Jumaat, 14 November 2014

Perubahan sistem baru celcom membebankan pengguna

sistem baru celcom membebankan pengguna
Sebagai pengguna setia kepada talian pra bayar celcom selama beberapa tahun lamanya,baru baru ini saya amat terkesima dengan perubahan sistem baru yang telah dilakukan oleh mereka kepada sistem pra bayar yang sedia ada. Apa yang saya maksudkan ialah :








1. Jika anda melanggan internet pra bayar untuk tempoh tertentu (misalnya:seminggu), walaupun tempoh internet pra-bayar anda belum tamat tetapi penggunaan data anda telah sampai ke had maksima maka anda akan dikenakan caj berdasarkan caj bayar bila guna atau pay-as-you-use jika anda terus mengaktifkan fungsi internet pada telefon anda. Caj yang akan dikenakan ialah sebanyak 50 sen untuk 50kb data. (cuba bayangkan jika anda terlupa untuk menutup fungsi internet atau secara tidak sengaja orang lain mengaktifkan internet pada telefon anda..parah kan akibatnya ??) .Sebelum ini tiada caj yang dikenakan walaupun anda masih mengaktifkan internet selagi belum sampai tempoh yang ditetapkan. 




2. Seandainya anda ingin membeli data tambahan untuk internet pra bayar. Cara pemprosesan melalui pesanan ringkas yang digunakan juga telah diubah dan daripada apa yang saya alami ianya tidak begitu mesra pelanggan. Sebelum ini melalui sistem pesanan ringkas ’22188’, anda akan dimaklumkan terlebih dahulu akan caj yang akan dikenakan berdasarkan langganan data yang anda inginkan(misalnya:RM3-100MB, RM15-1GB dan sebagainya). Kemudian bila anda telah membuat pilihan, satu mesej pengesahan akan dihantar semula untuk memastikan anda betul betul ingin melanggan data tambahan tersebut. Selepas anda bersetuju barulah kredit akan ditolak dari akaun anda. Bagi sistem langganan data tambahan internet yang terbaru melalui mesej ke ‘28882’, anda hanya diberi pilihan untuk terus memohon melanggan data (cth: MAX1GB) dan kredit akan terus ditolak dari akaun anda selepas anda menghantar pesanan ringkas tanpa anda dimaklumkan akan caj yang akan dikenakan terlebih dahulu.


3. Perkara yang terakhir yang ingin saya kongsikan ialah jika anda menghadapi masalah dengan talian celcom anda dan ingin berhubung dengan operator melalui nombor talian bantuan ‘1111’, anda akan dicaj sebanyak 50 sen daripada akaun pra bayar anda. Jika masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan efektif dan cepat mungkin berbaloi tetapi anda tetap akan dicaj walaupun masalah yang timbul mengambil masa yang lama(cuba bayangkan kalau masa yang diambil ialah 24 jam).Ini memberi gambaran bahawa pihak celcom tidak lagi memberi banyak pilihan kepada pengguna.

Setakat masa artikel ini diterbitkan, saya masih lagi menghadapi masalah dengan sistem langganan data tambahan yang mana saya diberitahu oleh operator bahawa ianya akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.Kredit di dalam akaun saya juga telah ditelan akibat tidak diberitahu oleh pihak celcom tentang perkara seperti yang saya tuliskan pada perenggan kedua artikel ini. 
        Anda juga mungkin meminati artikel ini : Cara untuk unlock modem celcom zte mf190
                                   
     Berdasarkan situasi yang telah saya alami ini, amatlah jelas sekali menunjukkan bahawa pihak celcom sudah tidak lagi menghargai kesetiaan pelanggan malah apa yang berlaku memberi gambaran bahawa mereka sudah mula mengekploitasikan segala peluang yang ada untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh pihak pengguna. 

          Secara peribadinya saya ingin mengatakan bahawa saya amat selesa dengan servis yang diberikan oleh celcom sebelum ini namun sudah tiba masanya untuk beralih ke talian pra bayar yang lain.







  1. aduhai..org melayu ni bila dh stabil sikit mula lah bt hal....kang kalo x guna ckp x support..bila dh support asyik nk mencekik drh plak

    BalasPadam
  2. sy antara pengguna setia celcom.sblm ni kalo daily internet baru rm3 je tp now dah jd rm5. hurmm terus nak tukar jadi Digi. puehh hati. bedesup pon bedesup.

    BalasPadam
  3. nak tambah sikit.. plan baru i38.. rm38 utk sbln..2gb kuota kononnya tp slps penggunaan 1.5gb kelajuan akan dihadkn ke sekitar 200kbps.. dan kemudian bila mencapai baki 300mb kelajuan hanya sekitar 50kbps. ini adalah pengalaman bulan pertama slps celcom menukar plan i38. plan saya msh valid hingga 13 dec.. tp dh tak nak bli kuota tambahan.. cukup smpi di sini.. bertahun pki celcom..tp yg ni dh tak blh sabar. dh tak mau langgan celcom.. penuh dgn agenda tersembunyi. tgh usha provider lain pulak..klu ada nak rekomen provider yg lg jujur, sila2 la :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone