Rabu, 22 Oktober 2014

Aplikasi CASH untuk pengurusan kewangan mudah


cara mudah urus kewangan melalui telefon pintar guna cash


Aplikasi mudah alih ini adalah aplikasi perakaunan bagi urusan kewangan peribadi,ianya percuma dan boleh didapati untuk melalui google play store.Direka untuk mesra pengguna dan fleksibel,Cash membolehkan anda untuk memantau akaun bank,saham,pendapatan dan perbelanjaan.Cepat serta intuitif untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Direka berdasarkan pada prinsip-prinsip perakaunan profesional yang mana memastikan pengguna memperoleh keputusan yang seimbang dan laporan tepat (sama seperti GnuCash, Microsoft Money, Quicken).

Kelebihan yang terdapat pada aplikasi ini:


  1. Bebas iklan
  2. Tidak terhad untuk satu akaun sahaja.
  3. Sistem perakaunan yang mudah dan navigasi yang intuitif.
  4. penyimpanan data sokongan melalui aplikasi DROPBOX.
  5. Menyokong pelbagai sistem wang dunia.
  6. laporan kewangan pelbagai format contohnya,dalam bentuk carta pai,carta bar dan CSV.
  7. Dibina dengan pilihan tetapan kata laluan bagi mengelakkan akses yang tidak sah.



aplikasi CASH untuk androidaplikasi CASH untuk android


Informasi tambahan:

Versi terkini : 0.9.8 (Ogos,2013)
Saiz aplikasi: 1.2 MB
Menyokong Android : 2.2 dan terkini
Developer: [email protected]
Jumlah dimuat turun : 50,000 hingga 100,00
Rating : 3+
Pautan untuk aplikasi : https://play.google.com

 cash app google play


Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone