Sabtu, 15 November 2014

Tayangan filem filem menarik 2015

    Tahun 2015 bakal menyaksikan tayangan filem filem hollywood yang bakal menerjah di pawagam pawagam seluruh dunia.Antara filem yang saya maksudkan ialah:


1.The hateful eight.
review filem menarik tahun 2015

Filem ini mengisahkan tentang pemburu upahan yang 
mencari tempat perlindungan semasa era perang saudara Wyoming namun terlibat dalam komplot yang penuh dengan pengkhianatan dan penipuan.Dibintangi oleh pelakon handalan seperti Kurt Russel,Tim Roth dan ramai lagi....






2.Taken 3.
review filem menarik tahun 2015

Filem ini mengisahkan tentang Brynn Mills,bekas ejen rahsia kerajaan yang dituduh dan diburu atas satu kes pembunuhan yang bukan dilakukan oleh beliau.

Berbekalkan bakat yang ada,beliau cuba untuk mencari pembunuh sebenar bagi membersihkan nama beliau.Filem ini, seperti filem Taken yang sebelumnya adalah 
filem yang penuh dengan aksi lasak dan dibintangi oleh Liam Neeson,Famke Janssen,Maggie Grace dan ramai lagi....




3.Blackhat.
review filem menarik tahun 2015Filem ini mengisahkan tentang seorang banduan yang dilepaskan dari penjara bagi membantu pihak berkuasa Amerika dan China untuk menjejaki penjenayah siber misteri.Pencarian berbahaya ini membawa kepada jejak yang  bermula dari Chicago hinggalah ke Hong Kong.
Dibintangi oleh Chris Hemsworth,Viola Davis,John Ortiz,Wei Tang dan ramai lagi....







4.Jupiter Ascending.

review filem menarik tahun 2015
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita muda pada masa hadapan yang dijadikan sasaran pembunuhan oleh permaisuri yang memerintah alam semesta pada ketika itu.Lantaran daripada itu,maka bermulalah 
pengembaraan wanita muda ini untuk menggulingkan pemerintahan permaisuri tersebut.Dibintangi oleh Mila Kunis,Channing Tatum,Eddie Redmayne dan ramai lagi....






Tayangan filem filem menarik 2015
Reviewed by kenny977world on Oct 15 2014 
Rating: 2.7

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone