Get Paid To Do Free Offers!

Ahad, 23 November 2014

Kesan buruk akibat makan berlebihan

Lazimnya penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah kesan daripada tabiat pemakanan yang tak seimbang atau berlebihan. Setiap manusia perlukan makanan untuk kelangsungan hidup namun kita harus ingat bahawa jika makan dengan kadar yang keterlaluan akan membawa kesan buruk kepada tubuh badan kita.


kesan buruk akibat makan berlebihan


Salah satu musuh paling berbahaya dalam isu pemakanan ini adalah nafsu. Kita pada kebiasaannya akan mudah tertewas dek desakan hawa nafsu yang sentiasa menghantui. Tanpa pertimbangan yang wajar,pengambilan makanan yang berlebihan kuantitinya akan mendatangkan mudarat kepada diri seseorang.

Berikut adalah contoh kesan kesan buruk yang akan terjadi pada kesihatan kita seandainya cara pemakanan tidak diuruskan dengan betul.


Kesan buruk pengambilan gula yang berlebihan.

Gula merupakan komponen penting yang diperlukan oleh sistem badan kita. Gula berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan penyakit seperti diabetes, kencing manis,kerosakan gigi dan banyak lagi penyakit kronik yang berkaitan.

Kesan buruk pengambilan garam berlebihan.

Garam juga merupakan komponen penting dalam sistem badan manusia. Namun ianya dimakan secara berlebihan akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi,strok,kanser perut,sakit jantung dan lain lain
penyakit.


Amalkan memakan buah buahan dan sayur sayuran, kurangkan makanan yang berlemak kerana ianya tidak baik untuk badan. Berikut ialah piramid pengambilan makanan seharian yang disyorkan :




pengambilan makanan berlebihan bawa kesan buruk
Piramid makanan harian

Akhir kata, pemakanan harus dijaga dan janganlah berlebihan demi untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Seimbangkan semua jenis makanan yang kita supaya badan kita menerima zat zat yang secukupnya untuk menampung bebanan aktiviti seharian yang kita lakukan.Bukan itu sahaja, malah jika kita dapat menguruskan pengambilan pemakanan yang baik maka ianya akan dapat menghindar tubuh kita daripada perkara yang buruk dan seterusnya menjadi satu tabiat baik untuk pemikiran dan tingkah laku serta seterusnya menjadi seorang insan yang cemerlang.


"Makan lah untuk hidup,
bukan hidup untuk makan"





  1. kalau nak dikatakan, lapar tu takda lah sangat tapi nafsu yang kuat. nampak apa depan mata, semua sambar je -,- hainnn... especially yang manis manis tu

    BalasPadam
  2. betul..makan utk hidup bkn hidup utk makan...mknn org zaman dulu2 lagi berkhasiat walaupun tak de piramid mknan

    BalasPadam
  3. sha selalu hidup untuk makan... sampai kena marah,,, hehe

    BalasPadam
  4. banyak penyakit berlaku sebab makan yg tak dijaga

    BalasPadam
  5. Jaga makan . Selalu tau saya makan makaanan berminyak. Padehal dah ditegah orang. huhu

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Whatsapp Button works on Mobile Device only