Rabu, 3 Disember 2014

Kebaikan dan keburukan melakukan multitasking

apa itu multitasking dan kesannya
Seperti mana yang kita ketahui multitasking adalah keupayaan atau perlakuan seseorang melakukan pelbagai tugasan secara serentak pada suatu masa.Perbahasan tentang perkara ini telah diperdebatkan selama beberapa dekad dan hakikatnya terdapat pro dan kontra untuk perlakuan tersebut. Persoalannya adakah ianya bagus untuk mengamalkan seperti ini tabiat seperti di rumah atau di tempat kerja?, Adakah multitasking itu sesuatu yang positif?,Apakah kesannya kepada produktiviti? dan tiadakah alternatif lain yang lebih effektif berbanding multitasking?.


Kebaikan multitasking:





  • Agak senang untuk melakukan pelbagai tugasan jika anda melakukan kerja kerja mudah seperti memasak, menonton TV dan bercakap melalui telefon atau memeriksa e-mel anda, bercakap melalui telefon dan mendengar muzik. Dalam kes sedemikian, mengalih tumpuan dari satu tugas ke tugas yang lain adalah agak mudah dan tidak memerlukan banyak usaha.
  • Multitasking membolehkan anda untuk memasukkan pelbagai aktiviti yang berbeza dalam kehidupan seharian anda bagi mengelakkan kebosanan.
  • Berselang seli melakukan projek-projek yang berbeza boleh menghilangkan rasa bosan dan membuatkan anda lebih berinspirasi serta jadi lebih kreatif.
  • Multitasking membantu anda belajar bagaimana untuk menguruskan masalah yang timbul dan perhatian tetap tidak terjejas.
  • Anda membina keupayaan untuk kekal fokus walaupun keadaan huru-hara di sekitar anda.
  • Walaupun tahap kemajuan adalah minimum, anda akan dapat menguruskan lebih daripada satu projek atau tugasan untuk tahap seterusnya, lebih dekat dengan tarikh "deadline" anda.



Keburukan multitasking:




  • Kajian menunjukkan bahawa multitasking sebenarnya melambatkan proses menyiapkan sesuatu tugasan, ini kerana melakukan dua tugas berselang seli atau serentak mengambil masa yang lebih lama dari segi mental. Apabila anda mula bekerja pada tugasan tertentu, otak anda memutuskan bagaimana untuk melakukan setiap perkara. Jadi, melakukan dua tugasan bermakna anda mengerahkan otak anda  2 kali ganda atau lebih untuk memproses maklumat dan ini meletihkan serta memerlukan banyak masa.
  • Apabila anda melakukan pelbagai tugas serentak atau berselang seli, perhatian anda dibahagikan antara dua tugas yang mana bermaksud kualiti kerja agak tidak berkualiti.Apabila tumpuan diberikan kepada satu tugas pada satu masa maka kualiti kerja adalah pasti lebih baik.
  • Otak anda, seperti mana-mana bahagian badan yang lain, boleh mendapatkan bebanan berlebihan akibat multitasking. Bertukar tukar antara tugas dan membuat keputusan yang pelbagai akan meletihkan otak ke tahap yang melampau.Kesannya, anda mungkin akan menjadi pembuat keputusan yang lemah atau kurang efektif.

Kesimpulan :


Setelah melihat kepada senarai kebaikan dan keburukan multitasking, kunci penting di sini adalah untuk belajar menyelesaikan sesuatu tugasan berdasarkan keutamaan. Sebelum bermula,buat senarai projek projek atau tugasan yang mempunyai kepentingan tinggi. Kategorikan setiap tugasan berdasarkan, cthnya dahulukan sesuatu tugasan yang memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk disiapkan.  

Projek-projek ataupun kerja rumah yang anda perlu untuk amalkan multitasking haruslah tidak memerlukan banyak perhatian dan tidak anda kategorikan sebagai sesuatu perkerjaan yang memerlukan dedikasi tinggi untuk disiapkan.

Senarai yang anda dapat lihat di atas bukanlah muktamad.Ianya lebih kepada contoh contoh kesan yang bakal anda hadapi bila membuat multitasking.Selebihnya adalah bergantung kepada individu masing masing untuk menilai baik dan buruk sesuatu tindakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.  

  1. kalau kerja rumah, memang Acik expert buat multitasking tapi kalau kerja pejabat buat multitasking, dua dua tak siap..

    BalasPadam
  2. sambil menyelam minum air, getuuu... ehh?! hahaha. yeap nk buat pape pun mesti buat senarai benda yang nak buat dulu. kalau tak... huish serabut. itu nak buat, ini nak buat.

    BalasPadam
  3. epic fail kalau saya multitasking. super lambat!! bukannya makin cepat. hahahaha xD

    BalasPadam
  4. Kalau tak buat multitasking kat umah nie, tak sempat lerr jawab nyer ...

    BalasPadam
  5. Kalau study sambil buat assignment, and dgr lagu..hehe rasa macam ok lagi kot bagi saya..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone