Sabtu, 25 Oktober 2014

Ello platform media sosial tanpa iklan

ello media sosial tanpa iklan
Ello merupakan satu platform terbaru media sosial yang berfungsi seperti facebook namun penciptanya bertekad untuk tidak meletakkan sebarang iklan bagi mengaut keuntungan.
Ello dibina dengan UI yang ringkas.



ello dicipta tanpa iklan
Ello 

Untuk memastikan bahawa Ello selamanya bebas iklan, Ello telah didaftarkan sebagai Public Benefit Corporation (PBC). 

Berikut ialah piagam yang telah ditetapkan bagi Ello: 

1) Ello tidak akan membuat keuntungan dari penjualan iklan

2) Ello tidak akan membuat keuntungan dari penjualan data pengguna; dan 

3) Sekiranya Ello dijual/dipindah milik, pemilik baru perlu mematuhi terma yang telah ditetapkan

Dengan kata lain, Ello dicipta untuk semua, bebas iklan dan tiada penjualan data pengguna kepada pihak ketiga.

Pada masa ini, ello masih lagi pada tahap percubaan(beta) dan para pengguna perlu mendapatkan jemputan dari pihak Ello untuk menggunakannya.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone