Northamptonshire bagi memulakan siasatan semula.


         Melalui sampel tulang rahang William dan sampel lain yang berkaitan  yang mana telah diarkibkan dalam tahun 1930-an di jabatan perubatan forensik di Kolej Perubatan London , kini Queen Mary College. Pasukan polis bekerjasama dengan pasukan forensik , jabatan-jabatan kimia dan kriminologi Universiti Northumbria,Universiti Leicester dan The Royal London Muzium Hospital bagi menyelesaikan misteri pembunuhan melalui sampel DNA.




          
            

Isnin, 13 Januari 2014

lelaki dibunuh ketika bermain catur

Label :

             
Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah diDublin, setelah dituduh membunuh seorang lelaki akibat pergaduhan ketika sedang bermain catur.

Thomas O'Gorman  39 tahun, dipukul dan ditikam hingga mati di rumahnya di Beechpark Avenue, Castleknock oleh si tertuduh Savario Bellante 34 dari Itali.

Savario Bellante yang berasal dari Palermo di Sicily , menjawab: "Saya bersalah" selepas beliau didakwa , kata salah seorang detektif tempatan .

Hakim McHugh berkata defendan tidak mempunyai peguam yang mewakili beliau di mahkamah dan beliau berkata beliau akan membiarkan kes ini dalam senarai menunggu.

Polis mengklasifikasikan kematian Thomas O'Gorman sebagai " mengerikan " dan percaya pembunuhan itu adalah disebabkan pertikaian ke atas pergerakan sekeping catur dalam permainan. Encik O'Gorman dipercayai telah ditikam dengan pisau dan dipukul dengan dumbbell<--(:loceng yang dunggu :).

Mangsa yang belum berkahwin, adalah seorang penyelidik di Institut Katolik Iona juga adalah seorang bekas wartawan dengan Voice Today sebuah akhbar Katolik.

Ia adalah pembunuhan yang ketujuh di Republik Ireland sejak awal tahun 2014 dan yang kelima dalam minggu yang lalu.

filem hunger games catat rekod 414 juta dollar

Label :

                      Perolehan kutipan hampir mencecah  414 juta dollar, (£ 252m ), filem kedua dalam siri Hunger Games telah mengatasi hasil kutipan Iron Man 3 untuk menjadi antara filem box office yang paling berjaya pada 2013 di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia juga merupakan antara peraih pendapatan terbesar 2013. Walau bagaimanapun (The Hunger Games : Catching Fire ) terus menarik penonton dan kini tersenarai antara filem yang paling menguntungkan sejak ditayangkan di Amerika Utara pada tahun 2013. Jennifer Shrader Lawrence antara pelakon utama yang memainkan peranan sebagai kesatria muda bernama Katniss Everdeen dalam filem tersebut , filem ini diadaptasikan dari novel sci-fic  hasil karya Suzanne Collins. Filem pertama dalam siri itu yang dikeluarkan pada tahun 2012, telah meraih kutipan sebanyak  408 juta dollar (£ 248m ). 

Homeserve berhadapan denda £ 34m

Label :

             Syarikat penyelenggaraan Homeserve di Britain diberi amaran ia mungkin akan  dikenakan denda sebanyak £ 34.5m daripada pengawal selia bandar akibat daripada masalah penjualan lampau yang bermasalah.Ia adalah denda runcit terbesar yang pernah diturunkan oleh pengawal selia bandar. Syarikat itu berkata, Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan telah mencadangkan denda setelah penyiasatan dilakukan selama 18 bulan.

Masalah teknik jualan yang meragukan dan pengendalian aduan pelanggan timbul hasil dari audit dalaman pada tahun 2011.Sejak itu syarikat berkenaan telah pun menjalankan baik pulih pemasaran. Homeserve ditubuhkan pada tahun 1993 oleh ketua eksekutif Richard Harpin usaha sama dengan South Staffordshire Air dan telah berkembang dengan pesat.


Homeserve menjual insurans kepada pemilik rumah dengan pakej perlindungan terhadap  parit tersumbat, paip pecah , dandang rosak dan masalah-masalah elektrik . Ia menggambarkan dirinya dalam iklan sebagai " perkhidmatan kecemasan kelima Britain ".Tetapi terdapat persoalan sama ada kos pakej perlindungan yang ditawarkan adalah jelas kepada pelanggan.


FCA kemudiannya memulakan suatu penyiasatan yang membawa kepada cadangan penalti dengan diskaun 30 % bagi penyelesaian awal. Penalti yang dicadangkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka oleh syarikat tersebut.


" Homeserve kini sedang dalam perbincangan dengan FCA untuk memuktamadkan notis terbabit, " kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Hanya selepas denda disahkan, para pelanggan akan dimaklumkan tentang pampasan yang layak dibuat daripada Homeserve.


Artikel dalam bahasa Inggeris