Isnin, 17 November 2014

Teka teki berkaitan dengan haiwan

       
teka teki yang berkaitan dengan haiwan



Mari serlahkan kreativiti melalui teka teki.Kali ini, teka teki berkaitan dengan haiwan. Jawapan penuh akan diberikan tetapi bukan sekarang,selepas 2-3 hari atau seminggu kemudian...





Soalan teka teki nombor 1.



Di dalam sebuah kapalterbang ada 100 biji bata yang diterbangkan khas ke sebuah kawasan pendalaman untuk tujuan pembinaan.Semasa dalam penerbangan, 1 biji bata telah terjatuh dari kepalterbang. Berapa biji kah batu bata yang tinggal?


Soalan teka teki nombor 2.




Sila nyatakan dalam tiga langkah, bagaimanakah cara untuk memasukkan seekor gajah ke dalam peti ais?


Soalan teka teki nombor 3.




Raja rimba iaitu sang singa mengadakan satu majlis sempena memperingati kematian burung helang. Semua haiwan hadir kecuali burung helang dan seekor haiwan lain, namakan seekor haiwan lain yang tidak hadir?


Soalan teka teki nombor 4.

Burung helang dijumpai mati dalam keadaan yang tragis namun tiada seekor pun haiwan termasuk sang kancil dapat memberikan jawapan tentang apakah punca penyebab kematian si burungnya.Cuba anda bantu mereka dengan meneka apakah punca kematian si burung helang?


Selamat mencuba dan selamat berteka teki semua.




Jawapan teka teki tentang haiwan:





1.secara logik=99, alternatif=00

2.a-Buka pintu peti ais b-Masukkan Gajah c-Tutup pintu peti ais
3.Gajah (dalam peti ais)

4.Kena hempap bata yang jatuh dari kapal terbang.





  1. 1. 99?
    2. bukak peti ais --> masukkan gajah --> tutup peti ais
    3. gajah (sbb dia dalam peti ais)
    4. hmm, kena bata yg jatuh dari kapal terbang?

    hanisamanina.com

    BalasPadam

  2. Jawapan :

    1. 99 biji kot
    2.buka pintu peti ais b-ambil dan masukkan gajah, c-tutp pintu peti ais
    3.gajah.
    4.kena hempap dengan batu bata yang terjatuh dari kapal terbang tu..

    BalasPadam
  3. soalan nombor 1 tu saya jawab 99 tapi saya yakin pasti salah.

    soalan nombor 2 saya pernah dengar tapi tak ingat jawapan.

    soalan 3 saya rasa babi hutan sebab kalau dia datang semua binatang lari.

    soalan 4 saya tak tahu.

    esok bagi jawapannya ye. hahaha

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone