Sabtu, 29 November 2014

Kisah tentang seorang sahabat

         
cerita kisah seorang sahabat


Kisah ini berlaku ketika zaman aku masih lagi bergelar pelajar.Pada suatu petang aku ternampak akan seorang pelajar sekolah sedang dalam perjalanan pulang. Dia seperti kelihatan sedang mengangkut kesemua buku sekolahnya untuk dibawa balik ke rumah. "Kenapalah budak ni nak bawa balik semua buku sekolah ke rumah?.Kenapa tak simpan dalam loker, pelik betul lah budak ni". Aku berkata kata dalam hati sambil mengelengkan kepala.


Pada hujung minggu itu seperti kebiasaannya aku akan membuat pelbagai aktiviti bersama rakan rakan yang lain. Aku pun teruskan berjalan keluar dari rumah sambil memandang ke arah pelajar tadi yang sedang berjalan sambil dikelilingi oleh beberapa orang budak budak nakal . Budak budak tersebut berlari lari sambil menjatuhkan buku buku yang dipegang oleh beliau.Pelajar tersebut tunduk sambil mengutip semula buku buku beliau yang jatuh. 



Tak sampai hati membiarkan pelajar tersebut diperlakukan sedemikian rupa, aku pun berlari ke arahnya sambil menjerit ke arah budak budak nakal yang sedang menggangu. Setelah membantu beliau mengutip semula buku buku yang jatuh ,aku perhatikan bahawa jelas terpancar rasa kesedihan pada raut wajahnya. Sambil mengeluh beliau pun berkata " Budak budak seperti mereka itu memang tidak layak untuk hidup". Beliau mengalihkan pandangan ke arah aku sambil tersenyum, " Terima kasih sebab sudi membantu saya". Ucap beliau dengan nada yang ikhlas.



Aku bertanya akan nama beliau dan di mana rumahnya sambil mengutip buku buku yang bertaburan.Beliau memperkenalkan diri dan rupanya rupanya rumah Daim(bukan nama sebenar) terletak tidak jauh dari rumah aku. Tapi yang hairannya kenapa aku tak pernah nampak beliau di sekolah sebelum ni. Daim pun menjelaskan bahawa beliau bersekolah di sekolah persendirian. Kami pun berbual bual sambil aku membantu Daim membawa buku bukunya ke rumah.



Setelah mengenali Daim dengan lebih dekat, kami menjadi sahabat karib dan sering melakukan pelbagai aktiviti bersama sama dengan rakan rakan aku yang lain. Tak lah pelik mana pun perangai beliau bila dah kenal, cuma mungkin sebelum ini Daim kurang bersosial.Makin banyak yang aku tahu tentang Daim makin akrab lah hubungan persahabatan yang terjalin. Begitu juga rakan rakan yang lain, mereka menyukai Daim dan selesa bila berkawan dengan beliau.



Beberapa hari kemudian, aku ternampak Daim sedang berjalan pulang sambil membawa banyak buku buku seperti tempoh hari. Musykil juga aku dibuatnya, aku pun berjalan ke arah beliau lalu menyapa " Daim, engkau ni nak jadi ahli bina badan ke?hari hari aku tengok kau bawa balik buku ke rumah". Beliau tersengih sambil menyerahkan separuh daripada buku yang dibawanya kepada aku. Setelah beberapa tahun berlalu, aku dan Daim masing masing melanjutkan pelajaran ke universiti yang berasingan. Daim bercita cita menjadi doktor manakala aku pula menyimpan hasrat untuk menjadi seorang usahawan. Walaupun jarang berjumpa namun hubungan persahabatan antara kami tetap erat. 



Pada majlis tamat pengajian Daim, aku hadir untuk untuk menyaksikan beliau menerima segulung pengiktirafan hasil usaha kerasnya selama ini. Daim adalah antara pelajar terbaik dalam kelas dan beliau diberi peluang untuk berucap pada majlis tersebut. Aku perhatikan beliau agak gemuruh lalu aku menepuk bahu beliau sambil memberikan kata kata semangat. Daim memandang aku sambil tersenyum (pandangan yang sama ketika pertama kali kami berkenalan) dan mengucapkan terima kasih.



Sampai waktunya, Daim pun naik ke pentas untuk memberi ucapan. Dengan suara yang terketar ketar beliau pun berkata. " Hari ini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang banyak membantu saya mengharungi waktu waku yang mencabar di dalam kehidupan, terima kasih kepada Ibu Bapa saya, tenaga pengajar, adik beradik, mentor mentor dan terutamanya kepada rakan rakan yang banyak memberi semangat kepada saya". Hari ini saya akan berkongsi satu kisah...(pada ketika itu, aku seakan tidak percaya bahawa beliau menceritakan tentang kisah bagaimana aku dan beliau berkenalan dan betapa perkenalan itu telah mengubah hidup beliau). 



Daim berhenti sejenak sambil mengesat air mata beliau dan menyambung semula ucapan. Beliau menceritakan bahawa pada hari pertama kami berkenalan, beliau mengosongkan buku buku dari loker beliau supaya ibunya tidak perlu berbuat demikian setelah beliau membunuh diri pada minggu tersebut !. Daim memandang ke arah aku sambil tersenyum dan berkata " Saya amat bersyukur sebab saya telah diselamatkan daripada melakukan tindakan yang tidak waras oleh seorang rakan". Orang ramai yang hadir terpaku dengan ucapan beliau yang penuh dengan emosi sambil berdiri memberikan tepukan semangat. Aku sempat perhatikan ibu dan bapa Daim sempat memandang ke arah aku sambil melemparkan senyuman yang penuh makna.



Tidak sama sekali aku menyangka akan tindakan yang aku ambil semasa membantu Daim pada hari pertama kami berkenalan dan bersahabat rupa rupanya telah memberi kesan yang begitu mendalam di dalam kehidupan beliau.Akhir kata, sebagai seorang manusia jangan sesekali kita memandang remeh akan kesan daripada tindakan yang kita ambil. Tindakan yang kita bakal lakukan, mungkin akan menyelamat dan mengubah kehidupan seseorang yang memerlukan.


         


          


           
  1. cerita yang veli veli deep. boleh jadikan teladan. ^____^

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone