Get Paid To Do Free Offers!

Sabtu, 22 November 2014

Ragam manusia bila guna pengangkutan awam

pengalaman bila guna pengangkutan awam

Pengalaman. 

Bila aku dah muak nak pandu kereta untuk pergi "outstation", guna bas lah jawabnya. Bukan apa, kalau seminggu sampai 2 ke 3 kali nak memandu sampai 6 ke 7 jam sorang sorang, rasa nak tertanggal tangan dan kaki. Guna pengangkutan awam ni lagi senang, bayar tambang,duduk dan turun bila dah sampai.Kali ini, aku nak cerita sedikit pengalaman bila menggunakan pengangkutan awam.Tak ada niat nak menyinggung mana mana pihak,sekadar ingin nak berkongsi.

Perkara yang paling menarik.

Bila naik bas, macam macam ragam manusia yang aku boleh saksikan.Kalau penumpang yang bawa bayi, kebiasaannya memang boleh dengar konsert percuma dalam bas. Penyelesaiannya, sumbat je telinga pakai earphone pastu dengar lagu...beres.Ada juga penumpang yang spesis merokok, bila dah gian sangat nak hisap, pandai pandai je merokok dalam tandas. Habis berbau satu bas, sampaikan pemandu bas suruh dia turun dari bas...padan muka.


Perkara yang paling menarik perhatian ialah bila ada warga asing yang naik bas tanpa dokumen sah atau sudah tamat tarikh luput.Bila kena tahan dengan pihak berkuasa,kebanyakannya akan kena lepas.

Kesian juga lah bila tengok ada yang bawa anak anak tapi undang undang tetap undang undang kan.


Persoalannya? kenapa begitu mudah mereka ini boleh terlepas tanpa ada apa apa tindakan. Jawapannya jelas tapi aku takkan cerita kat sini, cuma situasinya bolehlah dikatakan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Mula mula bila nampak perkara sebegini berlaku, macam tak percaya tapi itulah kebenarannya.Tak hairan lah kalau warga asing (PATI) bermaharajalela di Malaysia suatu hari nanti. Apa guna bentang rang undang undang kat parlimen tapi tidak dilaksanakan, cuma sandiwara semata mata.


Perut meragam dalam bas.

Petua yang aku amalkan bila nak naik bas pula ialah jangan makan kenyang sangat.Sebabnya dalam kebanyakan bas tak dibenarkan melepas hajat besar,cuma hajat kecil je.Jadi kalau perut dah memulas dalam bas memang seksa, terpaksa tunggu bas berhenti kat R&R barulah rasa bahagia.


Pernah jugalah nampak penumpang kena kunci dalam tandas disebabkan perkara sebegini. Lepas tu, bila keluar kena maki hamun dengan konduktor.Bayangkan kalau buang hajat kecil pun dah berbau dalam bas kalau tak dijirus apa lagi kalau buang hajat besar. Boleh pengsan semua dalam bas, itulah sebabnya konduktor tak benarkan.



Secara keseluruhan kalau naik pengangkutan awam lagi senang tapi kalau nak privasi sangat,guna je lah kereta sendiri.Pilihan di tangan masing masing.






  1. Betul..nak cepat, nak selesa, bawak kereta sendiri

    BalasPadam
  2. dua dua, ada faedah baik dan buruk. kena pilih lerr.. hihi. naik kereta lagi best, nak berhenti mana henti je. tp org yg drive lah yg tak bape best. hahaha

    BalasPadam
  3. yup, tapi part PATI tu rasanya, kita yg makan hati. dorang seronok berlari ke sana ke mari. huhu

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Whatsapp Button works on Mobile Device only