Rabu, 12 November 2014

Penyebab sistem CCTV mudah digodam

Kamera litar tertutup.

Bagi tujuan keselamatan dan pemantauan, kebanyakkan premis perniagaan dan rumah persendirian pada masa kini memasang sistem CCTV. Dengan kecanggihan teknologi yang telah sedia ada, pengguna kini boleh mengakses sistem kamera litar tertutup mereka secara langsung melalui sambungan internet.



Kata laluan yang senang.

Tak kira dimana mereka berada, pengguna hanya perlu memasang aplikasi tertentu dalam telefon pintar dan boleh melihat keadaan yang berlaku di rumah atau premis perniagaan menerusi. Namun antara kelemahan terbesar dalam sistem ini ialah kata laluan. Jika pengguna memasang CCTV dan tidak menukar kata laluan yang telah ditetapkan di dalam DVR oleh pihak pengilang, maka seseorang boleh mengodam atau menceroboh sistem CCTV mereka dengan mudah.


Kata laluan tetapan kilang seperti "password","123456","abc123" dan sebagainya harus ditukar oleh pengguna bagi mengelakkan sistem CCTV mereka daripada diakses oleh orang lain dengan mudah. Tambahan dengan wujudnya perisian seperti Angry IP Scanner dan Hydra ataupun lain lain perisian pengodaman yang wujud di pasaran pada masa kini yang telah terbukti mampu menembusi sistem keselamatan yakni kata laluan yang terdapat dalam sistem cctv anda.




Jika anda tidak percaya, cuba layari laman web ini insecam dan lihat sendiri betapa banyak sistem CCTV yang boleh digodam dengan mudah. Bukan setakat dapat dilihat malah lengkap sekali dengan lokasi dan jenis DVR yang digunakan.

Bayangkan jika anda memasang sistem CCTV di rumah dan orang lain boleh melihat apa yang anda lakukan tanpa anda sedar. Bagi yang telah memasang CCTV di rumah atau dimana jua, sila tukar kata laluan yang baru dan jangan gunakan kata laluan asal di dalam DVR anda.



    

  1. Bahayalah, sekarang ni bukan setakat komputer je boleh godam malah cctv pun boleh godam.

    BalasPadam
  2. ya Allah yeke? ish..bahaya sungguh. Teknologi canggih sekarang ni.ish ish. papepun, berguna sangat informasi ni! Terimakasih :) sudah singgah follow sini . hehehe

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone